Home » » PAS parti paling banyak berahsia!

PAS parti paling banyak berahsia!

Oleh Ridzwan Abu Bakar

Muktamar 58 di Kota Bharu meluluskan usul Dewan ulama untuk MSU menubuhkan Unit Audit Syariah bagi memantau dan mencadangkan penbahbaikan serta memastikan Pas sentiasa berada dalam bimbingan yang benar, saya turut berbahas menyokong usul tersebut dengan menjadikan permasalahan di Kedah pada waktu itu sebagai contoh yang perlu dipantau oleh unit tersebut.

2013.
Muktamar 59 di Shah Alam, Hj Adnan Saad telah bertanya kepada pihak MSU berkaitan status usul tersebut, apakah yang diaudit oleh unit tersebut? Apakah SOP perjalanan unit tersebut? Siapakah anggota unit tersebut? 

Setiausaha MSU berkuliah dengan huraian panjang lebar berkaitan keperluan unit tersebut, dan menyimpulkan "kita sudah bertindak, cuma berkaitan siapakah anggota dan sebagainya ia adalah RAHSIA".

2015.
Muktamar 61 di Kuala Selangor sekali meluluskan tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mempunyai 'hasrat' memutuskan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat, ada perwakilan yang membantah, namun usul tersebut tetap diterima tanpa bahas.

Seusai muktamar pelbagai tafsiran terhadap usul tersebut diperbahaskan, sehingga dimaklumkan bahawa yang berkuasa penuh samaada melaksanakan usul tersebut atau tidak adalah MSU.

 Ahli terus menanti 'bilakah MSU akan bersidang?', Mursyidul Am menyatakan 'tempoh MSU sudah berakhir, mesyuarat belum tahu bila'.

Di celah keserabutan itu, Setiausaha MSU merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama (yang menjadi ahli muktamar Dewan Ulama dan Muktamar penuh pusat yang meluluskan usul tersebut) memaklumkan bahawa "sudah ada tarikh untuk mesyuarat MSU tetapi ia masih RAHSIA".

# Pas adalah parti yang berjuang secara terbuka, kenapa banyak sangat RAHSIA?

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.