Home » » Jadi apa yg perlu dibuat sekarang?

Jadi apa yg perlu dibuat sekarang?

Oleh Dinsman 

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah, yang menjadikan setiap sesuatu itu dengan hikmah-Nya.
Kita suka atau tak suka, hikmah-Nya tetap ada. Maka wajarlah kita sentiasa berada dalam kesyukuran, walau apapun yg berlaku - termasuklah apabila berlakunya 'Satu Fenomena Yg Pelik',
Ramai yg ketawa dan ramai juga yg menangis dlm peristiwa yg menjadi kemuncak kp 'satu fenomena yg pelik' dlm sejarah politik di negara kita, khasnya politik Islam, di Kuala Selangor 3-6 jun lalu.

Saya mengiringi peristiwa tersebut dg sebuah tulisan dlm Malaysian Insider (3 Jun) berjudul: "Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar?"

Maka apabila kawan-kawan bertanya apa yg nak ditulis mengenai PAS dlm keadaannya yg dianggap mereka bercelaru, sejurus selepas muktamar itu - saya katakan: bagi saya mudah dan jelas dan tidak ada yg bercelaru, kerana saya telahpun membaca fenomena pelik ini lama dahulu. (Rujuk tulisan saya dlm Malaysian Insider 5 Dis 2014, "Kepemimpinan ulama dan salah faham mengenainya").

Dan dlm tulisan terbaru minggu lalu saya tegaskan bahawa saya melihatnya dari sudut agama (yakni bukan politik). Maka saya bertanya: Masihkah Islam boleh diamanahkan kepada PAS selepas muktamar? Sekarang muktamar telah berlalu (Maaf, saya terima jemputan tetapi tak hadir kerana berasa tak perlulah saya hadir utk sekadar mengesahkan apa-apa yg telah dijangka), maka bolehlah dijawab soalan itu dan jawapannya ialah - Islam TAK BOLEH lagi diamanahkan kepada PAS sekarang.

Dan saya teringat kp tindakan bijaksana yg telah diambil oleh YDP PAS Batu ketika itu - mengisytiharkan dirinya bersama sekumpulan ahli PAS Kawasan Batu 'mufarakah' dengan pimpinan PAS. Ia dilakukan sebelum mesyuarat agung kawasan, dg harapan memberi isyarat kp kawasan2 lain utk ikut bersama. Tetapi rupa-rupanya tidak ada pimpinan peringkat kawasan yg membaca fenomena itu sejelas Cikgu Ishak Surin. Bahkan pimpinan yg lebih atas drp itu juga, Maka tidak hairan kita dapati ramai pimpinan (yg bukan geng ulamak) yg bersedih, merintih dan malah mengungkit hal-hal lalu, kerana terkejut dg hasil pemilihan yg menyingkirkan hampir semua pimpinan yg tidak wala' kp Presiden.

Jadi apa yg perlu dibuat sekarang? Inilah soalan yg boleh didengar dan dibaca di mana-mana sekarang, termasuk dlm grup2 watsap. Dan saya sekali lagi jelas dlm perkara ini - Kalau Islam sudah tidak lagi boleh diamanahkan kepada PAS, apakah yg perlu dibuat? Tentulah mencari gantinya - siapakah atau badan manakah yg boleh diamanahkan tugas suci yg besar itu!

Memang tidak dinafikan perasaan sayang dan sedih dan sayu-pilu memikirkan dan mengenangkan parti Islam yang berusia lebih 60 tahun itu, hendak ditinggalkan dan dilupakan begitu sahaja. Maka tak kurang kawan2 pimpinan yg berfikir utk melihat dulu perkembangan bagi dua tahun akan datang; dan hanya mengambil tindakan yg perlu dalam muktamar pemilihan akan datang. Atau - apa pandangan anda?

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.