Home » » Mat Sabu rai teguran Mursyidul Am, Presiden PAS

Mat Sabu rai teguran Mursyidul Am, Presiden PAS

Oleh Hj Mohamad Sabu

Saya dan kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa PAS dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jikalau berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini.

Sebarang peringatan, teguran dan kecaman, saya dan rakan-rakan akan mengambil kira dan akan bincang secara halus dan terperinci sebelum langkah-langkah seterusnya diambil.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, daripada Mursyidul Am hinggalah ke bawah yang memberikan peringatan kepada kami dalam hal untuk samada menubuhkan parti yang lain ataupun mengambil langkah-langkah yang lain ke arah untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Hidup Peneroka Terjejas - *SELEPAS* pilihan raya umum ke14 bayaran hasil jualan kelapa sawit mentah masih lagi berlaku kelewatan sehingga menjejaskan kehidupan para peneroka untuk...
    2 months ago

Blog Archive

Follow by Email

.