Home » » PAS Akan Runtuh Dengan Politik Fitnah

PAS Akan Runtuh Dengan Politik Fitnah

Catatan oleh Burhanuddin IMPAK 

UCAPAN TN HJ SALAHUDIN AYUB DALAM PERASMIAN MUKTAMAR DPPN JOHOR 

1. "Pemuda2 yang tidak pernah dilalaikan dengan jual beli dari mengingati Allah..." Al-Ayah..

2. Parti yg kita dokong hari ni dah berusia 6 dekad. Peranan menjadi semakin penting. Dalam politik tanah air dan antarabanga.

3. Kita dah lalui pelbagai mehnah. Kita berjaya sampai pd tahap yg ada hari ni. Kalau kita percaya ia satu pencapaian cemerlang, ia telah diasas oleh mereka yg terdahulu dari kita.

4. Tempat kita berpijak hari ni bukan kita yang bina. Kita ibarat mata rantai yang sambung menyambung. Dari satu misi besar anbiyaa yg disempurnakan oleh Nabi kita.

5. Kena insaf dan sedar bukan kita yg mulakan perjuangan ini dan bukan kita yg akan akhiri.

6. Pemuda2 bacalah dgn teliti sejarah PAS. Ia penting. Supaya kita dapat terus langkah jauh kehadapan. Dgn tidak ada gangguan. Kesilapan masa lalu dijadikan tauladan yg sebanyak2nya.

7. Lamanya kami dlm perjuangan ini bukan bermakna kami telah jadi golonggan yg sempurna. Tak lakukan kesilapan. Mudanya saudarau yg berdarah panas. Saya pernah pimpin ana muda dan lalui gelora sbg anak muda. Penting. Sifat pemuda. Tapi jangan sampai kita jd golongan yg tak hormat antara satu sama lain.

8. Sy pernah dinasihati waktu jd KP, biarlah pemuda jadi orang tua sbg pemimpin, orang tua raikan anak muda. Kerana 80% kepimpinan utama parti hari ini adalah mereka yg telah lalui proses kepimpinan dalam dewan pemuda.

9. Dlm hati saya simpan cita2 besar bahawa pemuda khususnya di johor akan lebih ramai jadi kepimpinan Pas masa akan datang.

10. InsyaAllah. Seorang Presiden PAS satu hari esok adalah orang johor.

11. Bila kita lalui ranjau perjuangan ini, maka kita faham kenapa kita berada dalam PAS. 12. Waktu generasi saya berusrah. YB abdulah hussin, hj huda, hj zul dan semuanya berusrah, bila naqib baca rukun Faham oleh Al-Banna, pada hari pertama saya tak faham kenapa Faham duduk nombor satu, kmudian baru ikhlas, kmudian jihad. Kenapa susunan begini. Setelah 30 tahun bersama dgn PAS baru kita faham. Kenapa rukun Faham nombor satu.

13. Pas bukan parti utk cari kekayaan peribadi dan dunia. Cari parti lain kalau nak ini.

14. Pas bukan parti utk kita jadi platform utk capai cita2 peribadi. Pas parti yg menuntut seluruh hidup kita diabadikan utk perjuangan. Jalan bukan mudah.

15. Kemenangan yg diinginkan kadang2 lambat. Ini sesuai dgn firman Allah "Lau Kaana Aradhan Qariban".. ini sifat perjuangan. Jauh, lambat, kadang2 habuan tidak tercapai dlm masa terdekat.

16. Apa yg kita capai hari ini sbb kesabaran orang2 dulu yang berjuang.

17. Dalam AGM Kawasan2, Ada YDP yg berucap menangis sbb ramai yg sebaya telah pergi. Menangis bila kenangkan susahnya bangunkan PAS pada masa itu. 60an, 70an, 80an. Waktu tu tak ramai ulama, dr, lawyer, pro. Yg ramai orang2 kampung. Kais pagi makan pagi.. ada yg kerja ambil upah tanam padi. Dah cabut padi di tapak semaian, bila dapat arahan parti, terpaksa tinggal hingga mati kering.

18. waktu tu belum ada usrah, tak ada naqib yg ajar fikh aulawiyat. Tp mereka semua faham. Ramai yg faham bila bertembung. Usrah tetap penting. Tapi Kadang2 sekarang ini bila bertembung belum tentu kita bleh letakkan kepentingan parti didepan. Org dulu faham.

19. Waktu saya mula2 dipilih sbg exco pemuda johor tahun 86. Mesyuarat Agung di markaz pas sg benut bersila atas lantai. Saya bukan nak bawak pemuda kembali atas lantai.

20. Kecermelangan yg kita dpt hari ni adalah satu proses dalam parti. Pas sendiri adalah satu proses. Bukan lahir secara kbetulan. Pemimpin yg lahir juga satu proses.

21. Saya cadang pd pemuda johor. Modul tarbiyyah ziarah rumah lama Ust Abdullah Hussin. Bukan sekadar tadah kitab, tapi tadah khazanah perjuangan ust Abdullah. Bila balik dgn segulung ijazah, boleh kerja dgn kerajaan atau masuk umno mungkin gaji lebih besar dari apa yg dia dapat hari ini.

22. Tn haji zul, hari ini dia kelihatan agak lega dgn hidup, bukan semalam dia bina, hari ini dia berjaya. Semua lalui proses dlm parti. Rumah dibakar dan dibom. Saya sedih dia dikatakan tak kuat akidah lagi.

23. Inilah parti yg sama2 kita diberi amanah memimpin hari ini. Orang dulu berjuang tak minta apa2. Saya kalau mati hari ini, isteri kami akan dapat pencen sbb saya wakil rakyat, kalau tak ada didunia, mereka tak merempat. Tp mesti ingat diluar ramai tak dapat apa2 tp terus berjuang. Yg mereka mahu biar pas menang. Itu cita2 mereka.

24. Ini lah parti yg sama2 kita bina. Jangan runtuhkan dan rosakkan. Kalau tak mampu jd macam orang dulu, jangan ada saham rosakkan parti ini.

25. Perjalanan masih jauh dan panjang. Pas johor dah melangkah jauh. Bleh menang 4 kerusi. Dulu hutan rimba. Umno paling kuat. Selepas 60thn lebih. Ada yg jual kebun tahun 60an. Saya tak tau samada yg muda2 ingat atau tak. Nama Pak Turus.

26. Zaman 60 or 70an, kalau masuk pilihanraya confirm hilang deposit. Ust Dolah 4 kali hilang deposit. kali ke 5 baru menang.

27. Saya bertanding di Kubang Kerian. TgNA pelawa saya. Kawasan kedua PAS paling kuat dalam dunia. Letak selipar jepun pun boleh menang. Kalau saya jual atau gadai kebun saya utk bertanding di K.Kerian, saya tahu saya akan menang dan tebus. Pak Turus jual kebun tak dapat balik. 6 bln sebelum meninggal, isteri beliau call saya, minta tolong dia sakit sbb tak ada ubat. Perlu 500 sebulan. Kebun dah tak ada lagi. Hanya saya boleh bantu bawa borang utk dapat tabung kemiskinan harakah. Utk beli ubat. Tak lama selepas itu beliau meninggal. Semoga Allah anugerahkan syurga kepada beliau.

28. Saya cerita supaya kita faham, bina PAS, pejuang dulu telah berikan segalan2nya. Masa emas kita bersama anak istri. Tau2 anak2 dah besar dan ada yg meminang. Dah besar rupanya mereka ni.

Kadang2 lupa nama anak bila anak2 10orang. Begitulah bila kita tiada di rumah. Harta benda dan darah dikorbankan utk jamaah. Tragesi memali, ISA, tidur lokap jadi darah daging pejuang2 PAS. Orang2 muda mesti baca sejarah ini.

29. Kita duduk diatas benteng yg tinggi. Benteng ini bukan kita yg bina.

30. Pas telah lalui semua zaman. Zaman sorang2 kita tak kawan dgn sesiapa. Zaman tahaluf, berkawan dgn orang lain. Berdasarkan fakta perjuangan. Bukan cerita tepi jalan dan rekaan. Zaman kita sorang2 besar mana wilayah kita? Zaman tahaluf, luas mana wilayah kita?

31. Dulu zaman pilihanraya, nak dengar keputusan pilihanraya dengan kelantan terengganu menang, johor hilang deposit. Masa tahaluf, kita mula dgn CCC utk berkawan dgn cina. Dulu org cina nampak PAS macam alien. Takut. Dulu bawa limau ketuk pintu rumah cina. Nak buat hubungan dgn cina. Ada yang terima, ada yg tanya "lu dari mana". Kita kata dari PAS. Dihalau balik.

32. Hari ini dengan berkat kesabaran kita, Allah berikan kemenangan kepada kita. Org cina dan india blh pakai baju pas dan pegang bendera pas.

33. Saya balik johor sblm pru 13, mak saudara saya ketua pergerakan wanita umno bahagian, exco negeri. Kata: 'kau ni bagus dan baik. Masuk umno lah. Dengar balik nak jadi mb. Kita boleh bincang.

 Kau bagus. TGNA bagus. Tp kawan dengan DAP tu tak bagus. Kalau kau tak kawan DAP, kita boleh sokong". Ucapan itu kalau kita tak ada pengalaman dgn umno ni, itu ucapan manis mcm madu tp penuh racun berbisa.

34. Masa PAS sorang2, umno tetap tak undi kita. Hilang wang pertaruhan. Bila kita berkawan dgn DAP, mereka jadi sakit hati sbb DAP bunuh MCA dan gerakkan. Dgn tahaluf kita dapat luaskan wilayah kita.

35. Tahaluf ini bukan orang mcm ana , hj zul, husam musa Yg putuskan. Tapi Majlis Syura Ulama. Kita ikut sahaja. Dengan ada syarat dan batas.

36. Saya tak bleh nafikan, dalam pakatan ada masalah. Ada isu yg kena selesaikan. Isu hudud dan negara islam mmg DAP tak setuju dari hari pertama pun. Masa MSU lulus mmg kita dah tau sikap DAP. Sbb itu kita kena faham bahawa ada isu yg kita kena selesaikan. Mmg pening. BN ada 14 parti lagi pening. Mmg pening tapi kita masih dalam Pakatan Rakyat.

37. Johor kalau nak menang utk akan datang mesti kekalakan kedudukan kita dalam PR.
38. Bila kita jadi kerajaan, kita akan pening. Dengan DAP ni pening sdikit je. Dalam dunia politik, hari ini tidak boleh selesai, tapi besok boleh selesai.

39. Saya bercita2. Mungkin saya tak jumpa. Satu hari esok berkat kesabaran kita.

40. Pak Nasir sebut kita kena bergerak dalam dua jalur.dakwah dan politik.

41. Wlpn hari ni kita tak boleh buat hudud, dua kali pinda tak bleh buat. Bukan salah DAP. Kita tak pernah lengah. Agenda islam jadi agenda kita. Kita enekmenkan di terengganu. Kita tak boleh buat. Sbb halangan perlembagaan dan akta 355. Bukan salah kita. Bukan salah DAP.

42. Wakil rakyat umno menangis waktu pinda enekmen negeri kelantan. Dia kata "Ini lah masanya kita bersatu atas nama melayu sokong ekemen ini". Sokong kita terima utk Islam. Tapi kenapa umno tak menagis di johor dan terengganu. Sekilas ikan di air, aku tahu jantan dan bertina. Banyak kali kita kata umno boleh buat hudud tanpa pas. Ada majoriti. Kenapa tak buat? Kita bentang di kelantan dia sokong. Bagus.

43. Jangan tuduh PAS ni ceroi dan diperkudakan. Kita tahaluf kita tak rugi. PAS tetap untung.

Wawasan kenenangan kita lebih luas. Johor bleh menang. Kita tak tinggal agenda islam. Samada kita berseorangan atau semasa bertahaluf. DAP tak setuju tak apa. Hari ni tak stuju. Esok belum tentu.

Bukankah dakwah ini luas? Bukankah islam rahmat sekelian alam. Satu masa besok. Saya bercita2 orang bukan islam datang minta supaya negara kita dijalankam hukum Allah. Luaskan minda kita.
 
