Home » » "Betul ustaz, PAS ganti Umno." Aku terkedu.

"Betul ustaz, PAS ganti Umno." Aku terkedu.

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

wala' tidak perlu ditagih dan diminta 

Kecuali wala' kepada Allah dan rasul, wala' kepada manusia bukan taat tanpa syarat, bukan cinta membuta-tuli dan bukan tagihan tanpa tukaran.

Wala' kepada manusia punya syarat, imbalan, harga dan tukarannya. Wala' kepada manusia tidak mutlak seperti wala' kepada Allah dan Rasul-Nya.

Syarat, tukaran, imbalan dan harga wala' adalah kebolehpercayaan dan kejujuran. Tidak ada wala' tanpa kedua-duanya.

Hakikatnya, wala' tidak perlu ditagih dan diminta, apatah lagi untuk dipaksa-paksa. Ia akan hadir bersama kebolehpercayaan dan kejujuran tadi.

Tagihan, mintaan dan paksaan wala' tidak mencetuskan kekuatan tapi melunturkan kewibawaan.
"Ini bukan kerja orang Umno ustaz, ini kerja orang PAS".

Aku macam tak percaya. Rupa-rupanya orang yang berusaha untuk batalkan kuliah aku adalah orang PAS.

Puncanya satu saja. Aku menghuraikan isu hudud dari sudut pandang yang berbeza dengan sudut pandang pemimpin idolanya.

"Betul ustaz, PAS ganti Umno." Aku terkedu. 

Isunya bukan sebab banyak masjid lagi, takkan kena tamat kuliah dah bising. Masjid memang banyak, kena tamat kuliah perkara biasa.

Isunya ialah sikap hampa lebih teruk daripada Umno. Kalau Umno buat macam tu, oklah sebab parti tu taghut macam hampa kata.

Tapi bila buat perangai mcm tu adalah hampa yang mengaku berjuang Islam, mengaku sokong ulama, perangai mcm tu tak serupa dgn pengakuan hampa tu.

Isunya perangai huduh hampa tu.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.