Oleh Kasthuri Patto
Salam Bersih kepada semua, Saya cukup kecewa
dengan kenyataan Ketua Pemuda Dewan PAS Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
yg menyatakan DAP ni parti pengecut dan sebuah parti perempuan semalam.
Apakah perempuan itu begitu rendah martabatnya sehingga kamu boleh
menghina sebegini?
Berikut adalah kenyataan media saya untuk membetulkan kepala Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Belajar untuk hormati wanita.
Kenyataan Media Ahli Parlimen Batu Kawan merangkap Timbalan Pengerusi
Wanita DAP Pulau Pinang Kasthuri Patto pada hari Sabtu 13 Jun 2015 di
Pulau Pinang
Sikap bongkak Ketua Dewan Pemuda PAS dalam ejekan
hambar terhadap DAP seolah menghina kaum wanita sebagai objek sindiran,
perli dan ejekan
Ketua Dewan Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik
Abdul Aziz yang dilantik baru-baru ini telah mengeluarkan komen bahawa
DAP adalah sebuah parti pengecut dan sebuah parti perempuan berikutan
pendirian parti tersebut untuk tidak bekerjasama dengan DAP.
Tidak perlu dibuktikan kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang
setahun jagung dalam arena politik, kesungguhan serta fokus DAP dalam
perjuangannya menegakkan keadilan, kebebasan dalam menjiwai semangat
demokrasi untuk menumbangkan rejim zalim BN yang menjajah tanahair ini
selama lebih setengah dekad.
Kenyataan Nik Mohamad yang berbaur
seksis yang telah dilemparkan terhadap kaum wanita di negara ini
menunjukkan kekolotan minda seorang yang sepatutnya dilihat sebagai
pembawa obor generasi muda perjuangan partinya. Ini bukanlah kali
pertama kedudukan serta peribadi kaum wanita diheret menjadi mangsa
dalam perbalahan politik yang dicetuskan oleh puak BN di negara ini.
Bezanya, kali ini ianya keluar dari mulut seorang pemuda, dari parti PAS
dan bukannya UMNO, MCA, MIC atau Gerakan. Tergamam.
Kenyataan
yang telah dibuat dengan niat dan sangkaan buruk terhadap kaum wanita
mencerminkan perwatakan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai seorang
yang kuno pemikirannya tetapi perangai seolah yang berdarah pahlawan
berdasarkan gaya hujahnya yang “low-standard” yang mengheret
keperibadian wanita apabila kehausan peluru.
Mungkin besar Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sudah lupa diri untuk satu tempoh yang agak
lama sehingga mempertuhan ideologi patriarki dan dengan bongkak telah
mengeluarkan kenyataan bahawa PAS bersifat jantan dan DAP bersifat
perempuan walaupun perbandingan tersebut tidak masuk akal langsung.
Apakah motif sebenar Ketua Dewan Pemuda PAS dalam ejekannya selain
daripada menghina perempuan dan menganggapnya sebagai satu objek
sindiran, perli dan ejekan?
Saya ingin mengingatkan dengan tegas
kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa apabila seorang pemimpin
mengeluarkan satu kenyataan 'belum matang' yang menggunakan perwatakan
wanita sebagai kiasan menyindir, maka dia terlupa juga bahawa dalam
Pilihanraya Umum yang lepas, jumlah pengundi wanita adalah 6, 664, 474
atau 50.23% berbanding dengan lelaki iaitu 6, 603, 528 atau 49.77%. Ini
bererti peratusan keluar mengundi dalam PRU 13 menunjukkan lebih ramai
pengundi wanita telah keluar membuang undi berbanding dengan lelaki dan
kenyataannya itu telah mengkhianati kepercayaan semua pengundinya.
Bukan sahaja martabat wanita digadaikan dan diperlekehkan sebegini,
sebagai seorang anak muda, pemuda-pemudi yang lain juga berasa
tersinggung dan malu dengan kenyataan seorang dari “zaman batu” tetapi
bertopengkan “pemuda yang seakan berdarah pahlawan”.
Nampak
gaya, Ketua Pemuda Dewan PAS seperti terikut-ikut dengan gaya biadab
pemimpin BN yang tidak menghormati wanita; seperti yang baru-baru
dihebahkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Baling Dato' Sri Abdul
Azeez Abdul Rahim yang menggunakan perkataan 'bocor' dengan merujuk
kepada datang haid kaum wanita dalam perbahasan pindaan Akta Hasutan
1948 awal tahun ini.
Agama Islam mengajar wanita dihormati dan
dilindungi. Janganlah pula Ketua Pemuda Dewan PAS termakan dengan umpan
sesetengah pihak bagi menyelerakan nafsu jahil mereka, bak kata pepatah
habis cupak dari pelelehan.
Kasthuri Patto
Ahli Parlimen Batu Kawan
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment