Home » » Hargailah suara kami

Hargailah suara kami

Oleh MOHAMMAD FAIZALCHE YUSOF 


TANPA dirancang semalam saya diajak oleh rakan yang juga penggiat Sekretariat Prihatin OKU Malaysia bagi negeri Kelantan saudara Othman Omar untuk ke Rantau Panjang. “Zal, mari ke Rantau Panjang! Ceramah Mad Sabu.”

Begitu gesaannya kepada saya sebaik kami bertemu yang pada awalnya hanya untuk minumminum sambil berbincang perkara-perkara berkaitan OKU. Sepanjang perjalanan dia memberikan pandangannya tentang apa yang dirasainya perlu dilakukan parti terutamanya dalam memahamkan orangorang kampung tentang perjuangan Islam dan pemahaman kenapa perlunya Umno ditumbangkan.

Beliau mengulangi dalam perbualan kami betapa perjuangan PAS perlu didokong meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan ujian.

Sungguh saya teruja dengan semangat yang diceritakan sepanjang perjalanan kami ke Rantau Panjang dari Kubang Kerian.

Dalam suasana hari ini, kita pada pengamatannya seolaholah telah leka dan merasa cukup dengan media-media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Youtube dan sebagainya dalam menyampaikan agenda dan misi perjuangan PAS. Dia menyebut bagaimana sikap dan pendirian orang kampung kepada mediamedia baru ini.

Apa yang jelas, paparan media-media baru tidak akan sama dengan media-media konvensional, radio dan televisyen. Penyampaian mediamedia konvensional lebih mudah dicapai, lebih menyeluruh dan lebih tepat menyampaikan agenda yang diingini oleh pemerintah atau lebih tepatnya BN. Dalam berhadapan cabaran inilah, sahabat saya ini mengharapkan parti terus turun hingga ke bawah sebagaimana gerak kerja sebelum meletupnya penggunaan mediamedia baru.

Penyampaian melalui mediamedia baru sebetulnya tidak serupa media konvensional atau ceramah-ceramah umum secara bersemuka. Ceramah secara bersemuka lebih mendekatkan parti kepada rakyat. Rakyat lebih menghargai perjuangan payah jerih pimpinan parti melalui ceramah-ceramah langsung.

Penahanan Mohamad Sabu pada 27 Mac 2015 oleh sekumpulan polis yang menutup muka di bawah Akta Hasutan 1948 misalnya lebih difahami rakyat melalui ceramah-ceramah umum. Bagaimana mungkin seorang timbalan presiden sebuah parti utama diperlakukan seumpama penjenayah berbahaya akan menyentuh hati rakyat melalui majlis-majlis bersemuka. Rakyat akan lebih faham tentang kebobrokan Umno dan BN mempergunakan undangundang untuk kepentingan mereka.

Demikian juga rakyat akan lebih faham dengan peneranganpenerangan seumpama perlaksanaan GST yang sebenarnya menggambarkan kegagalan parti Umno dan BN mengurus tadbir kewangan dan sumber ekonomi negara. Melalui ceramah-ceramah sebeginilah rakyat akan faham apa itu ketirisan dan apa itu penyelewengan yang berlaku.

Melalui majlis bersemuka ini juga rakyat akan lebih menghargai apa perlunya tahaluf dan gabungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Propaganda media Umno dan BN secara berterusan sebetulnya masih belum mampu ditandingi media baru yang hanya melata di kalangan anak-anak muda.

Suara hati sahabat saya yang berlatarbelakangkan suara hati orang desa ini cukup menginsafkan saya dengan apa yang biasa dipaparkan al-Quran perihal tugas seorang Rasul.

Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.” (Al- Maidah: 99)

Tugas menyampaikan visi dan misi perjuangan sememangnya mencabar. Ia hanya mampu dipenuhi dengan sikap kesungguhan dan iltizam yang tinggi sepertimana yang pernah dipaparkan dalam si rah- si r ah perjuangan para rasul terdahulu.

Apa yang nyata, biarpun kita didatangkan dengan pelbagai ledakan teknologi, nilai kemanusiaan yang suka disantuni dan dirai tetap mesti diambilkira dalam usaha meraih sokongan kepada visi dan misi perjuangan. Biar apa kemajuan yang dihidangkan, fitrah insani tetap sama sejak dulu, kini dan selamanya.

0 comments:

Post a Comment

My Blog List

Blog Archive

.