Oleh Anne Muhammad
Sekiranya bekas mursyidul PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada,
parti Islam itu mungkin tidak akan memutuskan hubungan dengan DAP, kata
bekas naib presiden, Ahmad Awang.
“(Tidak berani putus) kerana masa itu (Nik Aziz masih ada) mereka (pimpinan PAS) tidak berani dengan Nik Aziz.
"Jadi bila Nik Aziz dah tiada (hubungan diputuskan),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Ketika ditanya mengapa keputusan ini diambil secara terburu-buru, beliau mendakwa ia kerana golongan tersebut sudah lama menginginkan ia berlaku.
Ahmad berkata, persidangan Multaqa Dewan Ulama dua tahun lalu, turut menunjukkan tanda-tanda awal PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat apabila golongan ulama itu mengadakan perbincangan ‘perlu dikaji hubungan PAS dalam Pakatan’.
Bagaimanapun, dakwanya, selepas dikritik hebat, golongan ulama itu menukar kenyataan - dari ‘perlu dikaji kepada mahu dikaji - bagi tujuan memperbaiki hubungan dalam Pakatan.
Ahmad merupakan pencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan minggu lalu.
“Ada komen yang kita lihat, orang bukan Islam pun hairan adakah Islam suruh buat macam ni, berbalah, bergaduh, labelkan orang itu dan ini.
“(Orang bukan Islam kata) kami ini nak bernaung bawah Islam, adakah jadi macam ini?,” katanya
Ahmad menambah tindakan itu terlalu menyedihkan dan menyifatkan ia tidak elok dari segi konteks dakwah Islam.

0 comments:
Post a Comment