Luaskan zon dakwah kita. Jgn lihat DAP satu halangan. Kena berkawan dgn mereka. Satu hari
berikut kita akan capai cita2 kita. Mereka lihat Islam bukan ancaman. Kerana umno tidak bagi gambaran islam yg sebenar.

44. Bayangkan kalau kita gi putrajaya, kita boleh minta channel Islam. Boleh guna pelbagai bahasa yg benar2 berikan dakwah pd bukan islam. Hari ini tiada. Atas sbb demokrasi kita bleh usahakan. 5 thn 10 thn.

45. Nabi semasa di thaif, dibaling batu. Malaikat minta izin lengkupkan gunung. Allah suruh minta izin dgn Nabi, Nabi kata jangan sbb harap akan lahir dari sulbi2 mereka orang Islam. Bahkan nabi berdoa "Ya Allah bg petunjuk kepada mereka sbb mereka tidak tahu".

46 kita perlu sabar. Perlu bg penjelaaan. Dalam ruang dakwah tetap ada.

47. Pemuda perlu ada sifat inovasi utk terokai ruang dakwah. Garap KP dan pasukan dpt jadikan johor begeri contoh PR. Dengan tidak gadaikan satu zarah pun prinsip kita.

48. Kita dah berdiri dapat sama tinggi, duduk sama rendah. Dulu org sebut terengganu, kelantan. Sekarang johor.

49. Kita ada kekuatan yg kita bina selama 64 tahun.

50. perpaduan yg kita bina jgn rosakkan. Ini negeri johor. Ini PAS johor. Saya bangga kalau org johor lihat kedudukan saya ditempat tinggi sbb dokongan semua. Umno nak menang Naib Presiden perlu 50juta main2 je.

51. PAS takkan musnah dgn politik wang. Hari ni saya bimbang PAS akan runtuh dgn politik fitnah. Jaga baik2. Zaman ini. Kawan jadi lawan. Kita jadi bermusuh. Jaga perpaduan baik2. Tak ada tabayun. Masuk usrah bukan main. Baca ayat tabayun. Label sana sini. Kami sama2 dgn ust dolah hussin, tebas hutan rimba, ada jembalang pelesit masa tu. Tak pernah soal awak ni ustaz ke bukan ustaz. Dulu yg penting berjuang siang malam bina. Bila masa datang ustaz tak ustaz ni? Ini kerja syaitan dan iblis utk pecah perpaduan kita. Semua kita ikut ulama.

52. Kita bertahaluf dgn anwar limkitsiang. Mereka rakan kita. Pimpinan PAS tetap pimpinan kita. Mcm2 tuduhan jebon. Apa citer ni? Nak tukar pimpinan silalah. Perlembagaan benarkan. Tp jangan fitnah.

53. Dulu saya KP, dlm muktamar ada yg tegur baca alquran salah. Saya terima. Tp tuduh saya jebon apa hal? Tuduh saya jatuhkan presiden apa hal. Tuduhan ni kecil sgt. Kalau besar, saya boleh cabar untuk mubahalah. Bawak anak bini kamu. Kita mubahalah. Tegur tak apa. Jangan tuduh. Ini kerja sapa?

54. "Waktasimul bihablillahi jami'a" sebab nuzul. Kaum ansar baca balik syair jahiliyyah. Hasut balik. Datang Islam, mereka dipersaudarakan. Aus dan khazraj. Ada yg termakan. Asah pedang balik. Itu zaman nabi.

55. Kita ada pemimpin dan ukhuwwah. Pilih pemimpin yg bleh beri kejayaan kepada PAS. Kita bukan lembu, bleh diheret utk pangkah sesiapa. Pemuda2 adalah pemimpin masa depan. Ada maruah.
Ada integriti. Pilih pemimpin dari hati kecil kita. mana yg bleh buat kerja. Yg mana pernah berkorban. Baik tua atau muda. Ulama atau tak. Jangan diperbodohkan oleh orang lain. Kita ada harga diri.

. Maaf kalau ada kesilapan catatan. Www.burhanuddin.biz

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.