Home » » Abang Ahmad Kerdee akan tolak jawatan lantikan negeri dan pusat

Abang Ahmad Kerdee akan tolak jawatan lantikan negeri dan pusat

Oleh Abang Ahmad Kerdee

Tanggal 7 & 11 Jun 2011 merupakan TARIKH KERAMAT segalanya bermula. Sebelumnya, dalam tahun yang sama juga saya diberi amanah utk membawa Panji Pas di dalam PRaya Negeri. "Tewas" dengan majoriti undi 300 lebih kepada BN masa itu membuka mata pengenalan tentang diri saya.

Tarikh keramat di atas, merupakan sejarah terpahat di dalam memori saya, dilantik ke "post" Pusat.

Bermula penglibatan politik sebagai Ketua Pemuda PAS Cawangan, kemudian Ajk Pemuda PAS Kawasan, Ajk PAS Kawasan di Serdang (Selangor) dan terus bergerak dengan taklifan Ajk Pemuda Negeri Selangor - merupakan suatu proses "pembelajaran" subjek politik yang punya 1001 warna & makna.

Selepas diangkat menjadi calon Pas dalam Pilihanraya, saya kemudiannya "berpindah" teritori ke negeri bertuah Bumi Kenyalang. Negeri tanah tumpah darah yang mengalir dalam darah muda saya. Diberi peluang pula selama 2 penggal di dalam saff Badan Perhubungan. Dalam masa sama, saya juga "ditaklif" sebagai YDP Kawasan termuda di Sarawak, Ajk Pemuda Pas Malaysia & Ajk Pas Pusat yang pertama dari Bumi Kenyalang. Sebelumnya, "sikda".

Itu sedikit sebanyak, pengalaman "penjawatan" dari tahun 2003 (usai kampus) hingga yang terkini.
Kini, selepas selesai Agm & Muktamar baik di peringkat Kawasan, Negeri & Pusat, saya masih memegang amanah sebagai YDP Kawasan. 1 Kawasan hulu yang terhulu di antara Kawasan2 PAS di Sarawak.

Selepas "merasai dunia realiti & sebenar" dalam skop penjawatan dari bawah sehingga ke tahap terkini, saya merasakan sudah sampai masanya untuk saya FOKUS pada bahagian yang "banyak" lompang & kurang dalam banyak2 bahagian jawatan yang telah saya pegang. Saya kena "baiki" & capai sasaran yang telah dirancang oleh Pas Kawasan.

YA!

Mendepani PRN Sarawak yang pada kiraan politik saya hanya berbaki paling MAKSIMA 9 bulan sahaja lagi, saya MESTI berbuat sesuatu dengan cermat & teliti.

Selepas berbincang secara mendalam dengan ahli keluarga & teman2 rapat dengan saya dan setelah melihat serta mengambil kira faktor pelapis, kewangan, gerakerja & perancangan, MAKA, saya telah bulat & tekad untuk TIDAK MENERIMA sebarang lantikan jawatan untuk Badan Perhubungan, Pemuda PAS Malaysia & PAS Pusat.

Dengan itu, penumpuan khusus saya selepas ini adalah KAWASAN & 2 DUN (Beting Maro & Sebuyau) di bawah PAS Kawasan yang PAS akan bertanding.

Keputusan ini pada saya, yang TERBAIK untuk diri saya buat masa ini. Boleh jadi sahabat2 & teman2 pimpinan punya pandangan yang berbeda, saya mohon untuk dihormati pendirian ini & beri peluang kepada saya bergerak ke hadapan dalam "ZON KHAS" bagi sesi ini.

BERUNDUR, saya MENGUKUR.
BERHENTI, saya MENELITI.
BERDEPAN, saya MELAWAN BN habis2an.
Doakan saya sahabat2.
Takbir!
~ ABANG AHMAD KERDEE ABANG MASAGUS

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.