Oleh A Shukur Harun
Kesediaan bekas Ahli Majlis Syura Ulama dan bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang untuk bertanding sebagai calon presiden pada Muktamar PAS ke-61 awal bulan depan menimbulkan reaksi pelbagai pihak.
Ulama berasal dari Gunung Semaggul, Perak itu dicalonkan oleh beberapa kawasan PAS di seluruh negara.
Beliau
menyatakan kesediaannya menjadi salah seorang calon, dua hari sebelum
berlepas ke Beirut untuk menghadiri suatu persidangan Islam di sana.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak 13 tahun lalu.
Sebenarnya, dalam sebuah sistem demokrasi yang diamalkan oleh PAS,
kesediaan Ahmad untuk bertanding sebagai calon presiden itu bukan
sesuatu yang aneh dan luar biasa. Tetapi malangnya menimbulkan reaksi
yang pelbagai, malah ada yang melucukan.
Ini mencerminkan tahap
kematangan sesetengah pendukung PAS, termasuk di kalangan sesetengah
pimpinan PAS sendiri pada ketika PAS sudah berumur 61 tahun,
Di
sinilah saya teringat akan ucapan bekas pimpinan Umno pada tahun 50-an,
Allahyarham Datuk Onn Jaafar, yang mengatakam “hubaya-hubaya bahaya dari
Gunung” di mana pengasas Umno itu merujuk ucapannya itu kepada
kewujudan badan politik Islam – Hizbul-Muslimin – dari Gunung Semanggul
yang menjadi cabaran kepada Umno.
Umno yang baru ditubuhkan
ketika itu sangat bimbang dengan pengaruh Hizbul-Muslimin yang diasaskan
oleh Allahyarham Abu Bakar Baqir pemimpin Madrasah Ehyau-Sharif, kerana
Hizbul-Muslimin yang berasaskan Islam dan memperjuangkan kemerdekaan
sangat berpengaruh.
Ia menjadi pencetus kebangkitan umat Islam
untuk memperjuangkan kemerdekaan. Allahyarham Onn merasakan
Hisbul-Muslimin sebagai cabaran utama kehadiran Umno, lalu ia mengaitkan
akan ‘bahaya dari gunung’.
Daripada roh dan semangat
Hisbul-Muslimin ini lahir kemudiannya PAS yang kini sudah berumur 61
tahun. Hingga kini, orang tidak akan melupakan begitu saja Madrasah Ehya
Ehyau-Sharif yang dipagari banjaran Gunung Semanggul dan banjaran bukit
bukaunya yang indah.
Secara kebetulan Ahmad, salah seorang
calon presiden PAS kali ini, adalah bekas pelajar Ehyau-Sharif sebelum
melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar. Maka ada pihak yang tidak
bersetuju beliau menjadi calon, lalu ditimbulkan kembali kata-kata
“bahaya dari gunung”.
Tidak ada apapun ‘bahaya’ yang dibawa oleh Ahmad dari Gunung Semanggul hingga boleh menakutkan dan kebencian sesetengah pihak.
Ada pula suara-suara sumbang daripada pihak yang tidak menyukainya
bertanding dengan mengatakan kononnya, “Ustaz Ahmad Awang sia-sia saja
bertanding, dia akan kalah, pencalonannya tidak sebanyak mana.”
Ada pula pihak yang menghalangnya menyampaikan kuliah di beberapa masjid
dan surau, padahal beliau memiliki tauliah dan ada pula pihak yang
“melarang” ahli PAS daripada mendengar ceramahnya, ada yang memasang
kain rentang di pagar kediaman yang berbunyi, “Ahmad Awang tolong jaga
akhlak” dan pelbagai penghinaan lagi.
Kalaulah hendak dipakai
teori politik iaitu siapa akan kalah tidak perlu bertanding, maka
mengapa PAS bertanding juga di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin, kubu
kuat Umno, yang amat sukar untuk dimenangi oleh PAS.
PAS banyak
beranding di kawasan yang dikira tidak selamat, atau mempunyai harapan
tipis untuk menang, tetapi mengapa bertanding juga.
Inilah tahap
pemikiran sesetengah pendukung PAS yang sangat naif, bukan saja dalam
menghayati erti demokrasi bahkan juga usaha seseorang untuk menawarkan
sumbangan yang dirasakan mampu untuk meningkatkan perpaduan dan kekuatan
PAS menghadapi cabaran bukan saja di peringkat nasional; tetapi juga
global.
Oleh itu, janganlah ada kenyataan dan sikap yang di
dorongan oleh emosi dan kebencian sampai memperkecilkan seseorang calon.
Ini bukan akhlak Islam. Biarkanlah demokrasi subur di dalam PAS, itupun
jika PAS masih mahu mengamalkan demokrasi.
Kini sudah ada
suara-suara di kalangan sesetengah ahli PAS yang berkata, “demokrasi
bukan segala-galanya”. Benar, demokrasi bukan segala-galanya, tetapi
terbukti, melalui demokrasi, PAS mencapai beberapa kemenangan dalam
pilihan raya seperti di Kelantan dan tempat lain. Kalau kemenangan
pilihan raya juga bukan segala-galanya, maka melalui apa untuk mencapai
kemenangan Islam di negara ini?
Kini, muktamar PAS semakin
hampir. Kempen boleh saja dilalukan asalkan dengan tertib dan dalam
lingkungan Islam. Jangan ada sebarang halangan cemuhan, tuduhan, melabel
dan umpat keji dalam proses pertandingan pucuk pimpinan nanti.
Demokrasi di dalam PAS kini benar-benar sedang diuji. Kalah atau menang
Ahmad, Muhammad Sabu dan calon-calon lain adalah biasa. Ia terletak
sepenuhnya kepada para perwakilan yang berhak mengundi.
Tidak
ada apa-apa bahaya dari gunung yang dibawa Ahmad. Tasawuur Islam yang
dibinanya di Gunung Semanggol itu, yang sering saya kunjungi ketika
berada di Perak, mengisikan kelas pengajian berterusan. Dibina atas
usahanya sendiri dengan mengumpul dana sumbangan penderma sedikit demi
sedikit. Takkanlah Tasawuur Islam Tasawuur Islamnya ini juga “bahaya
dari gunung”.
Semenara itu, saya yakin perwakilan ke muktamar
ini akan memilih calon pimpinan yang difikirkannya boleh membawa PAS
menghadapi cabaran masa depan yang sangat crucial terutamanya dalam
hubungan kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat (PR).
Bukti yang
ada selama ini, menunjukkan tokoh seperti Ahmad, Muhamad, Dr Mujahid
Yusuf Rawa, Dr Dulkifly, Ir. Nizar Jamaludin dan lain-lain adalah mereka
yang selama ini memainkan peranan penting memperkukuh PAS dalam PR.
Malah mereka dilihat sebagai jambatan penting menghubungkan PAS dengan
parti komponen dalam PR.
Oleh itu, jambatan ini jangan
dirobohkan hanya kerana emosi dan prejudis atas isu dan masalah yang
sebenarnya boleh diselesaikan melalui perundingan.
Tidak ada apa
yang merosakkan dasar perjuangan Islam PAS dengan penyertaan PAS dalam
PR, kerana selamanya PAS tidak pernah berkompromi dengan dasar Islamnya.
Oleh itu, saya percaya dengan segala kebijaksanaan para
muktamirin, PAS akan terus memperkukuh PR seperti ikrarnya dalam empat
muktamar yang lalu. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment