Oleh Roslan SMS Corner
Seluruh Negara sedang beri perhatian terhadap
PAS hari ini. Tidak pernah tumpuan sebegini
diberikan terhadap Parti
Islam ini sebagaimana hari ini. Kenapa?
Kerana PAS sedang
melalui proses pemilihan pimpinan bermula dari peringkat
cawangan-cawangan seterusnya Kawasan-kawasan dan kemuncaknya nanti
Muktamar PAS Pusat pertengahan tahun ini.
Bukan pertama kali PAS melalui proses pemilihan parti, kenapa kali ini perhatiannya terlebih istimewa?
Kerana kali ini pimpinan PAS peringkat tertinggi mahu dicabar. Sebelum
ini pun PAS pernah melihat pertandingan diperingkat tertinggi, Almarhum
Dr Burhanuddin pernah melawan Prof Zulkifli Mohamad untuk jawatan nombor
satu, Almarhum Ustaz Hasan Shukri pernah bertanding melawan Dato
Mustapha Ali untuk jawatan nombor dua dan banyak lagi, lalu kenapa kali
ini terlebih istimewa?
Bagi saya kali ini ia istimewa kerana
beberapa kalangan pimpinan Pusat kelihatan vokal dan terbuka mahu
menuntut perubahan pucuk pimpinan khasnya bagi jawatan Presiden. Mereka
ini bilangan yang kecil tetapi nyaring bersuara sehingga memkasa semua
mendengar.
Desakkan yang luar biasa ini tercetus barangkali
kerana ada pihak yang duduk di keliling Presiden Tuan Guru Hj Abd Hadi
Awang berasa tidak selesa, mereka menganggap Tuan Guru seakan “stumbling
block” atau batu penghalang terhadap perlaksanaan apa sahaja agenda
mereka.
Beberapa keputusan Presiden yang direstui oleh Majlis
Syura Ulamak bagi mereka dirasakan ganjil, tidak menepati selera dan
kemahuan mereka. Lalu apa lagi, datang musim pemilihan ini bangkitlah
mereka berkempen menuntut agar Tuan Guru dan mereka yang sealiran dengan
pemikiran Tuan Guru sewajarnya disingkir.
Sejauh manakah
keputusan Presiden dan Majlis Syura kebelakangan ini yang tidak boleh
diterima ahli-ahli akar umbi PAS? Beberapa kerat pimpinan ini berkeras
merasakan ia tidak sesuai buat PAS namun adakah ahli-ahli PAS peringkat
akar umbi sebenar dan sesungguhnya berkongi pendirian mereka?
Mereka mahu bangkit membuat perubahan membongkah Tuan Guru dengan
harapan satu PAS yang “baru” dapat dibentuk dan dilahirkan selepas
Muktamar nanti.
Lalu inilah suasana yang paling baik untuk
menjual agenda dan gagasan mereka, mana tahu kiranya diterima oleh
ahli-ahli PAS, muktamar nanti Tuan Guru Presiden dan mereka yang
sealiran dengan Tuan Guru dapat dinyah terus dari kepimpinan PAS. Biar
mereka sahaja yang menerajui dan menguasai kepimpinan PAS. Ketika itu
Majlis Syura pun dapat dirubah, wajah PAS yang kononnya konservatif
boleh berubah menjadi moderat lagi liberal.
Berkempenlah mereka
sebagaimana kumpulan yang mahu mempertahankan Tuan Guru dan kepimpinan
ulamak juga turut berkempen. Perlembagaan PAS tidak melarang
ahli-ahlinya berkempen asalkan mematuhi segala adab yang telah
ditetapkan khasnya yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pemilihan
PAS (2013) (Pindaan 2014).
Namun demikian ahli-ahli PAS khasnya kekuatan akar umbi di lebih 175 kawasan seluruh negara jangan di pandang sebelah mata.
Mereka
mungkin terkadang kelihatan lekeh, “simple” , rendah diri dan tidak se
vokal beberapa kerat pimpinan tertinggi yang ada, namun bacaan politik
mereka tinggi. Mereka menyertai PAS kerana cintakan perjuangan Islam,
dasar dan matlamat perjuangan PAS mereka peluk dan pertahankan sebagai
sebahagian dari darah daging kehidupan mereka.
Mereka inilah kekuatan PAS yang sejati yang tidak boleh digoyang, digoncang apalagi dikikis buang sesuka hati.
Mereka menghormati dan taat pada pimpinan. Lantaran keikhlasan
perjuangan yang dibentuk dalam jiwa mereka, mereka akan terus berada
bersama pimpinan selagi mana pimpinan itu tidak (meminjam kata-kata Tuan
Guru Presiden dalam Mukatamar yang lalu) membawa mereka terjerumus ke
Neraka!
Kerana itu ada kalangan pemerhati hairan, mengapa dalam
keadaan Tuan Guru Presiden contohnya diserang, difitnah,
direndah-rendahkan kepimpinannya, namun beliau terus mendahului
pencalonan untuk jawatan Presiden setakat ini .
Mungkin terlalu
awal untuk membuat andaian kerana baru sekitar 20 peratus dari
kawasan-kawasan PAS telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
masing-masing. Akan tetapi beberapa keputusan seakan memberi petunjuk ke
satu arah yang mula mempengaruhi beberapa pemerhati dan penganalisa.
Terbaru, yang terpampang di dada akhbar sebahagian besar akhbar-akhbar
media perdana adalah kekalahan bekas MB Perak yang juga Timbalan
Pesuruhjaya PAS Perak dan AJK PAS Pusat, Nizar Jamaluddin di Kawasan
Kampar Perak. Beliau tewas mempertahankan jawatan Yang Dipertua PAS
Kawasan yang beliau pegang selama 14 tahun.
Bagaimana Nizar boleh tewas?
Nizar lah antara tokoh vokal yang menuntut perubahan dalam pucuk
pimpinan PAS. Ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan
Kuala Kedah bulan lalu beliau menggesa para perwakilan memain peranan
untuk merobah pimpinan dalam Muktamar depan. Beliau antara lain berkata:
“Pemimpin yang ada wajib dan wajar diubah”
Dalam ucapan berkenaan yang boleh diikuti di youtube, beliau menyerang
secara terbuka “style” kepimpinan Tuan Guru Presiden. (Saya tidak pasti
pula adakah apa yang disebut Nizar dalam ucapannya itu menyalahi atau
tidak Peraturan-peraturan Pemilihan PAS yang disebut di atas)
(Ditakdirkan para perwakilan Kuala Kedah kemudiannya membuat keputusan
mengekalkan Tuan Guu Hj Abd Hadi Awang sebagai calon Presiden)
Sesungguhnya banyak lagi tindak-tanduk dan kenyataan Nizar sebelum itu
yang telah mengusik hati, jiwa dan perasaan orang-orang PAS khasnya
apabila beliau menolak rasional Tuan Guru Presiden tentang Pilihanraya
PBT dan usaha perlaksanaan Hudud di Kelantan.
Di sinilah kita perlu sedar jangan sekali-kali “under estimate” atau merendah-rendahkan keupayaan orang-orang PAS.
Adakah apa yang berlaku ke atas Nizar itu akan menular dan menjangkiti
rakan-rakannya yang lain yang turut berkongsi agenda dengan beliau? Yang
pastinya satu lagi contoh, nasib yang menimpa Timbalan Presiden
Muhammad Sabu pula sebagaimana dilaporkan Malaysiakini:
“Lebih
mengejutkan PAS Batu Kawan tidak mencalonkan Mohamad selaku pesuruhjaya
Pulau Pinang bertanding dalam jawatan tertinggi itu” Adakah trend ini
akan berterusan?
Ada 80 peratus kawasan-kawasan PAS yang belum
selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing dan masih
terlalu awal mengandaikan bahawa trend ini akan kekal dan senjata yang
Nizar gunakan bakal memakan diri akhirnya.
Akan tetapi
kesimpulannya kita melihat ahli-ahli PAS diperingkat akar umbi
sesungguhnya hari ini lebih memberi tumpuan dan keutamaan kepada usaha
PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. Tuntutan perjuangan
zaman-berzaman itu kini jika tiada aral melintang bakal melihat
terlaksana diketika hidup mereka masing-masing.
Tuan Guru
Presiden yang bakal membentangkan Rang Undang-undang persendirian di
Dewan Rakyat sesi yang akan datang dilihat sebagai ikon yang sedang
memegang dan membawa obor Islam itu.
Mustahil orang PAS mahu
menganggu tugas beliau, mustahil orang PAS mahu merebahkan seorang
pejuang yang istiqamah meneruskan tuntutan perlaksanaan Islam walau
dihalang dan diganggu sepanjang jalan perjuangan.
Saya secara
peribadi yakin, kekuatan PAS diakar umbi sedikit pun tidak akan
terganggu malah akan bersatu bersama Tuan Guru Presiden kerana tiada
yang lebih penting selain melihat cita-cita perjuangan Islam terlaksana.
Tuan Guru kental, tegas dan berani ke hadapan dan ahli-ahli PAS malah
sebahagian besar umat Islam yang merindui perlaksanaan Islam pasti akan
teguh bersama-samanya.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment