Home » » Kenapa Ustaz Ahmad Awang dicalonkan

Kenapa Ustaz Ahmad Awang dicalonkan

Oleh Alhusseyn Alhusseyn 

Ramai orang menyangka Ustas Ahmad Awang (UAA) sudah bersara, atau dah pencen daripada PAS
apabila beliau pada Muktamar 2009, telah menolak pencalonan bagi sebarang jawatan parti, samada sebagai Naib Presiden maupun AJK Pusat biasa.

Malah, beliau secara baik telah menolak pelawaan presiden sendiri, Hj Hadi supaya beliau kekal sebagai PJ sepenggal lagi untuk berhadapan PRU 13.

Alasan UAA adalah kerana untuk memberi tumpuan mahu membina rumah anak yatim dan membina Maad Tahfiz Quran di tanah pusaka allahyarham ayahanda beliau di Semanggol. Disamping pada ketika itu beliau telah membina Pusat Markaz Dakwah yang diberkan nama Balai Kuliah Tasawwur Islam.

Jawatan terakhir UAA di peringkat pusat adalah sebagai salah seorang Naib Presiden Parti dan di peringkat negeri selaku Pesuruhjaya untuk selama 5 penggal.

Semasa kepimpinannya di Perak, beliau telah menggabungkan antara aktivis dan ulama’ atau ugamawan dan golongan professional. Beliau melantik timbalan satu dari kalangan ugamawan dan yang dua lagi dari kalangan professional.

Dan pada PRU 13, PAS telah berjaya memenangi 6 DUN hasil kerjasama bersepadu dua golongan tersebut ditambah dengan suasana dan keadaan ketika itu.

Beliau amat disenangi oleh rakan-rakan tahalluf siyasi, DAP dan PKR kerana keberanian dan ketegasan dalam mendokong Pakatan Rakyat. Beliau telah menolak tawaran bekerjasama dengan Umno/BN di Perak walaupun telah diminta berbuat demikian oleh pimpinan tinggi parti.

Tawaran jawatan sebagai MB dan 5 exco kepada PAS bukan mudah untuk diketepikan begitu sahaja.Tetapi kerana memikirkan demi perjuangan PAS di masa hadapan, tawaran tersebut telah ditolak oleh UAA.

Beliau tidak sanggup mengkhianati kehendak rakyat yang telah menolak Umno dan memilih wakil dari PAS. Betapa tiba-tiba bila dah menang, PAS buat u-turn pula untuk bersama dengan Umno!

Tentu rakyat akan membenci pegkhianatan yang sebegitu dan akan terus hilang kepercayaan kepada PAS di masa yang mendatang.

Lahirnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak adalah berkat usaha dan ketegasan UAA dan beberapa lagi rakan yang melalui satu mesyuarat pada malam 08 Mac 2008 kira-kira jam 2.00 pagi telah membuat persetujuan untuk membentuk kerajaan gabungan bersama dua parti lain iaitu PKR dan DAP.

Itulah nostalgia yang kekal ada kepada kita semua, apatah lagi kepada UAA sendiri yang merupakan peneraju utama yang sekali gus telah menggagalkan gagasan UG untuk bersama Umno!

Keputusan yang telah diambil itu telah meletakan PAS dipersada politik Negara dimana PAS apabila berada dalam Pakatan Rakyat, maka ia tidak lagi hanya untuk orang-orang Melayu Islam, bukan hanya untuk orang di Pantai Timur tetapi ianya telah bersama parti lain di Pantai Barat bahkan di Sarawak dan Sabah.

Terus aktif di barisan belakang

Walaupun setelah sekian lama UAA tidak kelihatan dibarisan hadapan kepimpinan PAS, beliau tidak pernah ketinggalan dengan gerak kerja parti.

Beliau tetap turun bersama ke jalanraya. Samada Bersih 1 dan 3 atau mana-mana demonstrasi. Beliau juga turut terlibat dengan beberapa pilihanraya kecil kecuali di Cempaka dan Kelantan mutakhir ini kerana berada di tempat lain.

Jadi adalah tidak benar kalau ada tanggapan yang mengatakan UAA telah bersara di arena politik tanah air.

Namun kini UAA seolah-olah membuat ‘comeback’ apabila beliau mula vocal menyampaikan pandangan atau kritikan terhadap corak perjalanan PAS dan hadir dlm beberapa acara-acara penting politik tanah air saperti penamaan calon di Rompin, sewaktu majlis pengurusan jenazah ayah aktivis muda Adam Adli, kemudian yang terakhir bersama Demo bantah GST.

UAA ternyata kritikal dan kurang senang dengan perkembangan PAS mutakhir ini. Beliau telah menjelaskan pandangan beliau mengenai apa yang tidak betul mengenai pembawaan PAS hari ini.

Mengulas persoalan tersebut, UAA menyatakan beliau tidak berada di pentas mainstream parti adalah kerana sudah tidak memegang sebarang jawatan.

Beliau menjelaskan tetap masih bersama dgn PAS kerana rasa sayangnya terhadap PAS yang telah diceburinya sejak di peringkat sekolah lagi. Sebab itu beliau tetap bersama walaupun kini hanya berada di barisan belakang.

"Dalam perang Uhud pun Nabi pernah berpesan dan memastikan supaya pasukan pemanah dibahagian belakang mengawal supaya tidak ada musuh menyerang dari belakang bukit. Jadi tidak semua mesti di depan." kata UAA.

Mengulas mengenai kemunculannya di majlis pengkebumian almarhum ayah kepada aktivis Adam Adli, UAA berkata itu adalah secara kebetulan.Oleh kerana penglibatannya yang berterusan, bila berada untuk PRK Permatang Pauh, walaupun calonnya dari PKR, beliau pergi ke sana atas semangat mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Kebetulan pula ayah aktivis Adam Adli kemalangan dan meninggal dunia lalu beliau pergi untuk menziarahinya. Kehadirannya telah diambil kesempatan oleh wartawan-wartawan yang ada di situ lalu keluarlah gambar dan berita AAU dan dikaitkan pula dengan pencalonan beliau sebagai pencabar jawatan Presiden!

Kenapa UAA dicalonkan

Tetapi persoalannya ialah kenapa pula UAA dicalonkan untuk mencabar presiden? Mungkin kerana sosok tubuh UAA ini dilihat begitu kental dan anjal dengan perjuangan Pakatan Rakyat sebagaimana yang pernah sejarah Perak merakamkannya.

Apabila dilihat kecelaruan kepimpinan PAS yang semakin menggugat kewujudan Pakatan Rakyat, ramai yang mula mencari-cari seorang tokoh yang setanding untuk menggantikan presiden yang dilihat semakin kurang berkemampuan untuk menyelesaikan kekalutan dalaman parti hingga menggugat kestabilan Pakata Rakyat itu sendiri.

Diakhir-akhir kepimpinan Hj Hadi ini, penyokong dan pendokong parti melihat pengaruh PAS semakin merosot. PAS tercicir bukan sahaja di Perak, malah di Selangor, Kedah, Terengganu dan kedudukannya di Kelantan juga turut tergugat.

Ramai yang menganggap Hj Hadi cuba mempengaruhi hala tuju parti untuk bekerjasama dengan Umno/BN walaupun beliau cuba menafikannya. Namun komitmen Hj Hadi terhadap gerakerja Pakatan Rakyat yang tidak sepenuhnya menyebabkan ramai yang ragu-ragu dan tidak percayakannya lagi. Tambahan pula dengan U-Turn yang sering beliau lakukan sewaktu krisis MB Selangor.

Mereka yakin, UAA adalah satu-satunya tokoh yang mampu meletakan PAS dipersada politik tanah air semula sebagaimana yang pernah beliau lakukan di Perak sedikit masa lalu.Hanya UAA sahaja yang merupakan tokoh PAS yang berani membuat kenyataan-kenyataan yang tegas dan vocal dan kritikal terhadap kepimpinan PAS yang ada kini.

Ini mengingatkan kita kembali ketika beliau berkhidmat dalam kerajaan, beliau begitu vocal bercakap mengenai Islam dan memang selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PAS ketika itu.

" Pada setiap bulan, pihak SB dari Bukit Aman mesti datang menemui saya di tempat saya bertugas ketika itu, di Jabatan Perdana Menteri," ujar UAA, lantaran kelantangannya mengkritik kerajaan.

Ketika beliau memimpin Persatuan Ulama Malaysia (PUM), yang juga merupakan sayap kepada PAS, beliau sering berhadapan dengan Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir kerana Dr Mahathir merupakan pengkritik kuat PUM.

Kalau Mahathir yang begitu gagah dan ada kuasa sekali pun beliau berani hadapi, apalah sangat dengan Hj Hadi yang diajak untuk berdebat pun tidak berani! -http://alhusseyn51.blogspot.com/































1 comments:

  1. As-salam.. kita memerlukan kapten kapal yang sentiasa menjaga anak2 buahnya.. jikalau ada yang tersilap, maka kapten perlulah menegur & membaiki silap itu. jgn diam, nanti satu kapal punah ranah.. ingat musuh kita UMNO BN.. depa akan cuba merosakkan kapal kita walaupun hanya dgn menggunakan sebatang jarum.. Wa'Allahulam..

    ReplyDelete

My Blog List

Blog Archive

.