Home » » Mohd Amar belum putus tanding timbalan

Mohd Amar belum putus tanding timbalan

Dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu disandang mereka dari dalam kalangan ulama, kata Timbalan
Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata anggota parti seharusnya memilih kumpulan ulama untuk memimpin supaya PAS tidak terpesong daripada perjuangan asalnya.
  
"Padangan saya mudah sahaja, apabila berlaku apa-apa kepada orang nombor satu (Presiden) maka automatik orang nombor dua (Timbalan Presiden) akan ambil tempat dia.
  
"Jadi orang nombor satu dan dua ini perlu dari kalangan ulama, ia mudahkan proses penggantian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Kelantan di Kota Bharu semalam.
  
Sementara itu, Mohd Amar berkata beliau belum membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Naib Presiden pada Muktamar PAS ke-61, Jun ini.
  
Mohd Amar kini menerima tiga pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden dan ini memungkinkan pertandingan tiga penjuru di antara Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (94 pencalonan) dan penyandang jawatan tersebut, Mohamad Sabu (lapan pencalonan).
  
-Bernama

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.