Dalam politik, perangai berbeza mungkin jadi ancaman. Bagi naib presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa, sikapnya yang kelihatan acuh tak acuh telah merugikannya.
Dia dikatakan sebagai pengganti berpotensi untuk menggantikan arwah mentornya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika tahun-tahun terakhir Nik
Aziz memegang jawatan, Husamlah yang bertanggungjawab membantu ulama
dihormati itu mentadbir negeri.
PAS mengalami kesukaran pada
pilihanraya 2004 dan Husam lah yang merangka usaha untuk mengembalikan
kuasa parti itu di Kelantan pada 2008.
Tetapi sikap menyendiri dan tidak
mesra Husam tidak disambut baik oleh ahli-ahli PAS yang lain, menurut
Hussein Idris, seorang pemerhati politik Kelantan.
Dia juga membuat kesilapan dengan
mencari gaduh dengan ulama konservatif dan tidak berusaha untuk
mengangkat dirinya naik dalam tangga politik.
Husam nampaknya optimis apabila
ditemui dirumahnya di Salor, Kelantan, baru-baru ini. Dia merasakan
Malaysia sudah menjadi negara yang berpecah belas maka PAS memerlukan
pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan kaum dan agama yang merbahaya
ini.
Persoalannya kini adalah wajar
atau tidak dia memimpin golongan teknokrat dalam muktamar tahunan-
perhimpunan agung PAS di mana setiap delegasi memilih pemimpin untuk
penggal baru- pada Jun nanti.
Seorang ahli ekonomi secara
profesional, Husam telah menjadi simbol kepada teknokrat dalam PAS,
sebuah parti dengan keahlian lebih daripada sejuta orang.
Sebaliknya, dia cepat menafikan anggapan bahawa terdapat pergeseran antara golongan teknokrat dan ulama dalam parti.
Golongan teknokrat terdiri
daripada ahli-ahli parti yang mahukan kerjasama yang lebih erat dengan
rakan-rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP. Mereka percaya yang mereka
makin hampir menakluk Putrajaya.
Husam dan pengikutnya percaya yang
mereka mampu mencapai matlamat itu, Pakatan perlu mendesak
kesederhanaan dengan memainkan peranan pembangkang yang baik di
Parlimen.
Tetapi golongan ulama, percaya
bahawa pendekatan Islam konservatif masih lagi penting dan pelaksanaan
hudud ialah keutamaan paling tinggi.
Husam menolak untuk memberitahu samaada dia akan mempertahankan jawatan naib presiden atau bertanding jawatan lebih tinggi.
Walaupun begitu, dia sudahpun
menerima beberapa pencalonan untuk jawatan presiden parti, kini
disandang oleh MP Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Apabila Nik Aziz tewas kepada
penyakit kanser dan meninggal pada usia 84 tahun bulan Febuari lepas,
Husam terpinggir dalam pergelutan kuasa.
Untuk menambah kesukaran Husam,
terdapat pemimpin di Kelantan yang tidak menyokongnya. Malah dia juga
dituduh meluluskan terlalu banyak konsesi balak.
Mengimbau kembali masa lepas,
Husam mengakui yang dia merasa dikhianati oleh beberapa rakannya yang
dirasakan meninggalkannya berdasarkan andaian semata-mata “berbanding
bertanyakan kepada dirinya untuk memahamkan isu-isu tertentu”.
Satu andaian selamat yang Husam
akan bertanding dalam pemilihan parti tahun ini. Rakan-rakannya
menjangkakan dia samaada mempertahankan kedudukan naib presiden atau
mencabar Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.
Dalam politik Malaysia, agak asing
untuk merebut jawatan tertinggi tanpa melalui hierarki yang tersedia,
jadi Husam tidak dijangka akan mencabar Hadi.
Sementara itu, Husam mengambil
tindakan bijak menyembunyikan rancangannya. “Tunggu dan lihat. Ia akan
menjadi kejutan,” katanya.
Jika dia bertanding dan menang, ia
boleh menyeimbangkan pengaruh ulama dalam parti. Jika tidak, PAS akan
kembali kepada imej konservatif Islam pada tahun 1980-an, kata Hussein.
Pergaduhan dengan DAP mengenai
hudud juga boleh mempegaruhi pemilihan parti PAS pada Jun. Peliknya, DAP
sudah memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi memutuskan untuk kekal
menjadi rakan pakatan.
Ini dan beberapa isu lain pastinya
akan menjadi isu hangat debat dalam muktamar PAS. Kerjasama pakatan
dengan DAP pastinya akan menjadi isu utama.
Golongan teknokrat terpaksa
menjelaskan hasrat mereka untuk kekal menjadi kawan dan sekutu dengan
DAP ketika ramai daripada golongan ulama pastinya mahu menamatkan
kerjasama yang terjalin kini.
Rencana ini pertama kali diterbitkan di Focusweek isu 18 April 2015. Untuk bacaan lanjut, layari www.focusweek.my
0 comments:
Post a Comment