Home » » Pengorbanan mereka tidak dihargai ...

Pengorbanan mereka tidak dihargai ...

Oleh Zin Mahmud

Mat Sabu, Khalid Samad, Salehuddin Ayub dan kawan kawan progresif banyak berkorban untuk
PAS. Saya mula kenal Sallehuddin pada lewat 80-an. Masa itu pilihan raya kecil di Tambatan, Johor untuk berkempen bagi calon Semangat 46, Datuk Jaafar Onn.

Sallehuddin dulu kerja dengan bank. Dia berhenti kerja dari bank kerana tidak mahu terlibat dengan riba. Sebab hendak ikut kata ulama yang mengatakan kerja dengan bank itu bersubahat dengan riba.
Beliau aktif dalam PAS di Johor yang ketika itu orang sana tengok PAS sebagai ajaran sesat. Memang ada ulama yang menganggap PAS sesat. Orang Melayu dengar kata ulama. Pendapatan Sallehuddin tidak tetap dan beliau susah.

Tapi Ustaz Nik Aziz Nik Mat menghargai golongan bukan ustaz yang orang panggil sebagai profesional.


Pada pilihan raya 1990, Ustaz Nik Aziz seorang ulama berjiwa besar dan bersifat inklusif memberi satu kawasan pilihan raya Kelantan kepada Mat Sabu, anak Pulau Pinang. Beliau menang dua penggal. Lepas itu Ustaz Nik Aziz memberi peluang juga kepada Sallehuddin untuk dua penggal di Kelantan.


Malah Ustaz Nik Aziz memberi ruang kepada Ibrahim Ali yang bukan ahli PAS di Pasir Mas.
Sejak tahun 1982, banyak golongan profesional berkorbam untuk parti. Jurutera seperti Khalid Samad ditahan ISA hingga kerjayanya terjejas. Projek projek pun terlepas.


Tetapi pengorbanan pengorbanan mereka tidak dihargai oleh ustaz ustaz muda yang mengundi hanya ikut senarai yang diberikan tanpa mempertimbangkan rekod sumbangan calon kepada parti.


Aktivis aktivis muda hari ini beruntung kerana Perdana Menteri Pak Lah dan Najib telah tidak menggunakan ISA malah memansuhkannya. Masa Dr Mahathir, banyak aktivis PAS telah ditahan ISA. Kebanyakan yang ditahan ialah golongan bukan ustaz.


Ada ustaz PAS yang aktif politik hanya selepas bersara. Jadi pendapatan mereka tidak terjejas Ada yang bekerja dengan kerajaan dan menjadi pensyarah. Apabila sudah bersara dan masuk politik, terus mendapat tempat dalam Majlis Syura.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.