Home » » Ahmad Awang sedia timbang lawan TG Hadi

Ahmad Awang sedia timbang lawan TG Hadi

K
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang sedia menimbangkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS selepas mendapat pencalonan yang cukup bagi jawatan itu.

Namun, beliau masih enggan membuat keputusan waktu ini kerana katanya masa masih panjang dan tidak perlu terburu-buru.

"Kita lihat juga berapa calon yang lain. Ini kerana, yang banyak mendapat pencalonan sekarang ialah Datuk Husam (Musa)," kata bekas pesuruhjaya PAS Perak itu.

Katanya, pencalonan yang banyak untuk melawan penyandang jawatan ini membayangkan kecenderungan ahli PAS membuat perubahan di pucuk pimpinan parti.

"Kita lihat kecenderungan hendakkan perubahan pucuk pimpinan sudah jelas," kata bekas ahli Majlis Syura Ulama PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Namun, bagi beliau, pemimpin yang perlu naik ialah yang lebih muda dan jelas dalam perjuangan dan bukan semestinya ulama.

Ahmad kini melepasi syarat minima dua pencalonan dengan pencalonan terbaru dari Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan Jelebu, Negeri Sembilan pada Sabtu, selepas mendapat yang pertama dari Parit Sulong sebelum ini.

Sebelum ini, Husam juga layak bertanding. Beliau kini mendapat pencalonan 8 kawasan dari seluruh negara. Semalam, beliau mendapat satu lagi pencalonan iaitu dari Tanjung Piai, Johor.

Menjelang muktamar ke-61 Jun ini, Hadi mendapat cabaran getir sejak hari pertama mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan di seluruh negara apabila kawasan yang pertama mengadakan mesyuarat agung iaitu Kota Baru, Kelantan tidak mencalonkannya sebaliknya mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden.

Namun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu menyebabkan pencalonan beliau kekal satu dan tidak berubah sehingga kini.

Sehingga kini, 22 kawasan mencalonkan Hadi mengekalkan jawatannya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

Follow by Email

.