Oleh DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Beliau dilahirkan di Cangkak Tualang,
Perak pada 29 ogos 1911. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu
Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga Darjah 3. Beliau terdiri
daripada kalangan yang mempunyai latar belakang agama yang mapan.
Beliau
dan adiknya Abdul Halim dihantar belajar ke Sumatera Barat pada tahun
1924. Indonesia di awal abad 20, lebih menonjol berbanding Tanah Melayu
dalam pendidkan Islam dan juga pergulatan menentang penjajah.
Di
sana beliau mencium pengaruh pemikiran Sarekat Islam, sesebuah
pergerakan fenomenal berbasis Islam yang dipimpin oleh Omar Said
Chokroaminoto. Sekembalinya ke tanah air, beliau masuk belajar ke pondok
pisang, Jitra untuk mendalami kitab-kitab tradisional yang menjadi
teras pengajian di pondok.
Pendidikan sekolah pondok sangat subur di
Tanah Melayu terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ternyata acuan
dalam kaedah belajar di situ tidak menyelerakan beliau yang agak kritis
dan sukakan cabaran intelektual. Sistem pendidkan menumpukan hafazan dan
tidak mencabar pemikiran pelajar.
Bapa Burhanuddin telah
memindahkan beliau ke Madrasah Al-Masyur Al-Islamiyyah di Pulau Pinang,
sebuah sekolah agama tersohor bagi negeri utara. Beliau telah menamatkan
Tingkatan Menegah Atas (Thanawi) pada 1934. Di atas kedermawan seorang
usahawan dari Pulau Pinang beliau telah mendapat biasiswa untuk
melanjutkan pelajaran di India, sebuah negara yang pernah menjadi tempat
penting pertapakan ilmu Islam terutama bidang hadis. Senario politik di
India yang begitu subur dengan tuntutan rakyat untuk menuntut
kemerdekaan telah menyubur dan membajai semangat anti- kolonial yang
telah berkembang biak di dalam diri beliau.
Bermukim ilmu di
India telah membuka ruang seluas mungkin kepada Dr Burhanuddin untuk
memahami tabiat perjuangan dan sikap penjajah Barat. Di sana beliau
berpeluang mengenal lebih rapat akal budi pejuang-pejuang anti-kolonial
seperti Ghandi dan Nehru.
Dr Burhanuddin merupakan anak Melayu
yang pertama mempelajari disipilin ilmu Homeopathi dan beliau telah
memperolehi gelaran Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam
Aligharh, India dalam jurusan metafizik dan falsafah. Sebelum pulang ke
tanah Melayu, beliau sempat menziarahi beberapa negara Arab termasuk
bumi Palestin. Kembara ilmu semakin memantapkan pengalaman beliau untuk
menjadi tokoh perjuangan kemudiannya.
Sekembalinya beliau ke
tanahair, beliau telah menjawat jawatan guru bahasa Arab di sekolah Arab
al-Juned, Singapura. Dalam masa yang sama beliau memainkan peranan
menubuhkan akhbar ' Taman Bahagia' pada tahun 1937 untuk meluahkan rasa
mual dan jijik beliau kepada sikap penjajah dan beliau cuba mengempur
semangat dan pemikiran orang Melayu supaya menginsafi nasib mereka
sebagai bangsa yang tertindas di watan sendiri.
Akhbar sebagai
wahana pencerahan politik ini hanya bertahan untuk sekali keluaran
sahaja (diharamkan di British) dan beliau telah membayar harga yang
mahal, terpaksa menjenguk ke penjara British Dr. Burhanuddin telah
memberi rancangan kepada penubuhan parti Islam yang pertama di Malaya
iaitu Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada Mac 1948.
Dasar dan slogannya ialah "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan
bangsa Melayu yang berdaulat, ciptakan masyarakat bedasarkan Islam dan
mencapai Tanah Melayu darul Islam".
Sejarah tanah air
menyaksikan ketokohan, kesegaran idealisme dengan stamina perjuangan
yang gencar sehingga beliau telah memberi mandat untuk memimpin beberapa
wadah popular gerakan politik tanah air. Pada 30 November hingga 3
Disember 1945, Dr. Burhanuddin telah dilantik sebagai yang Dipertua
Agung PKMM, menggantikan Mokhtaruddin Lasso seorang yang mempunyai
identiti yang samar juga free thinker (anggota komunis) yang
menghilangkan diri.
Pengaruh Dr. Burhanuddin kepada orang Melayu
begitu sekali mengesankan, menyebabkan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu
Malaya) berjaya merebut hati rakyat dan ini amat mengusarkan British.
Parti ini merupakan pertubuhan pertama yang melaungkan slogan 'merdeka'
di Tanah Melayu dan mempunyai sayap penopangnya seperti API (Angkatan
Pemuda Insaf) dan AWAS (Angkatan Weanita Sedar). Jalur politik
perlawanan menyebabkan PKMM meraih sokongan daripada orang melayu yang
inginkan kemerdekaan.
Beliau juga telah menganjurkan persidangan
Ekonomi- Ugama Se-Malaya pada 22-24 Mac 1947. Perhimpunan ini telah
menghimpunkan rakan-rakannya di Maahad Al-Ehya As-Shariff. Persidangan
ini telah mengorak langkah kepada pertubuhan PEPERMAS (Pusat
Perekonomian Malaya Se-Malaya) dan MATA (Majlis Islam Tertinggi
Se-Malaya). Dr. Burhanuddin telah menyertai PAS (Parti Islam Se Tanah
Melayu) pada 14 Disember 1956 dan dilantik menjadi Yang Dipertua Agung
PAS dalam Muktamar PAS ke-5.
Wibawa sebagai pemimpin ummah telah
menyebabkan kemenangan PAS yang cermerlang di Kelantan dan Terengganu
dalam Pilihan Raya Umum 1959. Beliau dalam Pilihan Raya itu telah diberi
mandat oleh warga Parlimen Besut untuk menjadi jurubicara mereka di
Parlimen Malaya. Tidak syak lagi kemasukan Dr. Burhanuddin ke dalam PAS
telah meledakkan perubahan yang besar. Sebelum ini PAS telah dimomokkan
oleh rakyat dan pemerhati politik, "PAS laksana ular, ekor bergerak
tetapi kepalanya tidur".
Era kepimpinan yang paling berkesan dan
paling menonjol dalam PAS ialah semasa PAS dipimpin oleh dua tokoh
besar alam Melayu iaitu Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli Muhammad,
kepimpinan mereka telah berjaya melonjakkan PAS ke persada arus utama
politik negara ini. Pandangan mereka menjadi buruan akhbar apatah lagi
kerana inteligensia Melayu tidak ramai terlibat dengan politik Tanah
Melayu secara langsung.
Dr. Burhanuddin adalah mentor kepada
politik kiri Tanah Melayu yang telah mendekam beberapa kali di penjara
British. Akhbar 'Melayu Raya' sentiasa memberikan beliau publisiti yang
lumayan sebagai pemimpin rakyat yang tidak gentar berhadapan dengan
gertakan British pada tahun 1950 beliau adalah tokoh utama dalam
peristiwa Natrah di Singapura sehingga beliau dipenjarakan. Beliau
dibebaskan kemudiannya akibat desakan rakyat, juga kebijakan rejim
British untuk meredakan kemarahan orang Melayu.
Dr. Burhanuddin
Al-Helmy mula dilantik dalam muktamar PAS pada 25 Disember 1956 yang
berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dalam program
muktamar yang hangat, Beliau telah berjaya menewaskan calon lain iaitu
Dr. Zulkifli Muhammad untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang ketiga.
Sungguhpun Zulkifli Muhammad telah mendapat pencalonan yang banyak
daripada kawasan-kawasan.
Penulis adalah AJK PAS Pusat.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment