Home » » Kurangkan musuh politik - Sheikh Ghanoushi

Kurangkan musuh politik - Sheikh Ghanoushi

GERAKAN Islam di serata Dunia kini sedang menghadapi cabaran yang amat besar dan berat. Oleh
itu ia mesti sentiasa releven dan besedia berada dipersada politik di setiap negara. Ia tidak boleh terpisah dengan realiti politik semasa lebih-lebih apabila berhadapan dengan cabaran yang amat kritikal kini.

Demikian saranan Sheikh Rachid Ghanoushi, pengasas dan pimpinan gerakan Islam an-Nahdah ketika saya mengadakan pertemuan dengan beliau di Tunis pada Khamis lepas. Turut serta di dalam pertemuan tersebut adalah Dr. Said Ferjani serta Dr. Rafik Abd Sallam yang juga merupakan bekas Menteri Luar Tunisia.

Parti an-Nahdah yang kini menjadi parti pembangkang terbesar di Tunisia juga merupakan gerakan Islam yang tertua di Tunisia. Ia terlibat dalam proses politik dan pilihan raya secara demokratik walaupun ia pernah diharamkan sebelum berlakunya revolusi kebangkitan rakyat di kemuncak 'Arab Spring' yang telah menggulingkan Presiden Zein Abiden beberapa tahun lepas.

Dalam pertemuan tersebut, beliau telah menggariskan beberapa perkara asas penting dan nasihat kepada gerakan Islam termasuk PAS di Malaysia;

Pertamanya, gerakan Islam sentiasa bersifat semasa dan bersedia berubah apabila menghadapi cabaran khususnya apabila berhadapan dengan Kuasa-kuasa besar di arena politik dunia kini.

Keduanya, gerakan Islam mesti meramaikan kawan dan teman dalam demokrasi temasuk dari golongan kiri dan sekular walaupun jauh berbeza fahaman yang mereka anuti. Musuh politik mesti di kurangkan dalam proses penglibatan demokrasi.

Ketiganya; Gerakan Islam tidak boleh bersifat rigid dan dilihat anti perubahan oleh masyarakat kerana cabaran semasa adalah amat mencabar dan sentiasa berubah serta perlu kepada kebijaksanaan di dalam menghadapi cabaran semasa ini.

Keempat, diwaktu dunia Islam seperti di Syria, Iraq, Libya dan Yemen sedang di uji ini, gerakan Islam hendaklah menumpukan persoalan ummah dan bukannya isu remeh temeh serta masalah dalaman dalam gerakan Islam masing-masing sehinggakan mengabaikan persoalan ummah sebenar yang sedang menghadapi ujian besar ini. Tumpukan kepada musuh dan bukanya sesama sendiri.

Kelima, pemikiran dan sikap berbahaya yang merosakkan Islam dan dakwah seperti yang di bawa oleh golongan ISIL mesti dibanteras habis-habisan oleh setiap gerakan Islam. Mereka ini dengan mudah membawa pemikiran 'takfiri' dan 'fatwa' yang dangkal dengan menghukum dan mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini juga merosakkan imej Islam yang bersifat 'rahmat kepada seluruh alam'.

Akhirnya, Sheikh Rached Ghanoushi memberi saranan khusus kepada pimpinan dan setiap ahli PAS agar sentiasa menjaga keharmonian di dalam parti dengan akhlaq Islam dan bersedia berlapang dada sekiranya ada perbezaan.

PAS juga mestilah sentiasa bersifat relevan dengan perubahan yang berlaku didalam masyarakat lebih-lebih lagi seperti Malaysia yang berbilang kaum, kepelbagaian agama dan budaya. –

DR. SYED AZMAN SYED AHMAD
Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa PAS

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.