Home » » Muak dengan politik "dangkalisme" Pas

Muak dengan politik "dangkalisme" Pas

Oleh Mohd Sayuti Omar

Ke mana saya pergi dan berjumpa dengan pemain politik, saya akan ditanya, apakah Pas akan
menyertai atau bersama Umno. Rasanya saya sudah jawab dan memberi bayang perkara ini berpuluh kali. Sekali lagi saya nak sebutkan dan sama-sama berfikir secara logik tentang apa yang saya nyatakan ini.

Realitinya kini Pas tidak suka dengan DAP, kerana parti itu kafir. DAP dianggap penghalang kepada cita-cita Pas hendak menegakkan Islam. Bagi Pas, DAP adalah musuh tersembunyi dan nyata kepadanya.

Pas menyedari bahawa tanpa bantuan DAP dalam pilihan raya yang berkerjasama menerusi Pakatan Rakyat, Pas tidak akan menang besar di Selangor, Perak, Kedah dan mendapat kerusi di Johor, Pahang dan lain-lain.

Tetapi Pas rela menidak dan menafikan kelabaan itu kerana Pas lebih obses kepada tuntutan perjuangannya untuk menegakkan hukum Allah. Setengah tangan orang Pas sudah tergari dengan tali syugra? Pas mengharapkan keredhaan Allah?

Jadi dalam keadaan serba salah dan tercari-cari inilah Pas mendapat huluran tangan daripada Umno untuk membantu Pas melaksanakan Islam. Hudud di Kelantan adalah contohnya. Pas berharap dengan bantuan Umno mereka akan cepat menuju ke syurga.

Pas tersimpul dengan tektik dan sikap berpura-pura Umno itu. Dari situ Pas terus menolak DAP dari menjadi patner politiknya demi Islam. Sekiranya Pas tidak dapat apa-apa jaminan dan daripada Umno, sudah pasti Pas tidak berani bertindak seperti hari ini, mengemukakan usul memutuskan hubungan dengan Pas. Dan sekiranya Umno mempermainkan Pas, nyanyalah parti agama itu.

Gambaran ini menampakkan kepada kita kedudukan ataupun status Pas dengan DAP. Apa lagi hari ini DAP sudah begitu muak dengan politik "dangkalisme" Pas. Justeru aangat wajarlah kalau Pas tidak lagi mengkhayalkan kebersamaan dengan DAP, walaupun atas apa tujuan sekali pun. Pas sedang membina pelamin untuk bersanding dengan Umno sedang, mereka sesusu yang tidak mungkin dapat diijab kabulkan. Pas tidak akan menikmati seks selamanya dengan Umno. Tititik. Wassalam Mso.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.