Home » » Kumpulan progresif yang playsafe?

Kumpulan progresif yang playsafe?

Oleh Veteran PAS 


Saya hormati pilihan majoriti besar perwakilan PAS yang menolak calon yang dilihat tidak bersama Presiden. Itu hak mereka. Tahniah. Hebat sekali apabila semua calon dalam senarai yang disahkan Dewan Ulamak terpilih, tanda keputusan ulamak tidak akan dibantah ahli PAS yang taat, WALAK dan setia.

Penolakan kepada Ustaz Ahmad Awang sudah dijangka. Begitu juga dengan jumlah undi yang diperolehi. Yang hairannya, bukan kerana Mat Sabu kalah kepada Tuan Ibrahim, tapi macamana undi yang cukup kecil. Mat Sabu tidak lebih seperti Ghafar Baba kepada orang zumno pada 1993 bila dicabar oleh Anwar Ibrahim.

Perwakilan PAS sepakat menolak kumpulan Erdogan atau yang dilihat grup progresif. Mazlan Aliman yang menang keseorangan iitu pun disebabkan seorang calon proulamak, Nuridah Salleh sudapun dipilih Ketua Muslimat. Ahli PAS tidak mahu Haji Hadi diganggu dalam usaha mengemudi bahtera PAS, bersama Haron Din.

Jangan ada lagi suara berbeda seperti Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Hanipa Maidin, Nizar Jamaludin, Mujahid Yusof Rawa, Dr Mariah. Malah tokoh seperti Salahuddin Ayub pun ditendang keluar, apatah lagi Husam Musa.

Saya harap tokoh2 yang kalah ini, rermasuk Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat, Siti Zailah, dan yang tak bertanding, seperti Asmuni Awi, tidak menerima sebarang jawaran lantikan.

Ada ura2, Salahudin mungkin dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian. Bagi saya, dia perlu tolak kalau dirawarkan.

Jangan ganggu presiden, Haji Hadi dan kumpulan idamannya.

Jadi, apa pilihan yang ada? Terpulang kepda kumpulan progresif, yang selama ini terlalu playsafe, takut dilihat menderhaka walaupun dituduh macam2.

Saya letak harapan tinggi kepada mereka tetapi tahu mereka tidak berani untuk membuat perubahan.

PAS tidak akan ke mana-mana, manaksla yang kalah akan terbuang begitu sahaja. Saya ingin melihat mereka benar2 bersiksp progresif selepas disingkirkan.

Harapnya, saya tidak bermimpi.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.