Oleh Mohd Sayuti Omar
Beberapa
minggu lepas saya sudah ramal yang bekas Presiden Ulama Malaysia (PUM)
Ahmad
Ramalan itu menjadi kenyataan hari ini apabila Ahmad Awang menyerahkan borang menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan Hadi.
Awang akan mencabar kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai
presiden PAS.
Ahmad Awang tidak memberi banyak alasan kenapa beliau mencabar Hadi.
Beliau hanya menyebut untuk memperkukuhkan parti, meraikan kekawan dan
sudah tentu sebab lain kerana pertandingan dibenarkan dalam PAS, dan
pertandingan itu bagi menggambarkan PAS sebuah parti demokratik dan
pertandingan itu menyuburkan demokrasi.
Sebenarnya pertandingan itu adalah perkara biasa, dan ia mengulangi siri-siri perebutan jawatan dalam PAS sebelum ini.
Bukan tidak pernah pimpinan tertinggi PAS dicabar ataupun dikutuk
sehinggakan mereka akhirnya mengambil keputusan berundur, ia pernah
berlaku, maka tindakan Ahmad Awang hari ini adalah mengulangi sejarah
menuruti tradisi.
Mungkin generasi baru dalam PAS yang baligh selepas Allahyarham Fadzil
Mohd Noor membawa kepada Hadi, tidak pernah melihat itu ditentang berasa
sesuatu yang pelik dan mengejutkan.
Apa lagi yang beranggapan jawatan presiden itu adalah hak orang ulama
sampai akhir hayat, akan beranggapan tindakan Ahmad Awang itu sebagai
tidak tidak patut.
Bagaimana pun bagi mereka yang tahu, mengenali siapa Ahmad Awang mereka
tidak mudah menuduh yang bukan-bukan bahkan Ahmad Awang sememang layak
berada di jawatan tertinggi PAS bukan sahaja selaku presiden bahkan
Mursyidul Am pun layak.
Lantaran itu hendaknya jangan ada yang meletakkan tindakan Ahmad Awang
itu sebagai satu pengkhianatan, jauh sekali cuba merosakan asas
kepimpinan ulama dalam PAS.
Bukankah Ahmad Awang juga adalah seorang ulama dan fakeh mengenai
agama? Siapa berani menafikan kehebatan Ahmad Awang dalam hal ini? Iya
kecuali mereka yang bermata hatikan dengan emosi sahaja.
Sebagai pemuka agama dan da'i, kedudukan Ahmad Awang sama tinggi dan
sama rendah dengan Hadi. Bahkan dalam sudut-sudut tertentu pentadbiran
dan organisasi Ahmad Awang lebih berpengalaman dari Hadi.
Sebelum keduanya aktif dan berkedudukan dalam PAS, ternyata Ahmad Awang
jauh ke depan berbanding dengan Hadi. Ahmad Awang pernah menerajui PUM
berbelas tahun, sebaliknya Hadi hanya menjadi ketua Abim peringkat
negeri Terengganu sahaja.
Menerima cabaran Ahmad Awang terhadap Hadi ini semua pihak khasnya dalam PAS kena fahami lenggang lengguk politik.
Apa yang penting mengkaji dan mencari apakah kunci maka Ahmad Awang mengambil keputusan mencabar Hadi.
Ia saya rasa bukan dibuat saja-saja untuk suka, atau pun menambahkan
gimik dalam parti dan PAS, melainkan satu tanggungjawab sosial. Ahmad
Awang berpegang kepada amanah dia sebagai seorang ahli PAS.
Dari itu, Hadi juga kena memahami kenapa beliau ditentang. Beliau kena
mengkaji atau toleh ke belakang kenapa selama lebih 10 tahun beliau
diberi kepercayaan untuk memimpin PAS, tetapi kenapa sejak akhir-akhir
ini kedudukannya dicabar.
Bagi saya tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada.
Dan kalau Ahmad Awang dianggap sebagai tebuan, beliau tidak akan keluar
dari kloninya kalau bukan di usik atau berasakan perlu berbuat begitu.
Di sini saya tidak mahu mengulas panjang sebab dan faktor Hadi dicabar.
Saya tidak mahu meletakkan saya dalam lurah tohmohan dan fitnah.
Bagi saya, kedua mereka saya hormati dan sayangi. Seperti juga tindakan
Ahmad Awang, saya tidak lantang mengkritik Hadi sebelum ini melainkan
akhir-akhir ini, apabila ditenung kepada beberapa tindakan dan aksinya
politiknya yang agak memelikkan dan janggal.
Saya hanya lihat dari konteks siasah sahaja sebab PAS adalah gerakan sosial bukan jemaah dakwah total.
Orang yang waras akan dapat melihat perubahan sikap dan pandangan
politik Hadi sejak kebelakangan ini yang songsang atau kontradik dengan
sikap dan pendiriannya pada tahun-tahun 80-an lalu.
Beliau jauh meninggalkan dirinya yang hebat pada tahun 80-an hingga
90-an dulu. Hadi semacam kehilangan identiti dirinya. Hanya mereka yang
pandir atau pun sengaja membutakan mata sahaja tidak mahu menerima
hakikat ini.
Apa yang saya ingin katakan di sini, ahli PAS harus menerima perlawanan antara Ahmad Awang dengan Hadi sebagai perkara biasa.
Jadikan perlawanan itu sebagai usaha dan ikhtiar memperkuatkan PAS.
Selepas selesai sahaja perlawanan nanti semua harus kembali bersatu
semula, berada dalam satu saf. Perjuangan PAS atau PAS itu sendiri tidak
akan menjadi kuat tanpa ada kesatuan ummah dalamnya.
Perebutan jawatan dalam PAS bukan soal kalah atau menang yang menjadi
matlamatnya. Tidak ada guna kalau menang jadi arang dan kalah jadi abu.
Perebutan jawatan adalah untuk semua pihak memuhasabah diri menerusi
perlawanan itu. Bukan sahaja kedua mereka tetapi para pendokong juga.
Perlawanan itu memberi ruang kepada ahli menilai kredibiliti mereka
untuk memimpin PAS, bukan membalas dendam antau menjadi medan mengatakan
antara satu sama lain.
Terus terang walaupun saya secara peribadi boleh menerima kaedah
perlawanan, tetapi bimbang takut kesan kepada pelawanan itu meninggalkan
parut yang sukar dihilangkan.
Kalau ini berlaku maka malanglah nasib PAS. Perbalahan selepas ini
kerana perlawanan, jangan hendaknya menjadi barah membawa belah kepada
PAS. Janganlah. PAS sesungguhnya berpotensi untuk menjadi parti peneraju
negara ini.
Sebelum ini saya mengsyorkan agar diadakan kompromi bagi mengelakkan kemungkinan berlaku perpecahan akibat perlawanan.
Tetapi cadangan itu nampaknya disambut dingin. Saya meletakkan
kedinginan itu kerana yakin semua orang dalam Pas senantiasa insaf dan
bersikap gentlemen.
Mereka berlawan tetapi tetap tidak ingat akan nawaitu dan ikrar mereka menyertai PAS.
PAS bukan sebuah game tetapi PAS adalah wadah perjuangan. – msomelayu.blogspot.com,
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment