Oleh Zulhazmi sharif
Tahun lepas semasa krisis MB Selangor, parti itu yang menyebabkan
krisis. Mereka yang
menghalang pertukaran MB dilakukan dengan licin dan
selesa. MB yang dipersetujui hak PKR telah diganggu oleh parti itu. PKR
dan DAP bersetuju agar MB ditukar kerana alasan tertentu tetapi mereka
menentang dengan alasan MB tidak pernah disiasat dan didakwa di
Mahkamah. MB tersebut menjadi besar kepala kerana disokong kuat oleh
mereka. MB tersebut memecat Exco-Exco melainkan Exco mereka. Mereka
masih selesa dengan jawatan, pangkat dan habuan.
Melihat
terumbang ambingnya keadaan ketika itu, dua Adun parti itu membuat
tindakan drastik memberikan sokongan kepada Pakatan DAP dan PKR untuk
menukar MB. Tujuannya untuk menjaga Kerajaan yang dibina bersama agar
tidak dirampas musuh.
Mereka kemudian menggunakan Majlis Syura
Ulamak untuk menghalalkan tindakan mereka. Tindakan mereka menyebabkan
PKR terpaksa memecat MB tersebut. Apabila dipecat, mereka membuat
pusingan u dengan mengatakan kami bersetuju MB ditukar dan Presiden
parti itu sendiri mencadangkan dua nama. Kemudian beliau sendiri tidak
bersetuju dengan cadangan beliau. Sekali lagi Majlis Syura Ulamak
diperguna. Mengatakan bahawa jika calon yang dia cadangkan menjadi MB
itu dibenarkan menjadi MB maka boleh menyebabkan ahli-ahli masuk neraka.
Rakan Presiden parti kawan yang dia calonkan sbg MB dikatakan tidak
layak dan kemudian dia menggunakan Majlis Syura Ulamak menjustifikasikan
tindakannya menghantar tiga nama daripada parti sendiri sebagai calon
MB. Di seluruh negara dia kata kita tidak pelahap jawatan tapi
tindakannya ialah dia mencadangkan semua orang dia sebagai MB sedangkan
telah dipersetujui bahawa MB adalah hak PKR.
Akhirnya krisis
selesai dengan perlantikan MB baru tetapi dua Adun tadi dihukum gantung
keahlian selama setahun. Apa salah mereka dihukum? Mereka mempertahankan
Kerajaan yang dibina bersama agar tidak dirampas oleh musuh. Mereka
sepatutnya diangkat sebagai wira tetapi mereka dihukum kerana menjadi
wira. GILA!!
Sekarang, Allah tunjukkan kepada kita bahawa
mereka-mereka itu semakin GILA. Apabila DAP memutuskan hubungan dgn
mereka atas permintaan mereka, mereka menjadi sasau, kacau bilau. Mereka
melihat kedudukan mereka di dalam Kerajaan mungkin terlepas dan
keistimewaan mereka ditarik, maka mereka mengeluarkan arahan kepada
seluruh Adun mereka di Selangor untuk memberikan sokongan penuh kepada
MB. Perlu diingat bahawa sekarang mereka tiada hubungan dengan DAP yang
juga rakan di dalam Kerajaan. Mereka terpaksa bergayut kepada PKR yang
suatu ketika dulu mereka fitnah, mereka hina, mereka caci. Mereka
terpaksa bergayut kepada PKR kerana mereka akan kehilangan keistimewaan
mereka. Maka diarahkan sokongan atas dasar mempertahankan Kerajaan yang
dibina bersama. Tidakkah itu juga alasan dua Adun yang digantung dahulu?
Allah menunjukkan kepada kita inilah rupa sebenar mereka yang kononnya
memperjuangkan Islam yang adil dan Islam yang rahmat untuk semua.
Sebenarnya mereka hanya mempergunakan Islam untuk kepentingan mereka.
Mereka menzalimi ahli mereka atas kepentingan mereka.
Dua Adun
yang dahulunya adalah wira tetapi dihukum kerana menjadi wira. Sekarang
mereka hendak orang mengangkat mereka menjadi wira dalam keadaan mereka
zalim kepada orang. Sesungguhnya mereka ini GILA!!!
Sedarlah
bahawa bersama mereka akan terus dipesongkan dan disesatkan daripada
Islam yang sebenar. Islam bukan agama yang ganas, bukan agama yang
rigid. Islam adalah agama kasih sayang yang sempurna yang memberi rahmat
kepada semua.
Mereka tidak boleh diubah lagi kerana mereka telah
jauh terpesong dengan kepercayaan mereka. Tinggalkan mereka. Platform
baru sentiasa terbuka.
(nanti ada orang share status aku ni lps
tu kutuk aku kata aku meroyan.... Aku bukan meroyan.. cuma aku nak
bagitau dunia bahawa parti itu sudah dipimpin oleh org gila, gila kuasa,
gila jawatan, gila pangkat, gila kedudukan, gila harta, duit &
kemewahan hingga sanggup buat apa saja sehingga menjual nama Allah untuk
mencapai tujuan mereka)
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment