Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini
dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor
dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan
itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin
mengambil kesempatan.
“Cerita
label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika
pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.
“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk
mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau
mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.
Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang
Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata,
pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan
berat sebelah.
Antara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kalah
dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.
Pemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.
Ada kebenaran
Ada kebenaran
Asmuni yang juga seorang peguam berkata, apa yang didedahkan Ahmad itu memang ada kebenarannya.
Katanya, antara tokoh dalam PAS yang menjadi mangsa
kempen kotor itu ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang
pernah dituduh mahu menjatuhkan kepimpinan ulama dua tahun lalu.
Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah
Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.
Asmuni menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi
mengatasi amalan itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas jika ada
bukti kukuh mengenainya.
“Kalau melibatkan ahli, tindakan yang boleh diambil ialah membawa mereka ke lembaga disiplin parti.
"Jika calon sendiri terbabit, mereka mungkin digugurkan daripada bertanding," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai risalah memburuk-burukkan Nizar sebagai
"tali barut DAP" Asmuni berkata, ia bukanlah amalan yang wajar untuk
PAS.
"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh berdebat atau
memberi penerangan, bukannya menyebarkan risalah seolah-olah membaling
batu sembunyi tangan.
"Itu bukan akhlak Islam," katanya.-Malaysiakini.com
0 comments:
Post a Comment