Oleh Ridzwan Abu Bakar
Untuk mengenali
siapakah Ulama memerlukan perbincangan yang panjang, namun satu
kemestian yang dikongsi oleh semua tradisi pemikiran Islam ialah Ulama
diidentikkan dengan ilmu dan
khasyah, ilmu pula adalah ilmu yang
mencapai tahap 'khabir' dalam bidangnya dan ulama selalunya dinisbahkan
kpd pengajian Islam.
Siapakah Ulama menurut perlembagaan Pas?
Menurut Fasal 43 (3) Perlembagaan Pas (2009) Ulama Pas ditakrifkan sebagai
" Ahli bagi Dewan Ulama ialah Tuan-Tuan Guru atau /dan Siswazah lulusan
apa2 bidang pengajian Islam dari mana2 Institusi Pengajian Tinggi atau
mana2 orang yang menguasai pengajian Islam yang telah menjadi ahli Pas"
Dari nas perlembagaan ini dapat difahami bahawa seorang yang layak menjadi Ulama Pas ialah :
1. Tuan Guru
Satu gelaran penghormatan yang diberikan kepada seseorang yang telah
menyumbang dan terbukti tepat sumbangannya dalam tradisi keilmuan
seperti mengarang kitab yang muktabar dan diakui (seperti diberikan
taqrit oleh pihak lain atau kajian tesis ilmiah yang telah
dimunaqasyahkan). Tuan Guru dalam tradisi masyarakat melayu adalah
gelaran 'kehormatan' dan 'keilmuan' yang diberikan secara sukarela dan
lambang pengiktirafan dari masyarakat.
2. Siswazah Pengajian Islam
3. Mana2 orang yang menguasai pengajian Islam.
'Menguasai' diterjemah dari bahasa Arab إلمام , maka boleh difahami
menguasai pengajian Islam itu adalah memahami struktur dan konten ilmu
Islam secara mendalam - bukan sekadar boleh membaca buku2 pengajian
Islam - tetapi mengusai ilmu2
a. Syariah (fiqh, usul, mirath dsb)
b. Usuluddin (tauhid dan perkara yang berkaitan dengannya)
c. Al Quran dan Hadith (sebagai sumber rujukan perlembagaan Pas)
Untuk إلمام ilmu di atas seseorang yanh nak dinisbahkan sebagai ulama
mengikut perlembagaan Pas hendaklah seorang yang menguasai bahasa arab
dengan baik (sekurang2nya untuk membaca أمهات الكتب).
Ulama hendaklah dimartabatkan, jangan kita 'lekehkan' martabat Ulama.
Perlembagaan Pas dah mentakrifkan Ulama dengan syarat yang 'boleh kira
la', tapi soalnya adakah SEMUA PERWAKILAN ULAMA itu adalah ULAMA?
0 comments:
Post a Comment