Home » » Tidak ada jawatan yang kekal dalam PAS

Tidak ada jawatan yang kekal dalam PAS

Oleh Anne Muhammad
 
Penganalisis politik meramalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghadapi banyak masalah untuk mengekalkan jawatannya Presiden PAS dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Malah berdasarkan keadaan semasa, peratusan kemenangan Abdul Hadi dijangka berada pada tahap 60 peratus berbanding pencabarnya, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Ahmad Awang.

Ketua Kluster Politik Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mustafa Ishak (kiri), juga menganggap pertarungan kali ini lebih sengit memandangkan ia melibatkan dua kelompok bertentangan, iaitu kumpulan yang digelarnya sebagai Anwarinas (diwakili Ahmad Awang) dan proulama di pihak
Abdul Hadi.

Bagaimanapun, kata Mustafa, keadaa masih di peringkat awal
“Pertarungan kali ini dilihat sebagai gerakan untuk menguasai PAS dan menentukan hala tuju parti berkenaan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kelmarin, Ahmad yang juga bekas Naib Presiden PAS serta Majlis Syura PAS mengesahkan akan mencabar Abdul Hadi selepas mendapat pencalonan mencukupi daripada perwakilan.

Dapat perhatian profesional

Ahmad berkata, beliau menawarkan untuk memperkukuhkan parti.
Muktamar kali ini merupakan ujian pertama Abdul Hadi sebagai pemimpin PAS selepas mengetuai parti itu sejak 13 tahun lalu.

Kata Mustafa, peratusan kemenangan 60 peratus diberikan kepada Abdul Hadi kerana pengaruhnya masih kuat dalam parti.

Ahmad pula, katanya, cuma diberi 40 peratus ekoran kurang berpengaruh dalam kumpulan ulama tetapi pada masa sama mendapat perhatian golongan profesional.

“Justeru golongan yang mahu Abdul Hadi ditukar pasti sokong Ahmad," katanya.

Jelasnya lagi, sekiranya Ahmad berjaya merebut kerusi tertinggi PAS itu, beliau akan membawa parti berkenaan lebih dekat dengan Pakatan Rakyat serta menyelaraskan dasar parti.

Sebaliknya, jika Abdul Hadi berjaya mempertahankan jawatannya, perubahan juga akan berlaku tetapi mengikut acuan ahli politik dari Terengganu itu.

Bagaimanapun Mustafa tidak dapat menjangkakan sama ada Abdul Hadi akan membawa PAS meninggalkan Pakatan atau tidak jika dia mengalahkan Ahmad nanti.

“PAS sedar meninggalkan Pakatan bukan keputusan yang baik untuk mereka. Tapi dia (Abdul Hadi) juga mahu pastikan agendanya untuk pastikan PAS mengikut hala tuju yang dia mahu,” katanya.

Kenapa baru sekarang?

Ketika ditanya mengapa baru sekarang jawatan presiden dicabar, Mustafa berkata, faktor perpecahan ketara menyebabkan jawatan presiden terpaksa dicabar.

Malah, kata Mustafa, ada kelompok tertentu dalam PAS sendiri yang kini lebih cenderung ke arah Pakatan.

"Dulu perbezaan perpecahan kumpulan ulama dengan kumpulan bukan ulama tidak begitu jelas. Sekarang perbezaan itu besar antara mereka, jadi kedua pihak terpaksalah bertarung untuk merebut kedudukan dan penguasaan dalam PAS," katanya.

Kalau Hadi turun, organisasi PAS akan bertukar.

Mustafa menambah, tidak ada jawatan yang kekal dalam PAS, namun keadaan semasa berbeza dengan dulu apabila ahli beranggapan jawatan presiden tidak patut ditandingi atau dicabar.

“PAS berhadapan proses demokrasi dan membenarkan presiden dicabar dan terpaksa cabar presiden sendiri.

“Untuk menguasai hala tuju parti, menguasai jawatan timbalan atau naib presiden saja tidak memadai. Kepimpinan tertinggi sekali harus dicabar supaya ada perubahan di peringkat bawah,” katanya.
 

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.