Home » » Apa kata PAS keluar Pakatan , masuk BN !

Apa kata PAS keluar Pakatan , masuk BN !

Oleh Zin Mahmud

Ringkaskan semua supaya senang kerja. PAS keluar Pakatan Rakyat dan sertai Barisan Nasional.
Yang tersingkir daripada PAS tubuh Pasma dan sertai Pakatan Rakyat.

Ustaz Hadi boleh masuk kabinet. ADUN UMNO Kelantan boleh jadi Exco. Kalau MCA, Gerakan dan parti parti Sabah menghalang kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional, PAS boleh jadi parti sekutu Barisan Nasional saja seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Barisan Progresif India Seluruh Malqysia (AMIPF) dan Parti Makkal Sakthi. Semuanya tidak dapat masuk Barisan Nasional kerana dihalang MIC. Tidaklah patut kerana PAS parti besar.

Masalahnya sekarang UMNO sedang berkrisis ketika PAS berada di pintu Barisan Nasional. PAS hendak menyebelahi siapa, Datuk Seri Najib atau Tun Dr Mahathir?


Ustaz Hadi kelihatan bersama Tan Sri Muhyiddin di Sabah. Sama ada Tan Sri Muhyiddin akan terus bersama Datuk Seri Najib masih menjadi persoalan. Jadi adakah Ustaz Hadi sudah membuat perkiraan menyebelahi Tan Sri Muhyiddin?


Beginilah. Tun Dr Mahathir menentang Datuk Seri Najib kerana bimbang Barisan Nasional akan kalah pada pilihan raya akan datang sebab isu 1MDB. Kekalahan Barisan Nasional boleh menjadi kenyataan jika Pakatan Rakyat kuat. Pakatan Rakyat kuat jika PAS masih bersama Pakatan Rakyat.
Tetapi apabila PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, gabungan itu sudah lemah. Pasma tidaklah sekuat PAS.


Jadi isu Barisan Nasional akan kalah sudah tidak timbul. Usaha Tun Dr Mahathir hendak turunkan Datuk Seri Najib juga tidak relevan. Masalah 1MDB tetap akan diselesaikan dengan apa cara sekalipun. Jadi Tan Sri Muhyiddin tidak perlu cabar Datuk Seri Najib. Maka Ustaz Hadi patut terus berhubung dengan Datuk Seri Najib.


Sementara itu PAS kenalah berbaik baik juga dengan MCA, Gerakan dan parti parti Sabah supaya tidak menghalangnya daripada menyertai Barisan Nasional.


. Atau PAS benar benar hendak menjadi parti berdiri sendiri tanpa bersama Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, iaitu menjadi parti ketiga? 


Sebagai parti ketiga ia akan menjadi pemecah undi Pakatan Rakyat.

 Ini bermakna kedudukannya akan menguntungkan Barisan Nasional. Kalau begitu, alang alang baik sertai Barisan Nasional. 

Boleh masuk kabinet dan pemimpin pemimpinnya boleh dapat jawatan kerajaan. 

Tetapi keadaan ini tidak akan menyenangkan ahli ahli UMNO apabila mendapati mereka terpaksa berkongsi jawatan dengan PAS. Itu cerita lain pula.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.