Home » » PAS Bukit Gelugor calon Ahmad Awang sebagai presiden

PAS Bukit Gelugor calon Ahmad Awang sebagai presiden

Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor.

Yang dipertua PAS Bukit Gelugor, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam kenyataannya berkata,
sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak Barisan Nasional (BN) amat dihargai parti Islam itu.

PAS Bukit Gelugor di Pulau Pinang yang dipimpin Mujahid menjadi kawasan ketiga selepas Parit Sulong dan Jelebu di Negeri Sembilan mencalonkan Ahmad sebagai presiden.

"Beliau juga ulama terkenal di peringkat antarabangsa dan dihormati kerana ilmunya," kata Mujahid yang mengetuai PAS kawasan itu dalam mencalonkan bekas naib presiden PAS itu.

Menurut Mujahid, penghayatan Ahmad kepada aspirasi PR lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang baik dan berprinsip dengan PKR dan DAP.

Selain itu, Ahmad juga pernah menyandang jawatan naib presiden dan ahli Majlis Syura PAS, serta pernah mentadbir Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Mujahid.

Katanya, peranan pentadbiran dan keilmuan Ahmad mampu membawa PAS ke tahap lebih baik.
"Semoga dengan keberkatan syura PAS Kawasan Bukit Gelugor pencalonan kami diharapkan dapat melonjakkan PAS ke hadapan," katanya.

Bukit Gelugor juga mencalonkan Mohamad Sabu bagi mengekalkan jawatannya sebagai timbalan presiden, manakala Mujahid sendiri bersama Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub dicalonkan untuk naib presiden, dalam mesyuarat yang diadakan pada 15 April.- themalaysianinsider.com

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.