Oleh Subky Latif
HANYA persepsi saya. Jika seseorang yang dicalonkan untuk menjadi calon pencabar sebagai
Presiden PAS bersetuju supaya tidak menghampakan sesiapa yang
mencalonkannya, maka yang mula-mula menghampakan penyokongnya dalam
pemilihan sekarang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mula-mula
seorang lain selain dari Presiden sekarang, TG Haji Abdul Hadi Awang,
Tuan Ibrahimlah dicalonkan oleh PAS Kawasan Kota Bharu. Masa itu
kira-kira orang-orang yang mahukan muka baru sedang mencari-cari siapa
yang sanggup menjadi calon.
Memang Tuan Ibrahim
disebut-sebut dan ditonjol-tonjolkan. Ketika pencarian itu, tiada yang
jelas sebagai calon yang terbaik. Tuan Ibrahim dikira yang terbaik dalam
kekosongan itu.
Jika dia menerima dan melayan golongan yang
mengaku mahukan pembaharuan, maka rasanya sekian yang dicalonkan selain
daripadanya tidak akan dicalonkan. Dialah calon tunggal itu.
Amat
besar harapan penyokongnya di Kota Bharu mahu dia menerima. Tetapi
secepat kilat Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu hingga menyebab undi
orang Kota Bharu sia-sia.
Hak Tuan Ibrahim untuk menerima
atau tidak menerimanya. Hak itu diberi oleh demokrasi. Hak itu juga
dibenarkan oleh Islam. Saidina Umar al-Khatab dicalonkan oleh Saidina
Abu Bakar untuk menjadi khalifah Islam yang pertama. Seperti sikap Tuan
Ibrahim juga 1,400 kemudian, Saidina Umar menolak selagi Saidina Abu
Bakar ada.
Kiranya istilah kecewa ada dalam kamus siasah
syariyah, maka Saidina Abu Bakar boleh kecewa harapannya ditolak oleh
calonnya. Tetapi kekecewaan tidak berbangkit dalam proses mencari
pimpinan yang terbaik, baik dalam demokrasi dan Islam. Calon mengukur
baju di badannya sendiri.
Tetapi bagi setengah keadaan
kekecewaan itu ada. Ada orang kecewa kerana tidak dicalonkan dan ada
yang kecewa kerana calonnya tidak melayan pencalonan mereka.
Tidak
dipastikan apakah keengganan TG Nik Aziz menerima cadangannya menjadi
Pesuruhjaya PAS Kelantan menggantikan Datuk Asri awal 80-an dulu justeru
Islam atau demokrasi atau kedua-duanya? Kemahuan awal setengah orang
itu ditolaknya. Tidak difikirkannya rasa kecewa orang yang hendakkannya.
Kira-kira
itulah adab yang baik. Tetapi desakan terus-menerus dari banyak pihak
mahukan beliau bersedia, beliau mengalah atas tekanan ramai. Apabila
kehendak popular menentukan seseorang itu diberi amanah, tidak lagi
wajar seseorang lari dari amanah. Akan tetapi pantang seseorang yang
dicalon itu merasa dialah yang terbaik.
Banyak wahyu al-Quran menyokong pandangan Saidina Umar. Semua sahabat tahu, tetapi Umar r.a. mendahulukan Saidina Abu Bakar.
Saya
tidak mahu memihak kepada Tuan Ibrahim. Kiranya keenggannya menerima
pencalonan itu mengecewakan banyak orang, ramai yang kecewa dengan
penolakannya. Jika TG Haji Hadi yang dicalonkan semula oleh sebab
bahagian besar Kawasan, maka lebih ramailah lagi yang kecewa. Demikian
juga sesudah banyak Kawasan mencalonkan Tuan Ibahim sebagai Timbalan
Presiden menolak pula pencalonan itu ramai lagilah yang kecewa
dengannya.
Tetapi yang terbaik bagi siasah syariyah yang
sihat, usah berpegang kepada kamus kekecewaan itu, kerana kekecewaan itu
jika tidak terurus mendekatkan kepada putus asa. Orang Islam tidak
boleh putus asa dan jangan dilihat sebagai orang yang berputus asa
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment