Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat
dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan
itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi
bagi sesebuah negara.
Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara
ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan
mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?
Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka
tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia
sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan
Syiah di Iran.
Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang
hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah
menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan
Protestan.
Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus,
bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik
kenegaraan akan musnah.
Rasulullah s.a.w dan Khulafa Rasyidin
sendiri sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat tindakan politik dan
strategi mereka, siapalah kita semua?
Jika ini impian kenegaraan PAS, maaf saya antara yang tidak mampu mengundi mereka.
Dr MAZA
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment