Home » » Hubungan Sesama Manusia Yang Wajib Dicontohi

Hubungan Sesama Manusia Yang Wajib Dicontohi

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

1.Ada beberapa sebab mengapa kita perlu terus mendekati orang orang bukan Islam .

2. Islam atau tidak Islam seseorang manusia itu termasuk dalam masyiatullah (kehendak Allah) dan hanya Allah yang boleh memberi hidayah kepada mana mana manusia yang Allah kehendaki.

Peranan kita hanya berusaha menyampaikan Islam kepada mereka sama ada melalui lisan atau akhlak kita.

3. Bukan juga peranan kita untuk menentukan nasib dan pengakhiran hidup manusia dan bukan tugas dan tanggungjawab kita menentukan sama ada sesorang manusia itu ke syurga atau ke neraka.

4. Islam mengajar kita bahawa Allah telah memuliakan semua manusia (wa la qad karramna bani adam) dan ia merangkumi semua manusia tanpa mengira Islam atau bukan Islam. Atas sebab itu jugalah apabila mayat seorang Yahudi lalu di hadapan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w bangun sebagai tanda hormat. Apabila para sahabat memberitahu Rasulullah s.a.w itu mayat orang Yahudi, Rasulullah s.a.w menjawab "alaisat nafsan ! " (bukankah dia juga manusia).

5.Sifat tasamuh (toleransi) yang tinggi harus ditonjolkan dalam hubungan kita dengan bukan Islam.

Bila wanita Yahudi yang meracuni Rasulullah s.a.w dengan tujuan untuk 'assasinate' (membunuh) Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w masih memaafkan wanita tersebut saya terfikir adakah wajar hanya kerana ada pemimpin DAP menukilkan pendapat Al Qardhawi tentang hudud kita terus benarkan DAP dimarahi.

Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Jawatankiasa PAS Pusat
26 Mei 2015

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive