Oleh Riesya H
Urusan
politik, terutamanya dalam konteks sistem Westminster satu kerusi satu
pemenang (single
winner single constituent), siapa cepat dia dapat
(first past the post), pememang bolot semua (winner takes all), boleh
dianalogikan sebagai satu urusan perniagaan, bisnes.
Perlukan perkiraan mantap mengenai congak untung rugi, laba atau bankrap, atau hidup mati.
Jika tidak mampu bersendirian, sesebuah parti perlukan rakan kongsi
untuk turut sama melabur dan berkongsi risiko (dan pulangan). Umno yang
sangat dominan pun prihatin bab ini.
Umno tahu, walaupun secara bersendirian, 88 kerusi yang dimilikinya pada PRU13, tidak mampu ditandingi sesiapa.
Ia memerlukan Gabungan lawan Pakatan Rakyat (PAS,PKR dan DAP) untuk
menggugat Umno. Itupun cuma mampu seri 88-88 dengan Umno yang secara
bersendirian. (Nota: PR menang 89 kerusi pada PRU13, tetapi kalah 1
kerusi pada Teluk Intan kepada Gerakan, jadi tinggal 88, sama banyak
dengan kerusi Umno)
PAS rakan kongsi yang dapat laba
Sejarah bila wujud satu persefahaman mantap gabungan bukan Umno/BN,
hasilnya adalah memberangsangkan untuk gabungan pembangkang. Dan perkara
sebaliknya berlaku pada PRU2004 dan PRU1995, di mana Umno/BN menang
dengan selesa.
Umum makluman, setiap kali PAS bergabung dalam satu pakatan
pembangkang, satu-satunya parti yang paling banyak mengutip laba ialah
PAS.
Lihat sahaja PRU1990 (PAS dapat rampas Kelantan), PRU1999 (PAS kekalkan
Kelantan dan rampas Trengganu, PAS menang 27 kerusi parlimen, terbanyak
dalam sejarah), PRU2008 (PAS rampas Kedah, Perak, dan lonjakan Adun di
Selangor).
Kini, sudah menjadi rahsia umum yang Pakatan Rakyat mati. Dalam bahasa Inggeris disebut, as good as dead.
Setidak-tidaknya, PKR dan DAP memperakukan realiti ini. Cuma PAS yang
masih dalam mentaliti penafian, masih menganggap PR masih wujud, dan
mereka masih dalam PR. Walaupun mereka sendiri yang meluluskan usul
tanpa bahas.
PAS (kini) sebagai rakan kongsi yang berisiko tinggi. Bayangkan dua senario mudah.
Senario A: Gabungan pembangkang (walaupun bertelagah),
berjaya membuat perjanjian ala kahwin mutaah sementara menuju PRU14,
iaitu perjanjian gentlemen 1 lawan 1 dengan musuh bersama, Umno.
Jadi, PAS (yang didominasi oleh golongan konservatif) masih dikira ‘bersama’ Pakatan, demi menghadapi Umno.
Ditakdirkan gabungan bukan Umno/BN menang 112 kerusi, cukup untuk membentuk kerajaan.
Termasuk dalam 112 kerusi tersebut ialah sejumlah 12 kerusi milik PAS.
Ataupun 12 ahli Parlimen dari PAS. Setelah kerajaan baru terbentuk, maka
bermulalah tawar-menawar dan pembahagian ghanimah.
Mengetahui perangai dan peel lebai-lebai PAS ini, mulalah mereka tunjuk
taring dan buat perangai. Mulalah membawa isu Melayu dan Islam.
PAS mula menuntut untuk menjadi perdana menteri secara pusingan. Paling
tidak, jawatan Timbalan Perdana Menteri 1, atas nama Islam dan Melayu.
Dan juga mula menuntut 10 jawatan menteri umpamanya.
Bayangkan bekas ketua pemuda PAS Pahang yang kini AJK PAS pusat dicalonkan sebagai menteri agama, umpamanya.
Ini tentunya sesuatu yang rumit dan sukar diterima. Bukan sahaja oleh
gabungan pakatan rakyat (kerajaan baru), tetapi juga dilihat jelek oleh
rakyat yang memberi kepercayaan.
Bayangkan, kompromi tidak dapat dicapai. Akhirnya semua pihak berpatah
arang. Akhirnya PAS menunjukkan belang sebenar, membawa diri keluar dari
Pakatan (kerajaan), maka ranaplah kerajaan yang baru dibentuk. Amat
berisiko!
Senario B: Tidak ada persefahaman gabungan
pembangkang. Masing-masing membawa hal. Pertandingan bebas untuk semua
(free for all), dengan kemungkinan pertandingan 3 penjuru dibeberapa
kawasan.
Ditakdirkan keputusan PRU14 adalah seperti berikut:
Umno/BN: 108
Gabungan Baru: 100
PAS: 14
Hasilnya sebuah keadaan parlimen yang tergantung (hung parliament).
Umno/BN ataupun Gabungan Baru tidak ada majoriti jelas untuk membentuk
kerajaan secara bersendirian, Hasilnya, PAS akan keluar sebagai pemberi
kata putus, kingmaker.
Dengan perangai golongan konservatif yang dikenali umum, boleh
bayangkan betapa rumitnya untuk melayan karenah PAS dan memenuhi
permintaan yang tidak akan masuk akal.
Lebih baik dan mudah bagi Gabugan Baru cuba pancing sahaja 12 orang
dari Sabah Sarawak. Mungkin PBB Sarawak (dengan 14 kerusi) pun sudah
bijak dan berani untuk membuat keputusan keluar dari bayangan Umno!
Gabungan Baru, usah buang masa dengan PAS.
Pokoknya, tak usah buang masa melayan karenah PAS yang belum tentu
boleh dipegang janjinya. Lebih baik sahaja Gabungan Baru mula merisik
rakan kongsi yang baru.
Yang boleh dipegang janjinya, dan yang boleh membawa keyakinan rakyat
dan memecahkan psyche rakyat kerajaan korup Umno/BN mampu ditumbangkan,
dan Gabungan Baru mampu membawa satu model Negara alaf baru.
Gabungan yang harmoni, menghormati perbezaan pendapat dan pendekatan,
tanpa ada yang melabel rakan-rakan kongsi sebagai munafik, pengkhianat,
tolol atau barua! –
- See more at:
http://www.themalaysianinsider.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment