PAS berada dalam kemelut besar selepas muktamar minggu lalu. Kemelut dalamannya itu merebak menjadi sebahagian dilema utama Pakatan Rakyat.
Kemelut dalaman itu pula termasuklah di kalangan barisan baru kepemimpinan PAS dan juga golongan "profesional" yang tewas.
Mereka yang menang terpaksa memikirkan bentuk kerjasama "baru", yakni hanya bersama PKR tetapi tidak bersama DAP.
Seolah-olahnya PAS ingin kembali ke era menjelang pilihan raya umum 1990 yang menyaksikan dua barisan pembangkang, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.
Satu gabungan parti Melayu-Islam (misalnya PAS dan Parti Semangat 46) dan satu lagi gabungan parti bukan Melayu-Islam (seperti DAP dan PBS).
Kelihatannya PAS sedang membayangkan PKR dan Anwar Ibrahim sebagai penghubung dua gabungan ini seperti mana Semangat 46 dan Tengku Razaleigh Hamzah pernah mengetuai kedua-dua APU dan Gagasan Rakyat.
Lagi pula, seperti Tengku Razaleigh, Anwar juga bercita-cita menjadi perdana menteri. Maka kedua-dua tokoh ini nampak hanya gabungan parti pembangkang boleh mendekatkan imaginasi mereka itu dengan Putrajaya.
'Menukar kuasa'
Dalam konteks Pakatan, hanya Anwar dan PKR ghairah menjual imaginasi menukar kuasa di Putrajaya.
Anwar pula bekas tokoh kanan BN bertaraf mantan timbalan perdana menteri, seperti Ku Li bekas seorang tokoh kanan Umno dan mantan menteri kanan. Maka jualan imaginasi itu sesuai dengan reputasi mereka.
Lagipun, PAS dan DAP bukanlah sepenuhnya parti "nasional" kerana kedua-duanya tidak mampu menyeberangi wilayah pengundi satu sama lain. Dari segi retorika dan wacananya, DAP dan PAS sebetulnya dua parti yang "mutually exclusive".
DAP menguasai kawasan bandar, khususnya bukan Melayu, dan PAS pula menguasai kawasan Melayu, khususnya pinggir dan luar bandar.
Dengan kata lain, PAS dan DAP masing-masing tidak memerlukan sokongan satu sama lain. Malah, kedua-dua parti tradisional ini boleh berdiri sendiri walaupun tanpa PKR yang masih muda dan lemah.
'Punca utamanya hudud'
Maka tidak hairanlah, tanpa mempedulikan PKR, dua parti ini bertegang urat menolak satu sama lain atas alasan mahu menjaga kepentingan pengundi masing-masing. Punca utamanya hudud. DAP percaya pengundi bukan Islam tidak mahu hudud, sementara PAS pula yakin idealismenya itu sesuai dengan pengundi Islam.
Lalu PKR dan Anwar, yang kini terpenjara, berada dalam dilema besar dengan pergeseran dua parti ini yang bermula bertahun-tahun sebelum perubahan barisan kepemimpinan PAS minggu lalu.
PKR, atau lebih tepat lagi Anwar, selama ini memainkan peranan sebagai "gam" yang melekatkan PAS dengan DAP. Atas politik konsensus dan akomodatif Anwar, dua parti ini dapat diajak duduk semeja sejak pemecatannya pada 1998.
Malah pemenjaraan Anwarlah dan episod Gerakan Reformasilah yang mendorong kemunculan baru pemimpin PAS, sebahagiannya tewas minggu lalu atau dipinggirkan lebih awal.
Pemimpin-pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM, atau sekarang ini Pertubuhan Ikram Malaysia) bersama sejumlah tokoh lagi dan penentang-penentang BN menyertai PAS, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional (sebelum bergabung dengan PRM).
Krisis politik 17 tahun lalu bersama barisan pemimpin baru PAS, dan dampak politik Anwar, melahirkan slogan-slogan "PAS for all", negara berkebajikan dan juga kelab penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah calon wanita PAS juga muncul gara-gara anjakan paradigma parti itu susulan krisis 1998.
Pergolakan politik Melayu
Barisan Alternatif berjaya menggabungkan DAP dan PAS selepas September 1998. Buat pertama kali dua parti ini dipaksa oleh situasi politik semasa untuk bergabung tenaga walaupun Gerakan Reformasi itu lebih dekat dengan pergolakan politik Melayu (yakni PAS, Umno dan PKR, bukannya DAP).
Walau DAP kemudian keluar daripada Barisan Alternatif gara-gara agenda hudud dan Negara Islam PAS, pengundi tidak lagi takut pada gabungan pelbagai kaum yang ditawarkan oeh pembangkang. Malah gabungan ini, di tahap-tahap tertentu, dianggap "viable force" untuk perubahan politik.
Keyakinan pengundi ini ditunjukkan dengan jelas pada pilihan raya umum 2008 dan 2013, satu rekod sejarah yang luar biasa. Gejala ini menakutkan BN.
Sejak 1990, keputusan dua pilihan raya umum lalu mengganggu "teori pendulum BN"; yakni BN boleh menang besar (semula) selepas kemenangan pembangkang.
Tetapi keputusan pemilihan PAS di muktamar lalu menukar barisan pemimpin "progresif" ini. PAS bereksperimen dengan agenda hudud pula seperti gabungan Abdul Hadi Awang-Dr Haron Din mengujikaji manifesto Negara Islam pada pilihan raya umum 2004.
Bersama tekanan kerajaan sejak tangkapan bawah akta ISA pada 2001 yang mula melumpuhkan Gerakan Reformasi dan disusuli peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, PAS kalah teruk walau membawa agenda hudud dan negara Islam.
Umno pancing PAS?
Jika Dr Mahathir berjaya menukar Najib Abdul Razak dengan
perdana menteri baru kali ini, bersama tekanan Akta Hasutan dan
tangkapan tokoh pembangkang sejak setahun lalu, politik PAS dan Pakatan
Rakyat saat ini seolah-olah sedang mengulangi kecelakaan 2004.
Umno pula memancing PAS untuk meneguhkan agenda Islamnya walaupun terpaksa menggugat gabungan pembangkang. Lebih lucu lagi kertas dasar usaha-usaha bekerjasama dengan Umno ini dibahaskan di peringkat Dewan Ulama PAS sejak kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Mac 2008!
Selain itu, Abdul Hadi sendiri mula kelihatan tidak sejalan dengan kepemimpinan Anwar dalam projeknya "16 September", menaikkan calon perdana menteri yang lain (Tengku Razaleigh, bukan Anwar) menjelang pilihan raya umum Mei 2013 dan krisis menteri besar Selangor
'Senjata makan tuan'
Tentang politik flip-flop Abdul Hadi ini, seorang penulis kontroversi Utusan Malaysia menyifatkannya sebagai "senjata makan tuan".
Berikut saya kutip artikel Astora Jabat di kolumnya pada Mac 2001: "Sebenarnya banyak senjata yang digunakan oleh PAS menjadi senjata makan tuan. "Senjata makan tuan Abdul Hadi sendiri bukan Amanat [Haji Hadi] itu saja, ....
"Senjata makan tuan Abdul Hadi yang terbaru ialah buku beliau yang berjudul 'Qazaf: Mangsa Fitnah'.
"Buku yang kata pengantarnya ditulis Anwar itu memaparkan gambar Anwar mata lebam sebagai kulit."
Nampaknya firasat penulis kontroversi ini, yang sering dijadikan sasaran kecaman penyokong PAS, terlebih dahulu dapat menghidu politik kacau-bilau Abdul Hadi berbanding kita semua.
Ringkasnya, perubahan kepemimpinan PAS minggu lalu sarat dengan kemelut politik yang kusut-masai. Ia bukan sahaja berat untuk ditanggung Pakatan Rakyat, khususnya PKR, tetapi juga mereka yang menang dan tewas. Seolah-olahnya benarlah pepatah Melayu: menang jadi arang, kalah jadi abu.
Tetapi ke mana pula arah mereka yang tewas? Tubuhkan parti baru? Keluar PAS dan sertai DAP atau PKR? Atau, terus berjuang dalam PAS sehingga pemilihan parti akan datang?
Bahagian pertama: PAS masih belum sedar diri
FATHI ARIS OMAR aktivis media bebas dan penulis buku Agong Tanpa Tengkolok.

Sama
ada Abdul Hadi terlibat secara mendalam atau tidak dengan idealisme
"kerajaan perpaduan" dengan Umno, para penasihat di sekelilingnya
(termasuk ustaz-ustaz muda yang saya gelarkan "neo-Taliban") memainkan
peranan penting, termasuk menyusun gerakan pembersihan pemimpin aliran
"profesional" yang pro-Pakatan dalam muktamar lalu. Mereka dituduh
"jebon Anwarinas yang liberal sekular" lagi "munafik haraki".
Selain itu, Abdul Hadi sendiri mula kelihatan tidak sejalan dengan kepemimpinan Anwar dalam projeknya "16 September", menaikkan calon perdana menteri yang lain (Tengku Razaleigh, bukan Anwar) menjelang pilihan raya umum Mei 2013 dan krisis menteri besar Selangor
. Padahal Anwar selama ini bertindak sebagai "gam" antara PAS dan DAP.
Saya dimaklumkan lobi untuk menafikan kepemimpinan Anwar turut dijalankan di kalangan tokoh-tokoh gerakan Islam di luar negara, termasuk Timur Tengah.
Malah dalam kes liwat Anwar baru-baru ini, Abdul Hadi tidak lagi merujuk buku lamanya "Qazaf: Mangsa Fitnah" (terbitan Jabatan Penerangan PAS pada 2001). Abdul Hadi meninggalkan Anwar yang pernah dibelanya sejak episod Gerakan Reformasi.
Saya dimaklumkan lobi untuk menafikan kepemimpinan Anwar turut dijalankan di kalangan tokoh-tokoh gerakan Islam di luar negara, termasuk Timur Tengah.
Malah dalam kes liwat Anwar baru-baru ini, Abdul Hadi tidak lagi merujuk buku lamanya "Qazaf: Mangsa Fitnah" (terbitan Jabatan Penerangan PAS pada 2001). Abdul Hadi meninggalkan Anwar yang pernah dibelanya sejak episod Gerakan Reformasi.
'Senjata makan tuan'
Tentang politik flip-flop Abdul Hadi ini, seorang penulis kontroversi Utusan Malaysia menyifatkannya sebagai "senjata makan tuan".
Berikut saya kutip artikel Astora Jabat di kolumnya pada Mac 2001: "Sebenarnya banyak senjata yang digunakan oleh PAS menjadi senjata makan tuan. "Senjata makan tuan Abdul Hadi sendiri bukan Amanat [Haji Hadi] itu saja, ....
"Senjata makan tuan Abdul Hadi yang terbaru ialah buku beliau yang berjudul 'Qazaf: Mangsa Fitnah'.
"Buku yang kata pengantarnya ditulis Anwar itu memaparkan gambar Anwar mata lebam sebagai kulit."
Nampaknya firasat penulis kontroversi ini, yang sering dijadikan sasaran kecaman penyokong PAS, terlebih dahulu dapat menghidu politik kacau-bilau Abdul Hadi berbanding kita semua.
Ringkasnya, perubahan kepemimpinan PAS minggu lalu sarat dengan kemelut politik yang kusut-masai. Ia bukan sahaja berat untuk ditanggung Pakatan Rakyat, khususnya PKR, tetapi juga mereka yang menang dan tewas. Seolah-olahnya benarlah pepatah Melayu: menang jadi arang, kalah jadi abu.
Tetapi ke mana pula arah mereka yang tewas? Tubuhkan parti baru? Keluar PAS dan sertai DAP atau PKR? Atau, terus berjuang dalam PAS sehingga pemilihan parti akan datang?
Bahagian pertama: PAS masih belum sedar diri
FATHI ARIS OMAR aktivis media bebas dan penulis buku Agong Tanpa Tengkolok.
0 comments:
Post a Comment