Oleh Abu Abdullah
Media Singapura di dalam satu wawancara dengan
presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melapurkan gesaan
memeranjatkan beliau: untuk dihidupkan kembali gagasan Kerajaan
Perpaduan (Unity Government - UG).
Lapuran yang bertarikh 1 Mei
itu antara lain melapurkan Presiden PAS itu berkata masalah yang melanda
sekarang ini adalah kerana kelemahan Umno. Ianya bukan sebab Tun Dr
Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak mahupun Tun Abdullah Ahmad
Badawi menurut lapuran Today Online.
Gagasan UG yang mula
diperkatakan Hadi pada 2008 mendapat reaksi negatif ketika itu sehingga
mengundang kemarahan Mursyidul Am PAS, almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Ianya menjadi polemik hingga menimbulkan masalah dalaman yang hingga
kini masih memberi kesan kepada PAS.
Namun setelah kematian Nik
Aziz, usaha mendekati Umno semakin jelas dengan isu pindaan Rang
Undang-Undang Syariah menjadi “jambatan”.
Apapun, kenyataan Hadi di Singapura ini amat mengejutkan.
Beberapa tahun lampau beliau menyatakan idea UG hanya terpakai di waktu
Abdullah. Bahkan beliau pernah menyatakan Najib terlalu banyak skandal
untuk UG dibincangkan bersama Najib.
Di musim “U-turn”, sekali
lagi PAS melalui kenyataan Hadi ini membuat U-turn (setelah U-turn yang
dibuat Pemuda PAS Penang beberapa hari lalu dalam isu sokongan calun di
Pilihanraya Kecil Permatang Pauh).
Gesaan UG Hadi ini juga
memberi isyarat seoalah-olah beliau memberi sokongan kepada Najib yang
semakin hebat diserang Dr Mahathir. Umum mengetahui, usaha membina
jambatan UMNO-PAS dibuat kem Najib, tidak dengan kem Tan sSri Mahyuddin
Yassin yang dilihat bersama Dr Mahathir.
Beberapa soalan timbul dari gesaan Hadi di Singapura ini.
Kenapa Hadi membuat “U-turn” dalam menghidupkan kembali gagasan UG,
tidak sampai 6 bulan kematian Tok Guru Nik Aziz - penentang kuat gagasan
UG?
Apakah PAS, melalui Hadi terikat dengan “hayat" Najib menerajui Umno?
Dan yang lebih besar, apakah ada pakatan “sulit” antara kem Najib dan Hadi dalam menghadapi serangan Dr Mahathir?
Kelihatannya, Hadi memberi talian hayat kepada Najib dengan hidupnya kembali gagasan UG.
- themalaysianinsider.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment