Susulan heboh diperkatakan sebuah parti politik baharu mungkin
dibentuk oleh pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru
ini, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mempertimbangkan isu itu, mengatakan
parti tersebut mesti "hanya untuk orang Islam sahaja" pada peringkat
awalnya.
Ini kerana, kata bekas menteri Umno itu, ia akan menjadi satu-satunya peluang untuk parti baharu berkenaan mencabar PAS.
"Ketika ini pun mereka tidak berserban dan berkopiah dalam pakaian
harian mereka; ini akan mencacatkan mereka; jadi, jika hendak dibawa
orang bukan Islam menyertai parti baru itu, ia hanya akan menambah
masalah," tulisnya di blognya hari ini.
"Ia akan menjadi satu lagi PKR dan satu bencana kepada Mat Sabu dan
rakan-rakannya," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS
Mohamad Sabu.
Ketika ini, spekulasi meluas yang pemimpin progresif dalam PAS -
digelar G18 - yang kalah pada pemilihan parti Islam itu awal bulan ini,
mungkin menubuhkan sebuah parti baharu selepas Hari Raya ini, bersama
parti serpihan, Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa).
PasMa sendiri sebelum itu mengisytiharkan ia akan membentuk sebuah
parti baharu dengan G18 bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR)
yang kini tidak berfungsi lagi.
Perkara itu semakin mendapat perhatian apabila sebahagian daripada
pemimpin G18 itu berbuka puasa dengan pemimpin PKR dan DAP awal minggu
ini.
PR diisytiharkan berakhir selepas PAS meluluskan resolusi memutuskan
hubungan dengan DAP dalam muktamarnya yang menyaksikan jawatan tertinggi
parti disapu bersih golongan konservatif.
Parti Islam itu bagaimanapun menegaskan, ia akan kekal bersama PR,
walaupun DAP dan PKR mengisytiharkan pakatan mereka itu kini tidak lagi
berfungsi secara rasmi.
Zaid berkata, parti baharu itu akan menjadi parti masa depan jika ia
boleh menjadi wajah "intelektual Islam", bukan seperti versi sekarang
yang membawa pendekatan "holier-than-thou" (merasakan diri lebih baik
dari orang lain).
Ia juga harus berupaya memperjuangkan keadilan untuk semua dan boleh
menawarkan kepada orang Melayu, Islam politik yang menolak rasuah dan
salah guna kuasa.
"Ini bagaimanapun, bukan mudah untuk dicapai, kerana kita tidak
mempunyai tradisi intelektual, dan umat Islam di sini hanya tahu Islam
sebagai yang halal dan yang haram. Semuanya mengenai hukuman. Sebab
itulah ulama mendesak mahukan hudud dan undang-undang jenayah yang lain.
"Kumpulan baru itu mesti, sebaliknya, cuba menonjolkan kepada umum idea
yang berbeza mengenai Islam, yang bersifat baik dan memaafkan,"
katanya.
Pada masa sama, Zaid berkata, parti baharu itu perlu bersedia
menghadapi tuduhan yang ia tidak lebih sekadar sayap DAP, menyatakan ia
perkara yang serius dan ia akan bermasalah mendapatkan sokongan
masyarakat Melayu jika ia dilihat seperti anak tumpang DAP.
Beliau juga berkata, parti itu mesti berdikari dari segi kewangan dan intelektual, serta mempunyai ideologi yang kuat.
Ia memerlukan satu pelan ekonomi yang menyokong golongan miskin dan
memperjuangkan hak mereka di kelas bawahan, kerana itulah yang
dikehendaki Islam, kata Zaid.
"Objektif ini tidak sukar dicapai kerana parti baharu itu akan
mempunyai beberapa pemimpin Melayu-Islam terbaik yang ada hari ini,
ramai antaranya ahli politik yang tahan lasak dan mempunyai kekuatan
yang unik," katanya, yang menamakan pemimpin progresif PAS sebagai
contoh.
"Bersama, mereka boleh memberi Umno dan ulama PAS saingan dan tentangan yang kuat pada bila-bila masa," katanya.
Lebih penting lagi, beliau berkata, parti itu akan menjadi ujian dan
peluang kepada orang Melayu untuk menentukan bentuk masa depan yang
mereka mahu untuk diri mereka sendiri dan negara.
Katanya, jika mereka memilih Umno, mereka akan terpaksa hidup dalam
keadaan tadbir urus yang lemah, salah guna kuasa dan skandal kewangan
yang tidak berkesudahan.
Sebaliknya, jika orang Melayu memilih PAS, ia mungkin akan mewujudkan
lebih ramai mereka yang ingin menjadi pejuang Taliban, kata Zaid, sambil
menambah ia bukan sahaja akan digambarkan melalui pakaian mereka,
tetapi juga cara mereka berfikir.
Mereka ini, katanya, akan bercakap mengenai Tuhan setiap hari, tetapi
tidak akan berbuat apa-apa yang berbentuk ketuhanan dalam tindakan dan
perbuatan mereka- M/Inisder
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment