Home » » Ulama pengaruhi perwakilan mengundi .

Ulama pengaruhi perwakilan mengundi .

Dua perkara berlaku dalam muktamar Dewan Ulama semalam yang boleh menggambarkan
bagaimana perwakilan mengundi dalam pemilihan parti hari ini sekali gus menentukan hala tuju politik Pakatan Rakyat (PR).

Salah satunya ialah senarai calon yang ulama restui sebagai barisan pimpinan pilihan untuk mengambil alih parti.

Selain itu, usul tergempar untuk PAS memutuskan hubungannya dengan DAP yang diluluskan secara sebulat suara mendapat sokongan perwakilan.


Tidak seperti parti lain, yang sayapnya akan menyokong seksyen utama organisasi, ulama PAS menjadi daya penunjuk bagaimana memilih pimpinan selayaknya. Melalui Majlis Syura, jawatankuasa tertinggi terdiri daripada ulama kanan, ulama PAS boleh mengeluarkan garis panduan mengenai apa yang pimpinan eksekutifnya boleh lakukan atau sebaliknya.

Oleh kerana PAS gerakan pertama dan utama melaksanakan versi Islamnya di negara ini, ulama bertujuan mengenal pasti sama ada tindakan dan keputusan yang dibuat berlandaskan Islam atau tidak.

Prinsip kepimpinan ulama yang diasaskan pada 1982 akan memastikan presiden PAS ialah seorang ulama.

Ini bermakna, hanya ulama saja berpeluang menggantikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga merupakan naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

"Berikutan semulajadinya begitu, ahli parti cenderung berpegang kepada kata-kata ulama," kata salah seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat yang mahu namanya dirahsiakan.

Sebagai contoh,  ulama PAS memperkenalkan konsep tahaluf siasi yang membenarkan parti bekerjasama dan membentuk kerajaan dengan bukan Islam seperti DAP.


Jadi apabila ulama tampil dengan senarai mendakwa calon berikut lebih pro ulama berbanding yang lain, ramai ahli dijangka memberikan perhatian dan undi.

Ini membimbangkan calon yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang cuba mengekalkan kedudukan.

Senarai itu jarang dilihat dalam pemilihan PAS sebelum ini dan ahli selalu cenderung memilih gabungan ulama, profesional dan aktivis ke Jawatankuasa PAS Pusat.

“Saya tidak pernah serisau ini. Sebelum ini, cukup jika bekerja keras dan kita akan diiktiraf.

“Kali ini jika mereka menyekat undi kepada calon tertentu, saya tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Ulama juga menjalankan kempen drastik terhadap pimpinan yang didakwanya tidak setia kepada presiden dan merangkumkan mereka kepada anti ulama.

Walaupun pemimpin ini tidak dinamakan, cukup kriteria yang diterangkan semasa muktamar Dewan Ulama semalam.

Ahli Dewan Ulama Mokhtar Senik sebagai contoh merujuk pemimpin itu yang mempersoalkan keputusan Hadi semasa krisis menteri besar Selangor tahun lalu.

Kempen terhadap pemimpin yang kritikal bersama-sama dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP, kata Mokhtar.

“DAP cukup berani melakukan ini kepada kami, datang ke rumah kami dan cuba menukar bapa presiden kami kerana sesetengah pemimpin kita membenarkannya berlaku,” kata Mokhtar.

Keputusan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Hadi dilihat serangan peribadi kepada keluarga PAS dan mereka dituduh cuba mendominasi “isi rumah” PAS.

Walaupun usul itu masih diperlu didebatkan di pelbagai peringkat kepimpinan seperti Jawatankuasa Pusat dan Majlis Syura sebelum dilaksanakan, kerana jika Dewan Ulama yang mencadangkan kebiasaannya ia akan diterima, kata Nazri Che Din.

"Ini adalah pandangan kolektif Dewan Ulama yang melihat bukan saja daripada segi politik tetapi prinsip Islam.

"Kerana PAS bukan hanya tentang politik dan pragmatik, ia tentang prinsip Islam," kata ahli Dewan Ulama itu.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.