Home » » Najib anugerah tuhan untuk Pakatan, Hadi anugerah tuhan untuk Umno

Najib anugerah tuhan untuk Pakatan, Hadi anugerah tuhan untuk Umno

Oleh Riesya H 

Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah dua insan istimewa dan banyak
persamaan.Najib ialah presiden parti. Sama seperti Hadi. Kedua mereka berdepan dengan polemik yang kronik, iaitu berdepan dengan turun takhta.

Hadi berisiko dilucutkan jawatan melalui proses demokrasi pemilihan, manakala Najib berisiko dilucutkan jawatan secara “coup d’etat”.

Kedua-dua mereka adalah anugerah Tuhan di bumi Malaysia tercinta ini. Najib adalah anugerah untuk Pakatan Rakyat (PR), manakala Hadi adalah anugerah untuk Barisan Nasional (BN), dan Umno secara langsung.

Najib, anugerah tuhan untuk PR

Najib mempunyai seribu macam masalah. Masalah imej, masalah persepsi, masalah isteri, masalah pengampu, masalah menteri-menteri yang tak berapa cerdik dan pelbagai masalah tuduhan yang menghantui beliau, yang satu dunia sudah maklum.

Satu lagi masalah najib ialah beliau tidak mahu turun, walaupun suara-suara sumbang menekan beliau supaya turun.

Masalahnya, lagi lama Najib buat diam dan bisu, lagi banyak masalah untuk Umno, dan seterusnya BN.

Inilah sebenarnya anugerah tuhan untuk PR. Lagi lama Najib kekal, lagi bermanfaat untuk PR.
Jangan biarkan dia turun. Kalau Najib turun, ianya boleh menyelesaikan masalah Umno, bukan boleh selesai masalah PR.

Silap-silap congak, kalau Najib turun, dan diganti oleh muka-muka baru dan dinamik seperti Khairy Jamaluddin dan anak Tun Dr Mahathir Mohamad, boleh hancur PR dibuatnya.

Inilah yang sangat ditakuti oleh Dr Mahathir dan sebahagian besar orang-orang Umno yang cerdik.
Dr Mahathir tahu, Najib perlu dinyahkan dengan segera. Samada ahli Umno segera nyahkan Najib, atau Umno yang bakal dinyahkan oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Masalahnya, pencacai PAS pula yang seronok tengok Najib diasak. Depa pulak tumpang tenyeh sekaki.

Hadi, anugerah tuhan untuk Umno

Hadi pun ada banyak masalah. Masalahnya, Hadi tak nampak masalah itu semua membawa masalah kepadanya, kepada partinya, dan kepada PR.

“Denial mode”. Syok sendiri. Tambah-tambah lagi pencalonan untuk jawatan presiden meningkat dari minggu ke minggu.

Dia tak nampak pencalonan nama lain untuk jawatan presiden seperti Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang sebenarnya sudah mencemar imej dan menjatuhkan darjat Hadi sendiri.

Dan legitimasinya dalam partinya sudah mula dipersoalkan. Silap haribulan, dia boleh ditendang semasa muktamar.

Sama nasib dengan Tan Sri Mohamad Asri Muda. Hebat masa muda, tapi penghujungnya cukup tragis.

Samada beliau sendiri yang dalam “denial mode”, atau pengampu, atau penasihat atau anak menantu di sekitarnya yang dalam “denial mode”. Itu saya tak pasti.

Yang pasti, lagi lama Hadi jadi presiden partinya, lagi banyak masalah dia membawa kepada PR.
Dan inilah sebenarnya anugerah untuk BN dan Umno. Lagi lama hadi jadi presiden PAS, lagi bercelaru PR.

Bila PR bercelaru, Umno akan selamat. Dan inilah yang Umno mahukan. Hadi umpama talian hayat untuk Umno.

Jadi, orang Umno memang seronok kalau Hadi tetap sebagai presiden PAS. Dan mereka cukup gerun bayangkan orang lain jadi presiden PAS, selain Hadi. Tak percaya, tengok saja tajuk utama Utusan Malaysia.

Kalau Utusan Malaysia sudah mula promosi Hadi, maksudnya Umno sangat suka dengan hadi. Kerana Hadi menyelamatkan mereka.

Najib, tolong la kekal. Hadi tolong belah.

Jadi, kalau lah saya penyokong PAS dan PR, janganlah seronok sangat kalau Najib diasak supaya turun. Dibuatnya Najib betul-betul turun, masalah besar untuk PR.

Begitu juga, janganlah seronok sangat bilang pencalonan Hadi. Dibuatnya Hadi kekal, masalah PR akan menjadi lebih besar. Dan PR boleh ucap selamat tinggal pada PRU14.

Kita patutnya seronok tengok najib kekal, tetapi Hadi turun. Barulah itu menjadi strategi untuk PR. Takpun, kalau kedua-duanya nak juga kekal, kita tukar peranan saja. Biar Hadi jadi presiden Umno, dan najib jadi presiden PAS. Apa macam?- themalaysianinsider.com
ekas naib presiden PAS Ahmad Awang menyifatkan masalah yang sedang melanda parti itu sangat teruk, tidak kecil seperti dakwaan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jika dibiarkan berterusan, parti boleh hancur, kata Ahmad yang merupakan salah seorang calon yang layak bertanding kerusi presiden pada pemilihan parti yang akan datang Jun ini.
"Presiden kata ia perkara kecil. Apa yang ada sekarang ini bagi saya sangat teruk, dan jika terus dibiarkan, ia boleh menghancurkan parti," kata ahli Majlis Syura Ulama itu.

Beliau berkata, badan tertinggi parti Islam itu juga mahu pimpinan parti tidak membiarkan apa yang berlaku begitu sahaja, tetapi perlu menghentikannya segera. "Jika ini caranya dan dibiarkan oleh parti, ini bukan saja tidak demokratik tetapi bercanggah dengan prinsip perjuangan PAS," kata Ahmad yang kini turut menjadi mangsa “permainan politik” yang berlaku dalam parti itu sekarang.
Beliau yang juga bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu mendakwa, pihak tertentu sudah mula mengenakan tekanan kepadanya, termasuk menghentikan kuliah beliau di masjid.
Ia dibuat ekoran tulisan beliau yang didakwa mengkritik cara kumpulan ulama dalam parti itu berkempen dan juga ekoran pencalonan yang beliau terima untuk bertanding jawatan presiden PAS.
"Setiausaha sebuah masjid menghantar SMS meminta saya menghentikan kuliah, selepas dinasihatkan Jawatankuasa Harian PAS kawasan, meminta saya direhatkan dari mengajar di masjidnya," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.
Ahmad yang sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan itu berkata, jika beliau memutuskan untuk bertanding, PAS perlu pastikan amalan demokrasi diamalkan dengan baik.
Beliau juga mengkritik sikap Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang baru dilantik, yang membuat kenyataan terbuka agar Hadi dikekalkan sebagai presiden.
"Ia tidak wajar dilakukan. Ia satu penyalahgunaan kuasa. Kerana kedudukan dia itu ada pengaruhnya," kata Ahmad yang turut kesal dengan kenyataan beberapa pesuruhjaya negeri yang seolah-olah memaksa PAS kawasannya menyokong calon tertentu.
"Bertanding bukan bermakna kita berseteru. Tetapi sekarang, seolah-olah kita mahu berseteru dengan rakan yang kita tandingi," katanya.
Beliau juga kesal dengan serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dibuat melalui baju-T yang dijual di Himpunan Derita Rakyat (Hindar) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbok, Kuala Lumpur, Sabtu lepas.
Dalam himpunan itu, seorang penjual menjual baju yang tertulis "Yes to Hudud, No to Mat Sabu" di sebuah gerai di himpunan itu.
"Mungkin pihak penganjur boleh kata mereka tidak tahu. Tetapi sekarang mereka sudah tahu, tindakan perlu diambil oleh mereka.”
Ahmad melepasi syarat minima 2 pencalonan pada Sabtu apabila mendapat pencalonan untuk bertanding kerusi presiden parti Islam itu dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan selepas mendapat pencalonan dari Parit Sulong sebelum ini.
Selain beliau, Datuk Husam Musa juga layak bertanding selepas mendapat pencalonan 8 kawasan di seluruh negara. Pada Sabtu, beliau menerima satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.
Menjelang muktamar PAS ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat, iaitu Kota Baru, Kelantan, tidak menamakan beliau sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.
Namun, Tuan Ibrahim menolaknya, menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini. Setakat ini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatan presiden.
Parti itu dilanda krisis dalaman akibat perbeza
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/krisis-dalam-pas-bukan-perkara-kecil-ahmad-awang-bantah-kenyataan-hadi#sthash.RXIQF2M1.dpuf

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.