Home » » Akhirnya anda sendiri yang bodoh

Akhirnya anda sendiri yang bodoh

Oleh Lim Hong Siang

Kepiluan yang menusuk hati "geng Jebon" dalam PAS ini tidak sukar difahami. Berhempas-pulas
mereka untuk menjalinkan PAS dengan dunia luar, mengangkat martabat Islam di mata bukan Islam, akhirnya mereka dikhianati malah dihina sebegitu, oleh rakan seperjuangan mereka dalam parti.

Dilema sekarang, samada lepas tangan atau kekal bersama. Bagi mereka yang cintakan parti, sudah tentu ia pilihan yang sukar.

 Namun sebagai manusia yang bermaruah, anda tidak boleh dihina sebegini. Sebagai seorang pemimpin yang cintakan parti, anda tidak boleh manjakan parti anda selama-lamanya.

 Merelakan diri anda dipergunakan tetapi akhirnya segala usaha yang anda curahkan dilonggok untuk menyiram sawah di sebelah.

Baik ajar puak yang angkuh ini. Jangan lagi pertahankan hujah mereka yang bodoh sehingga anda sendiri dilihat bodoh.

Biarlah mereka berdepan dengan dunia realiti sendiri, tanpa anda menjadi jambatan yang akhirnya dibakar setelah orang melaluinya.

Jangan lakukan kerja yang sia-sia untuk cuba celikkan orang yang buat-buat bodoh. Akhirnya anda yang bodoh sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.