Oleh Roslan SMS Corner
Sekarang ini adalah tempoh kawasan-kawasan PAS mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan masing-
masing. Oleh kerana tahun ini adalah tahun pemilihan maka masing-masing kawasan akan menyaksikan proses pemilihan diperingkat masing-masing untuk pucuk pimpinan parti.
Demikian juga menurut peruntukkan perlembagaan PAS,
tiap-tiap kawasan tadi akan membuat pula pencalonan untuk jawatan-jawatan
tertinggi parti diperingkat Pusat, untuk pertandingan pucuk pimpinan tertinggi
dalam Muktamar PAS ke 61 nanti.masing. Oleh kerana tahun ini adalah tahun pemilihan maka masing-masing kawasan akan menyaksikan proses pemilihan diperingkat masing-masing untuk pucuk pimpinan parti.
Sudah pastilah para pemerhati politik dan pihak media akan
memberi tumpuan pada PAS bagi menyaksikan proses pemilihan pucuk pimpinannya
yang tertinggi.
Penyandang jawatan Presiden kini adalah Tuan Guru Hj Abd Hadi
Awang, menyandang jawatan ini sejak 2002 berikutan kematian Presiden terdahulu
Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor.
Hari ini PAS kelihatan sedikit kalut berhubung jawatan ini.
Beberapa kalangan pimpinan mahukan penyandang yang ada kekal memimpin PAS
manakala ada satu pihak pula menjaja agar diadakan pertandinga.
Bertanding atau tidak jawatan Presiden ini,sesungguhnya
bukanlah satu masalah besar pun buat PAS. Tokoh PAS yang silam sehebat Almarhum
Dr Burhanuddin Al Helmy pun pernah berentap dengan Almarhum Prof Zulkiflee
Mohamad. Hakikatnya jawatan tertinggi ini memang sedia untuk dipertandingkan.
Seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa, yang jawatannya
pun sedia menyaksikan pertandingan dilaporkan sebagai berkata:
“Tetapi
masa berlalu, ahli (PAS) lebih matang. Apabila ada satu pencalonan untuk kerusi
presiden, walaupun dianggap tidak pernah dibuat, tetapi secara perlembagaan ia
bukan satu kesalahan kerana PAS mengamalkan demoraksi.”
Seluruh
ahli PAS tahu bahawa pemilihan pucuk pimpinan tertingginya adalah melalui
proses demokrasi. Siapa nak bertanding jawatan mana pun tiada masalah hatta
jawatan Presiden sekalipun. Kalau cukup pencalonan, dan terima penawaran,
Mujahid pun boleh bertanding bagi jawatan tertinggi ini.
Kalau nak
kira matang, semasa zaman Almarhum Dr Burhanuddin dahulu pun sudah ada
pertandingan. Sesungguhnya ahli-ahli PAS dahulu dan kini semua sama belaka.
Beri pencalonan untuk jawatan Presiden selain Hadi atau mengekalkan Hadi, semuanya
keputusan matang belaka.
Hakikatnya
ahli-ahli PAS mahu meneruskan perjuangan dengan Hadi kekal sebagai Presiden.
Mengapa?
Sebab Hadi
punya latarbelakang akademik dan ilmu khasnya berkenaan Islam, yang tinggi dan
disegani. Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam perjalanan parti disamping
hubungan dengan rangkaian gerakan Islam global.
Akhlak
beliau akhlak Tok Guru.
Pada para ahli
Hadi merupakan benteng mengekal dan mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan
PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Beliau terbukti teguh dan unggul dalam
mempertahnakan dasar PAS dan tidak sekali-kali akan beralah atau memberi laluan
apabila prinsip perjuangan PAS dipertaruhkan.
Mungkin ada
yang lain yang merasakan mereka setanding jika tidak lebih dari Hadi dari
kemahiran dan keupayaan memimpin PAS. Jika benar ada, maka silalah Mujahid atau
rakan-rakannya mencalonkan satu atau dua nama. Mungkin PAS Kota Bharu mahu
menjadi kawasan pertama mencalonkan pencabar.
Memandangkan
nak sangat melihat Hadi dicabar kali ini, maka pastikan cukup pencalonan dan
calon tadi tidak pula “angkat kaki” sebelum pertandingan.
Saya yakin
Tuan Guru tidak keberatan malah bersedia menghadapi sesiapa sahaja untuk
bertanding jawatan ini, sebab akhirnya yang akan membuat keputusan muktamad
adalah para perwakilan PAS, yang rata-ratanya semuanya matang dan lebih penting
lagi isitiqamah dalam meenjunjung perjuangan Islam ini.
Mujahid
punya pandangan bahawa Tuan Guru Presiden PAS kini tidak “mesra” Pakatan.
Beliau dilaporkan berkata:
Faktor
Pakatan Rakyat (PR) juga mempengaruhi trend pencalonan seolah-olah ada dalam
PAS yang melihat PR perlu dikekalkan dan untuk mengekalkannya, ia memerlukan
pemimpin yang dinamik, terbuka dan boleh bekerjasama dengan rakan sekutu.Mujahid lupa bahawa Muktamar PAS memang sedia telah memutuskan bahawa PAS perlu memain peranan mengukuhkan PR. Tidak pula Tuan Guru menjadi alat mahu membawa PAS keluar dari PR. Tak perlulah dikelirukan di situ.
Masalahnya
menegaskan bahawa dasar dan prinsip PAS perlu dihormati sebagaimana PAS
menghormati dasar dan prinsip PKR dan DAP, itu tidaklah bermakna mahu keluar
PR. Dengan Tuan Guru sebagai terajulah PAS menyertai PR dan kini terus kekal
dalamnya.
Seorang
pemimpin yang dinamik, tidak akan menggadaikan dasar dan prisnip partinya,
ringkasnya menjual partinya, semata-mata kerana mahu dilihat terbuka.
Sebaliknya ia perlu faham perbezaan yang sedia ada diantara rakan-rakan
komponan, dan mengenal-pasti serta memandu parti dan PR ke arah melakarkan
jejak persamaan dan bergerak dari situ tanpa membahaskan perbezaan sehingga
boleh membawa rebah.
PAS laksana
satu pasukan bolasepak dengan Presidennya sebagai Ketua Pasukan. Yang
sebenar-benarnya apa yag berlaku bukanlah masalah pada Ketua Pasukannya, apa
yang merupakan masalah besar hari ini adalah apabila para perwakilan telah
tersilap perhitungan memilih anggota pasukan di bawah Presidennya yang tidak
boleh bekerjasama dalam satu pasukan. Disangkanya mereka ini professional yang
akur pada ketua, rupanya masing-masing bernafsu besar belaka mencari peluang
dan ruang untuk menerkam dan membaham ketua.
Masing-masing
mahu jadi Ketua, masing-masing ego mahu menujukkan ia lebih hebat.
Penyelesaiannya
dalam suasana mengamal demokrasi dalam PAS ini, para perwakilanlah kena bangkit, bukan
tukar Presiden tetapi tukar ahli-ahli pasukan Presiden yang tidak boleh
menyesuaikan diri bergerak dalam satu pasukan ini. Itulah puncanya.
Oleh itu bijaklah menggunakan
demokrasi untuk Islam bukannya mendemokrasikan Islam.
0 comments:
Post a Comment