Oleh HASRIZAL ABDUL JAMIL
Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'.
Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan.
Islam adalah pada identiti ahli dan calon. Pakatan Rakyat: 1. PKR = keadilan 2. PPI = ihsan 3. DAP = demokratik. DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman.
PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan.
Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud".
Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat.
Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu. PPI adalah wadah politik semata-mata. 'Direction' komunikasi hanya kepada rakyat.
Jangan jawab, peduli atau gelisah dengan cacian, maki hamun, label, hatta fitnah, konspirasi PAS2015.
Kasihan rakyat. Tiada keperluan menunggu-nunggu barisan agamawan PAS2015 membuktikan apa-apa.
Jika mereka kalah pun, mereka yakin itu takdir Allah untuk mereka kerana berada di jalan yang benar.
Rakyat yang menolak mereka dituduh penentang kebenaran. Dengan kognitif sebegitu, tiada rasional yang boleh diketengahkan.
Jangan khuatir. Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dari era dua profesor itu hingga ke Allahyarham TGNA, perjuangan mereka adalah perjuangan Islam yakni menegakkan keadilan dan ihsan. Bukan memperjuangkan parti, demi parti, atas nama parti, untuk parti.
Jika dahulu, ada disebut oleh Ustaz Fadzil Noor bahawa antara ketahyulan politik Malaysia ialah orang Melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO.
Kini, ketahyulan kedua ialah kita tidak mungkin dapat memperjuangkan Islam tanpa PAS.
Jika PRU14 tidak sempat mengukuhkan PPI, momentumnya perlu teguh menuju PRU15
. Takkanlah PAS2015 hendak mewakili suara kita menjelang Wawasan 2020.
Ya Allah bukakanlah hati pemimpin-pemimpin PAS yang ikhlas berjuang namun tersingkir itu.
*PPI hanya nama spontan
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment