Home » » Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS

Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS

OLEH HJ MOHAMAD BIN SABU
BismillahirRahmanirRahim.
Saya bersedia untuk kekal berkhidmat sebagai Timbalan Presiden PAS jika terus diberi kepercayaan oleh perwakilan dalam Muktamar Agung PAS ke 61 akan datang.
Insyaa Allah, saya akan terus membantu Presiden dan Parti terutama dalam usaha melebarkan pengaruh PAS di kalangan orang awam, non-muslim, NGO's serta para pelajar.
Kita perlu akur, selama lebih 60 tahun PAS berada di persada politik Malaysia (Malaya), sokongan orang Islam kepada PAS masih di bawah paras 50 peratus, oleh sebab itu usaha yang berterusan perlu dilipat gandakan, disamping itu PAS amat perlu melebarkan pengaruhnya kepada non-muslim dan rakyat awam.
Namun kita perlu faham, untuk mempertahankan dasar PAS dan matlamatnya serta dalam masa yang sama berusaha melebarkan pengaruh PAS kepada semua kaum dan agama, adalah kerja yang mencabar, tapi kita perlu yakin dengan kesabaran dan ketekunan kita, Insyaa Allah, kita akan meraih hasilannya.
Haji Mohamad Bin Sabu

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Hidup Peneroka Terjejas - *SELEPAS* pilihan raya umum ke14 bayaran hasil jualan kelapa sawit mentah masih lagi berlaku kelewatan sehingga menjejaskan kehidupan para peneroka untuk...
    3 weeks ago

Blog Archive

Follow by Email

.