Home » » Anak Hadi pertahan jawatan, tolak tanding ketua Pemuda PAS

Anak Hadi pertahan jawatan, tolak tanding ketua Pemuda PAS

Oleh MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI 


Jawatankuasa Pemilihan PAS telah memaklumkan kepada saya bahawa saya telah dicalonkan untuk bertanding di beberapa jawatan tertinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga PAS Pusat.

Saya amat terharu dengan dengan pencalonan yang diterima ini dan amat menghargai kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan dan PAS Kawasan untuk bertanding dalam pemilihan yang akan diadakan dalam Muktamar Tahunan PAS pada Jun ini.

Namun, setelah meneliti jumlah pencalonan yang saya terima bagi jawatan-jawatan tersebut dan setelah menilai pandangan-pandangan yang diberikan oleh sahabat-sahabat, maka dengan ini saya isytiharkan bahawa saya menerima untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan menolak semua pencolanan untuk jawatan-jawatan lain.

Saya berdoa semoga Allah mengurniakan keikhlasan kepada saya justeru dapat terus beristiqamah berkerja bersama PAS untuk memenangkan Islam.
Sekian.

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.