Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
didakwa membelakangi saf kepimpinan parti itu b
erhubung pembentangan
Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
MP Shah Alam Khalid Samad berkata tindakan Hadi itu bukan sahaja
menimbulkan salah faham di kalangan pemimpin pembangkang malah dalam PAS
sehingga mengakibatkan DAP menghentikan kerjasama dengan Hadi.
Katanya lagi, DAP berhak memutuskan kerjasama dengan Hadi kerana gagal
menerima penjelasan MP Marang itu yang didakwa mengkhianati keputusan
kepimpinan Pakatan Rakyat Februari, lalu lapor Berita Harian.
“Mungkin
tindakan presiden dibuat tanpa berunding dengan pemimpin lain (kerana)
Setiausaha Agung (Datuk Mustafa Ali) pun tidak mengetahuinya.
“Kami pun tidak tahu… mungkin juga ada rundingan tetapi tidak
menyeluruh… (timbang tara sendiri dalam hal ini) perkara ini mungkin
kesuntukan masa kerana mahu mengejar tempoh dua minggu itu (notis 14
hari),” Khalid dipetik sebagai berkata.
Katanya lagi, Hadi (atas) seharusnya mengutamakan majlis Syura
dengan mengadakan perbincangan terlebih dahulu bagi mengelak salah faham
dengan rakan dalam PAS dan pemimpin Pakatan yang lain.
“Apabila presiden tidak berbincang dengan pihak lain, maka timbul salah
faham ketika isu pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015)
hangat diperbahaskan, sekali gus semua orang termasuk saya menganggap
Rang Undang-undang Persendirian itu berkaitan dengan enakmen berkenaan,
bukannya Akta 335.
“Walaupun ia bukan berkaitan Kanun Jenayah Syariah II 1993, sepatutnya
dari segi prinsip sebagai parti dalam satu pakatan, cadangan itu harus
dimaklumkan kepada semua supaya tidak terkejut,” Khalid dilaporkan
sebagai berkata.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment