Home » » Mat Sabu ...... Jeneral Perang PAS !

Mat Sabu ...... Jeneral Perang PAS !

Oleh A Shukur Harun 


Haji Mohamad Sabu bukan seorang “khalifah”, tetapi dia seorang jeneral perang. Daripada itu jangan diapa-apakan dia. Ini kata-kata penulis veteran Subky Latif dalam sebuah tulisannya baru-baru ini dan saya bersetuju benar dengan pandangannya itu.

Subky adalah tokoh yang sangat kenal Mohamad Sabu atau Mat Sabu sejak puluhan tahun. Mereka sama-sama berjuang sejak zaman muda lagi. Kedua-duanyalah – bersama pimpinan Pemuda PAS yang lain – mencetuskan idea supaya PAS di bawah kepimpinan ulama. Tiba-tiba sekarang keadaan ini dijungkirbalikkan. Ini adalah perihal yang berlaku yang sangat aneh.

Sementara menunggu pemilihan di Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan Mohamad kini masih memegang jawatan timbalan presiden. Nasibnya selepas itu Allah saja yang tahu.

Maknanya selepas muktamar kali ini, kedudukan Mohamad tidak diketahui, sama ada beliau akan kekal sebagi timbalan presiden atau dinyahkan oleh perwakilan yang mahukan seorang ulama menggantikan beliau memegang jawatan itu.

Bagaimanapun saya yakin Mat Sabu akan mempertahankan jawatannya sama ada kalah atau menang nanti dan beliau akan terus berdiri di situ.

Saya juga percaya Mat Sabu akan tetap jika ditakdirkan dia “dikalahkan” dalam pemilihan itu nanti. Justeru, sudah kedengaran riuh rendah di kalangan sesetengah pendukung PAS tokoh nombor dua dalam PAS ini mestilah bergelar ulama juga, kalau tidak kononnya bersimpang siurlah perjuangan PAS.

“Kelemahan” atau “kekurangan” Mat Sabu, menurut mereka ialah kerana beliau bukan ulama. Oleh kerana beliau tidak bertitle “ulama” dikira tidak layak berada di situ. Begitulah perkiraan mereka ulama perlu memegang jawatan penting parti.

Bagi sesetengah golongan, tidak perlulah difikirkan sangat pengorbanan Mat Sabu. Meskipun beliau sering naik mahkamah turun mahkamah, dibuang daerah dua tahun di Kuala Pilah, ditahan di bawah ISA, tenaga dan namanya digerakkan untuk mengumpul pelbagai dana parti. Undang saja Mat Sabu berceramah maka orang akan ramai datang dan menderma untuk PAS.

Arahkan sajalah beliau ke mana saja dan tugas apa pun diberi akan dilakukannya dengan sungguh-sungguh siang dan malam demi parti, walau di tengah hujan dan guruh petir dan betapa sukarnya. Bagi Mat Sabu, PAS adalah segala-galanya.

Namun nilai pengorbanan itu semua, menurut pandangan sesetengah ahli PAS sendiri, tidak sama nilai yang dimiliki oleh orang yang bergelar ulama. Justeru, gelar ulama itu adalah segala-galanya. Malang sungguh di situlah “kelemahan” Mat Sabu kerana tidak bergelar ulama.

Seperti dikatakan, muktamar tahunan PAS nanti, akan diketahuilah “nasib” beliau sama ada ditewaskan atau tidak di mana jawatan timbalan presiden itu sedang diberikan perhatian luar biasa oleh warga PAS.

Di dalam Facebook, Whatsapp, Twitter dan pelbagai lagi, kedudukan Mat Sabu diperkatakan dengan luas, malah ada yang membayangkan kononnya beliau memang tidak layak menjadi orang nombor dua dalam PAS, sekali lagi kerana beliau bukan ulama. Bagaimanapun ada juga yang mempertahankannya.

Kita tentu sekali masih ingat dalam muktamar PAS di Johor tahun lalu, berlaku pelbagai peristiwa yang sangat menghinanya iaitu daripada sesetengah pihak yang sangat bencikannya dan kebencian itu menghapuskan semua jasa dan pengorbanannya selama ini.

Kita ingat lagi bagaimana segelintir Pemuda PAS berjaket hitam bertindak keluar dewan Muktamar Pemuda ketika Mat Sabu menyampaikan ucapan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi itu kerana Pemuda ini bencikan tokoh itu

Mujurlah ada yang membela beliau apabila seorang perwakilan dari Kuala Krai, Kelantan, Zulkifli Mohamad bangkit mempertahankan tokoh ini dengan berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati oleh ahli PAS, bukan pemimpin tertentu saja.

Perwakilan itu berkata, insiden di Muktamar Pemuda itu perlu disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan jika didapati salah, tindakan tegas perlu diambil.

“Hormatlah beliau. Banyak jasanya. Siapa kamu jika hendak dibandingkan dengan Mohamad Sabu?" tanyanya dan menambah, “tanpa mengira kedudukan, semua kepimpinan PAS seharusnya dihormati.”

Ucapan Zulkifli disambut dengan takbir oleh muktamirin. Rupanya masih ada kewarasan di situ.

Demikian juga bagaimana beliau begitu tenang apabila mendengar ucapan berbentuk doa daripada wakil Wilayah Persekutuan di muktamar itu, yang menghentam pemimpin yang tidak disukainya. Wakil Wilayah yang menyampaikan doa mencaci itu adalah seorang ustaz. Memang tidak ada yang aneh.

Itulah apa yang terjadi dalam muktamar tahun lalu. Tidak ada jaminan kekecohan di muktamar tahun lalu itu tidak akan berulang lagi, hingga menyebabkan kini ada di kalangan sesetengah ahli membayangkan “kengerian” mereka untuk menghadiri lagi muktamar bulan Jun ini.

Bagaimanapun sama ada orang benci atau suka kepadanya, Mat Sabu adalah sebuah nama yang mempunyai tempatnya tersendiri dalam arena politik tanah air, boleh berdiri sendiri atas kekuatan nama dan pengorbanannya.

Saya yakin masih ramai pendukung PAS, terutama perwakilan, yang mampu menilai dengan jujur tokoh bernama Mat Sabu.

Beliau terkenal bukan saja kerana ia seorang ahli pidato yang evergreen, tetapi juga kerana kelincahannya, keberaniannya menghadapi pelbagai risiko apabila bergerak dalam politik, menjadi penghubung partinya dengan orang di luar PAS terutama dalam Pakatan Rakyat, walaupun sesetengah pihak memandang sinis.

Menurut beberapa pemimpin NGO kepada saya, “Haji Mohamad Sabu adalah sumber ilham yang menyemarakkan semangat kami setiap kali berhimpun. Dialah yang berada di depan sekali, dialah yang menaikkan semangat, dialah yang menimbulkan semangat daya juang kami.”

Benarlah, kata Subky, Mat Sabu adalah panglima perang, bukan khalifah. Saya juga berpendapat, beliau hanya berminat berada di barisan depan menentang musuh. Itulah peranan yang dilaksanakannya selama ini dengan sebaik-baiknya.

Tetapi jika masih ada orang yang tidak mahu dia berada di tempat nombor dua dalam parti dan mahu digantikan dengan ulama, apalah yang boleh dikatakan.

 Namun Haji Mohamad Sabu tetap berada di tengah medan perjuangan, seperti kata Khalid Ibn Walid, “Aku berjuang bukan kerana Umar, tetapi kerana Islam.”
Haji Mohamad Sabu bukan seorang “khalifah”, tetapi dia seorang jeneral perang. Daripada itu jangan diapa-apakan dia.
Ini kata-kata penulis veteran Subky Latif dalam sebuah tulisannya baru-baru ini dan saya bersetuju benar dengan pandangannya itu.
Subky adalah tokoh yang sangat kenal Mohamad Sabu atau Mat Sabu sejak puluhan tahun. Mereka sama-sama berjuang sejak zaman muda lagi. Kedua-duanyalah – bersama pimpinan Pemuda PAS yang lain – mencetuskan idea supaya PAS di bawah kepimpinan ulama. Tiba-tiba sekarang keadaan ini dijungkirbalikkan. Ini adalah perihal yang berlaku yang sangat aneh.

Sementara menunggu pemilihan di Muktamar Tahunan PAS bulan Jun depan Mohamad kini masih memegang jawatan timbalan presiden. Nasibnya selepas itu Allah saja yang tahu. Maknanya selepas muktamar kali ini, kedudukan Mohamad tidak diketahui, sama ada beliau akan kekal sebagi timbalan presiden atau dinyahkan oleh perwakilan yang mahukan seorang ulama menggantikan beliau memegang jawatan itu.
Bagaimanapun saya yakin Mat Sabu akan mempertahankan jawatannya sama ada kalah atau menang nanti dan beliau akan terus berdiri di situ.
Saya juga percaya Mat Sabu akan tetap jika ditakdirkan dia “dikalahkan” dalam pemilihan itu nanti. Justeru, sudah kedengaran riuh rendah di kalangan sesetengah pendukung PAS tokoh nombor dua dalam PAS ini mestilah bergelar ulama juga, kalau tidak kononnya bersimpang siurlah perjuangan PAS.
“Kelemahan” atau “kekurangan” Mat Sabu, menurut mereka ialah kerana beliau bukan ulama. Oleh kerana beliau tidak bertitle “ulama” dikira tidak layak berada di situ. Begitulah perkiraan mereka ulama perlu memegang jawatan penting parti.
Bagi sesetengah golongan, tidak perlulah difikirkan sangat pengorbanan Mat Sabu. Meskipun beliau sering naik mahkamah turun mahkamah, dibuang daerah dua tahun di Kuala Pilah, ditahan di bawah ISA, tenaga dan namanya digerakkan untuk mengumpul pelbagai dana parti. Undang saja Mat Sabu berceramah maka orang akan ramai datang dan menderma untuk PAS.
Arahkan sajalah beliau ke mana saja dan tugas apa pun diberi akan dilakukannya dengan sungguh-sungguh siang dan malam demi parti, walau di tengah hujan dan guruh petir dan betapa sukarnya. Bagi Mat Sabu, PAS adalah segala-galanya.
Namun nilai pengorbanan itu semua, menurut pandangan sesetengah ahli PAS sendiri,  tidak sama nilai yang dimiliki oleh orang yang bergelar  ulama. Justeru, gelar ulama itu adalah segala-galanya. Malang sungguh di situlah “kelemahan” Mat Sabu kerana tidak bergelar ulama.
Seperti dikatakan,  muktamar tahunan PAS nanti, akan diketahuilah “nasib” beliau sama ada ditewaskan atau tidak di mana jawatan timbalan presiden itu sedang diberikan perhatian luar biasa oleh warga PAS.
Di dalam Facebook, Whatsapp, Twitter dan pelbagai lagi, kedudukan Mat Sabu diperkatakan dengan luas, malah ada yang membayangkan kononnya beliau memang tidak layak menjadi orang nombor dua dalam PAS, sekali lagi kerana beliau bukan ulama. Bagaimanapun ada juga yang mempertahankannya.
Kita tentu sekali masih ingat dalam muktamar PAS di Johor tahun lalu, berlaku pelbagai peristiwa yang sangat menghinanya iaitu daripada sesetengah pihak yang sangat bencikannya dan kebencian itu menghapuskan semua jasa dan pengorbanannya selama ini.
Kita ingat lagi bagaimana segelintir Pemuda PAS berjaket hitam bertindak keluar dewan Muktamar Pemuda ketika Mat Sabu menyampaikan ucapan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Kota Tinggi itu kerana Pemuda ini bencikan tokoh itu
Mujurlah ada yang membela beliau apabila seorang perwakilan dari Kuala Krai, Kelantan, Zulkifli Mohamad bangkit mempertahankan tokoh ini dengan berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati oleh ahli PAS, bukan pemimpin tertentu saja.
Perwakilan itu berkata, insiden di Muktamar Pemuda itu perlu disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan jika didapati salah, tindakan tegas perlu diambil.
“Hormatlah beliau. Banyak jasanya. Siapa kamu jika hendak dibandingkan dengan Mohamad Sabu?" tanyanya dan menambah, “tanpa mengira kedudukan, semua kepimpinan PAS seharusnya dihormati.” Ucapan Zulkifli disambut dengan takbir oleh muktamirin. Rupanya masih ada kewarasan di situ.
Demikian juga bagaimana beliau begitu tenang apabila mendengar ucapan berbentuk doa daripada wakil Wilayah Persekutuan di muktamar itu, yang menghentam pemimpin yang tidak disukainya. Wakil Wilayah yang menyampaikan doa mencaci itu adalah seorang ustaz. Memang tidak ada yang aneh.
Itulah apa yang terjadi dalam muktamar tahun lalu. Tidak ada jaminan kekecohan di muktamar tahun lalu itu tidak akan berulang lagi, hingga menyebabkan kini ada di kalangan sesetengah ahli membayangkan “kengerian” mereka untuk menghadiri lagi muktamar bulan Jun ini.
Bagaimanapun sama ada orang benci atau suka kepadanya, Mat Sabu adalah sebuah nama yang mempunyai tempatnya tersendiri dalam arena politik tanah air, boleh berdiri sendiri atas kekuatan nama dan pengorbanannya.
Saya yakin masih ramai pendukung PAS, terutama perwakilan, yang mampu menilai dengan jujur tokoh bernama Mat Sabu.
Beliau terkenal bukan saja kerana ia seorang ahli pidato yang evergreen, tetapi juga kerana kelincahannya, keberaniannya menghadapi pelbagai risiko apabila bergerak dalam politik, menjadi penghubung partinya dengan orang di luar PAS terutama dalam Pakatan Rakyat, walaupun sesetengah pihak memandang sinis.
Menurut beberapa pemimpin NGO kepada saya, “Haji Mohamad Sabu adalah sumber ilham yang menyemarakkan semangat kami setiap kali berhimpun. Dialah yang berada di depan sekali, dialah yang menaikkan semangat, dialah yang menimbulkan semangat daya juang kami.”
Benarlah, kata Subky, Mat Sabu adalah panglima perang, bukan khalifah. Saya juga berpendapat, beliau hanya berminat berada di barisan depan menentang musuh. Itulah peranan yang dilaksanakannya selama ini dengan sebaik-baiknya.
Tetapi jika masih ada orang yang tidak mahu dia berada di tempat nombor dua dalam parti dan mahu digantikan dengan ulama, apalah yang boleh dikatakan. Namun Haji Mohamad Sabu tetap berada di tengah medan perjuangan, seperti kata Khalid Ibn Walid, “Aku berjuang bukan kerana Umar, tetapi kerana Islam.”
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/a-shukur-harun/article/mohamad-sabu-berdiri-di-situ#sthash.MNCHQesK.dpuf

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.