Home » » Facebook Tuc Tok Usin Ceroi diminta tutup akaun FBnya

Facebook Tuc Tok Usin Ceroi diminta tutup akaun FBnya

Oleh ANIS NAZRI 

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pemilik a
kaun laman sosial Facebook Tuc Tok Usin Ceroi (TUC) menutup akaun facebooknya kerana laman itu dianggap tidak menguntungkan jemaah, malah hanya mendatangkan keburukan kepada jemaah.
Malah, permintaan itu juga bukan sekadar ditujukan kepada Tuc Tok Usin Ceroi, tetapi juga kepada manamana pemilik akaun yang melakukan perkara sama seperti TUC.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, sebelum ini beberapa kali teguran telah dilakukan agar ‘posting-posting’ yang berbaur fitnah, serta tidak sah tidak terus disebarkan hingga mendatangkan kesan negatif kepada parti.

“Sebelum ini sudah banyak kali teguran dibuat, tapi ia masih berterusan.

Atas rasa tanggungjawab, saya mohon agar akaun itu ditutup kerana ia hanya mendatangkan keburukan dan tidak menguntungkan jemaah.

Perkara sebegitu tidak elok disebarkan,” katanya

Ustaz Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, beliau telah beberapa kali mengingatkan semua pihak agar menjadikan laman sosial Facebook sebagai satu platform yang memberikan manfaat kepada semua pihak, bukannya bertujuan menyerang dan memburukburukkan pihak lain.

Justeru, beliau berharap permintaannya untuk TUC menutup akaun Facebook itu turut terpakai kepada semua pihak di dalam jemaah yang cuba melaga-lagakan sesama ahli, yang menyebabkan berlaku buruk sangka dan segala kerosakan di dalam parti.

9 April lalu, Ustaz Tuan Ibrahim menerusi laman facebooknya, Tn Ibrahim Tn Man berkata, “Wahai TUC. Saya tidak mengenali anda. Tetapi anda kata anda menulis kerana sayangkan jemaah.

“Hakikatnya, tulisan anda banyak merosakkan hubungan dalam jemaah dan mengajak ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan su’zan di kalangan anggota jamaah. Anda cuba membezabezakan sesama di antara ahli PAS.

“Sekalipun ia benar (kalaulah ia benar sekalipun), belum tentu ia mengundang kebaikan.

Berapa banyak hati yang pecah, berapa ramai orang yang buruk sangka sesama sendiri, berapa keluarga yang rosak hubungan mereka dengan tulisan anda?

“Oleh itu di sini, saya nasihatkan agar anda tutuplah akaun anda. Atau buatlah apa yang ada suka, kerana yang menanti kita di akhir adalah kematian.”

Ketika ditanya tentang kekeliruan ahli yang mengatakan saranan ke atas TUC itu bukan daripadanya, Ustaz Tuan Ibrahim berkata, perkara itu sememangnya ditulis oleh beliau di laman Facebook peribadinya itu, Tn Ibrahim Tn Man.

Harakah dimaklumkan beliau, selain laman Tn Ibrahim Tn Man, satu lagi laman rasmi beliau ialah Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official).

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.