Oleh Alhusseyn Alhusseyn
Ramai orang menyangka
Ustas Ahmad Awang (UAA) sudah bersara, atau dah pencen daripada PAS
apabila beliau pada Muktamar 2009, telah menolak pencalonan bagi
sebarang jawatan parti, samada sebagai Naib Presiden maupun AJK Pusat
biasa.
Malah, beliau secara baik telah menolak pelawaan presiden sendiri, Hj
Hadi supaya beliau kekal sebagai PJ sepenggal lagi untuk berhadapan PRU
13.
Alasan UAA adalah kerana untuk memberi tumpuan mahu membina rumah anak
yatim dan membina Maad Tahfiz Quran di tanah pusaka allahyarham ayahanda
beliau di Semanggol. Disamping pada ketika itu beliau telah membina
Pusat Markaz Dakwah yang diberkan nama Balai Kuliah Tasawwur Islam.
Jawatan terakhir UAA di peringkat pusat adalah sebagai salah seorang
Naib Presiden Parti dan di peringkat negeri selaku Pesuruhjaya untuk
selama 5 penggal.
Semasa kepimpinannya di Perak, beliau telah menggabungkan antara
aktivis dan ulama’ atau ugamawan dan golongan professional. Beliau
melantik timbalan satu dari kalangan ugamawan dan yang dua lagi dari
kalangan professional.
Dan pada PRU 13, PAS telah berjaya memenangi 6 DUN hasil kerjasama
bersepadu dua golongan tersebut ditambah dengan suasana dan keadaan
ketika itu.
Beliau amat disenangi oleh rakan-rakan tahalluf siyasi, DAP dan PKR
kerana keberanian dan ketegasan dalam mendokong Pakatan Rakyat. Beliau
telah menolak tawaran bekerjasama dengan Umno/BN di Perak walaupun telah
diminta berbuat demikian oleh pimpinan tinggi parti.
Tawaran jawatan sebagai MB dan 5 exco kepada PAS bukan mudah untuk
diketepikan begitu sahaja.Tetapi kerana memikirkan demi perjuangan PAS
di masa hadapan, tawaran tersebut telah ditolak oleh UAA.
Beliau tidak sanggup mengkhianati kehendak rakyat yang telah menolak
Umno dan memilih wakil dari PAS. Betapa tiba-tiba bila dah menang, PAS
buat u-turn pula untuk bersama dengan Umno!
Tentu rakyat akan membenci
pegkhianatan yang sebegitu dan akan terus hilang kepercayaan kepada PAS
di masa yang mendatang.
Lahirnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah berkat usaha dan
ketegasan UAA dan beberapa lagi rakan yang melalui satu mesyuarat pada
malam 08 Mac 2008 kira-kira jam 2.00 pagi telah membuat persetujuan
untuk membentuk kerajaan gabungan bersama dua parti lain iaitu PKR dan
DAP.
Itulah nostalgia yang kekal ada kepada kita semua, apatah lagi kepada
UAA sendiri yang merupakan peneraju utama yang sekali gus telah
menggagalkan gagasan UG untuk bersama Umno!
Keputusan yang telah diambil itu telah meletakan PAS dipersada politik
Negara dimana PAS apabila berada dalam Pakatan Rakyat, maka ia tidak
lagi hanya untuk orang-orang Melayu Islam, bukan hanya untuk orang di
Pantai Timur tetapi ianya telah bersama parti lain di Pantai Barat
bahkan di Sarawak dan Sabah.
Terus aktif di barisan belakang
Walaupun setelah sekian lama UAA tidak kelihatan dibarisan hadapan
kepimpinan PAS, beliau tidak pernah ketinggalan dengan gerak kerja
parti.
Beliau tetap turun bersama ke jalanraya. Samada Bersih 1 dan 3 atau
mana-mana demonstrasi. Beliau juga turut terlibat dengan beberapa
pilihanraya kecil kecuali di Cempaka dan Kelantan mutakhir ini kerana
berada di tempat lain.
Jadi adalah tidak benar kalau ada tanggapan yang mengatakan UAA telah
bersara di arena politik tanah air.
Namun kini UAA seolah-olah membuat ‘comeback’ apabila beliau mula vocal
menyampaikan pandangan atau kritikan terhadap corak perjalanan PAS dan
hadir dlm beberapa acara-acara penting politik tanah air saperti
penamaan calon di Rompin, sewaktu majlis pengurusan jenazah ayah aktivis
muda Adam Adli, kemudian yang terakhir bersama Demo bantah GST.
UAA ternyata kritikal dan kurang senang dengan perkembangan PAS
mutakhir ini. Beliau telah menjelaskan pandangan beliau mengenai apa
yang tidak betul mengenai pembawaan PAS hari ini.
Mengulas persoalan tersebut, UAA menyatakan beliau tidak berada di
pentas mainstream parti adalah kerana sudah tidak memegang sebarang
jawatan.
Beliau menjelaskan tetap masih bersama dgn PAS kerana rasa sayangnya
terhadap PAS yang telah diceburinya sejak di peringkat sekolah lagi.
Sebab itu beliau tetap bersama walaupun kini hanya berada di barisan
belakang.
"Dalam perang Uhud pun Nabi pernah berpesan dan memastikan supaya
pasukan pemanah dibahagian belakang mengawal supaya tidak ada musuh
menyerang dari belakang bukit. Jadi tidak semua mesti di depan." kata
UAA.
Mengulas mengenai kemunculannya di majlis pengkebumian almarhum ayah
kepada aktivis Adam Adli, UAA berkata itu adalah secara kebetulan.Oleh
kerana penglibatannya yang berterusan, bila berada untuk PRK Permatang
Pauh, walaupun calonnya dari PKR, beliau pergi ke sana atas semangat
mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Kebetulan pula ayah aktivis Adam Adli kemalangan dan meninggal dunia
lalu beliau pergi untuk menziarahinya. Kehadirannya telah diambil
kesempatan oleh wartawan-wartawan yang ada di situ lalu keluarlah gambar
dan berita AAU dan dikaitkan pula dengan pencalonan beliau sebagai
pencabar jawatan Presiden!
Kenapa UAA dicalonkan
Tetapi persoalannya ialah kenapa pula UAA dicalonkan untuk mencabar
presiden? Mungkin kerana sosok tubuh UAA ini dilihat begitu kental dan
anjal dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang pernah sejarah
Perak merakamkannya.
Apabila dilihat kecelaruan kepimpinan PAS yang semakin menggugat
kewujudan Pakatan Rakyat, ramai yang mula mencari-cari seorang tokoh
yang setanding untuk menggantikan presiden yang dilihat semakin kurang
berkemampuan untuk menyelesaikan kekalutan dalaman parti hingga
menggugat kestabilan Pakata Rakyat itu sendiri.
Diakhir-akhir kepimpinan Hj Hadi ini, penyokong dan pendokong parti
melihat pengaruh PAS semakin merosot. PAS tercicir bukan sahaja di
Perak, malah di Selangor, Kedah, Terengganu dan kedudukannya di Kelantan
juga turut tergugat.
Ramai yang menganggap Hj Hadi cuba mempengaruhi hala tuju parti untuk
bekerjasama dengan Umno/BN walaupun beliau cuba menafikannya. Namun
komitmen Hj Hadi terhadap gerakerja Pakatan Rakyat yang tidak sepenuhnya
menyebabkan ramai yang ragu-ragu dan tidak percayakannya lagi. Tambahan
pula dengan U-Turn yang sering beliau lakukan sewaktu krisis MB
Selangor.
Mereka yakin, UAA adalah satu-satunya tokoh yang mampu meletakan PAS
dipersada politik tanah air semula sebagaimana yang pernah beliau
lakukan di Perak sedikit masa lalu.Hanya UAA sahaja yang merupakan tokoh
PAS yang berani membuat kenyataan-kenyataan yang tegas dan vocal dan
kritikal terhadap kepimpinan PAS yang ada kini.
Ini mengingatkan kita kembali ketika beliau berkhidmat dalam kerajaan,
beliau begitu vocal bercakap mengenai Islam dan memang selari dengan apa
yang diperjuangkan oleh PAS ketika itu.
" Pada setiap bulan, pihak SB dari Bukit Aman mesti datang menemui saya
di tempat saya bertugas ketika itu, di Jabatan Perdana Menteri," ujar
UAA, lantaran kelantangannya mengkritik kerajaan.
Ketika beliau memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM), yang juga
merupakan sayap kepada PAS, beliau sering berhadapan dengan Perdana
Menteri ketika itu Dr Mahathir kerana Dr Mahathir merupakan pengkritik
kuat PUM.
Kalau Mahathir yang begitu gagah dan ada kuasa sekali pun beliau berani
hadapi, apalah sangat dengan Hj Hadi yang diajak untuk berdebat pun
tidak berani! -http://alhusseyn51.blogspot.com/
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
As-salam.. kita memerlukan kapten kapal yang sentiasa menjaga anak2 buahnya.. jikalau ada yang tersilap, maka kapten perlulah menegur & membaiki silap itu. jgn diam, nanti satu kapal punah ranah.. ingat musuh kita UMNO BN.. depa akan cuba merosakkan kapal kita walaupun hanya dgn menggunakan sebatang jarum.. Wa'Allahulam..
ReplyDelete