Oleh Mohd Sayuti Omar
Jujur saya nyata saya sudah kurang angin untuk mengulas atau pun
menjampuk kenyataan-kenyataan politik Abdul Hadi Awang khususnya dalam
mempertahankan kelemahan dirinya sehinggakan wibawa beliau sebagai
presiden sudah kian terhakis. Tetapi kerana saya masih lagi dirujuk oleh
kawan-kawan terdekat, yang bertanya pandangan saya setiap ada
kesongsangan kenyataannya, maka saya tidak dapat mendiamkan diri,
terpaksa bercakap juga.
Jika ikut hati saya sudah malas untuk menyentuh soal Hadi termasuk juga
menulis namanya. Kenyataan-kenyataan tidak relevan dan menunjukkan standard politik dunia, membuang masa saja mengulas mengenainya.
Biarlah dia terjun dengan labu-labu dan penyunya. Bagi saya nama Hadi
berada dibawah nama Mahathir dalam kamus politik saya. Seperti saya
nyatakan itu, kerana saya masih ditanya rakan-rakan maka saya terpaksa
juga menulis. Hadi bukan sebiji kepala makin tua makin berisi, tetapi
dia lebih merupakan buah petolor ular sahaja.
"Mso, kenapa Hadi bercakap macam tu, benarkah Anwar
dan arwah Nik Aziz setuju nak berganding dengan Umno" Begitulah tanya
seorang rakan setelah membaca laporan protal semalam berhubung dakwaan
Hadi yang Anwar dan Nik Aziz bersetuju dengan rancangan (beliau) nak ada
Kerajaan Perpaduan (Unity Gorvernment) tetapi ia ditolak oleh BN.
Hadi cuba membawa cerita Anwar dan Nik Aziz bersetuju dengan ideanya
untuk membentuk UG, tetapi BN yang tidak hingin. Kalau benar apa didakwa
itu elok Hadi jelaskan kronologi itu secara jujur dan telus.
Saya percaya ramai yang rasa konfius dan kurang yakin dengan kenyataan
Hadi itu, bukan saja rakan saya itu, tetapi orang lain juga. Perlukah
saya menjawabnya?
Kerana saya memahami dan ikut sama membaca anjuran awal Hadi yang ingin
membentuk UG itu, maka saya berkewajiban menjelaskan apa yang berlaku.
Bukan tujuan saya nak konor cerita dan burukkan Hadi, tetapi menulis
sejarah. Kata Hadi UG dibuat selepas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak
terlepas kepada BN.
Saya nak sangkal, dakwaan Hadi itu salah. Gagasan atau idea untuk
membentuk kerajaan UG dibuat sebelum kerajaan Perak dirampas oleh Umno
lagi. Anjuran untuk membentuk kerajaan UG itu dibuat Hadi menerusi satu
wawancara khas beliau disiarkan dalam akhbar Siasah. Arwah akhbar Siasah boleh disemak mengenai perkara ini. Tengok tarikh temuramah itu disiarkan dan bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak di kudeta.
Antara tujuan UG dibentuk selain daripada untuk mengendurkan ketegangan
politik orang Melayu, ialah Pas atau Pakatan Rakyat akan mendapat laba,
salah satunya menyelamatkan kerajaan Pakatan di Perak. Lanjutan itu juga
bagi menjamin kerajaan Pas Kedah tidak diganggu oleh BN dan begitu juga
kerajaan Pakatan di Selangor. Selain matlamat itu ada dua lagi matlamat
besar disebaik kewujudan UG itu.
Jadi macam mana Hadi boleh hilang ingatan dengan berkata UG dibentuk
selepas kehilangan kerajaan Pas di Perak. Kalaulah benar begitu, ertinya
agenda UG itu tidak memberi makna kepada Pakatan lagi kerajaan
kerajaannya sudah ghuyup. Jadi muslihat sebegitu adalah satu tindakan
bodoh.
Dengan senario yang dinyatakan ini maka dakwaan Hadi yang Anwar setuju,
Nik Aziz setuju dapatlah ditafsirkan sendiri. Hadi hanya berilusi dengan
apa yang beliau cuba buat tetapi gagal. Hadi mahu menjustifikasikan
keadaan yang kini sedang mengekahnya. Rasanya Hadi sudah hilang ingatan
mengenai apa yang pernah dibuat sendiri. Hakikat ini boleh disokong
dengan beberapa kali tindakan dia sudah bersikap macam ikan keli dalam
besen. U-turn.
Hari ini PKR menerusi Rafizi Ramli sudah pun menafikan dakwaan Hadi itu
yang mengatakan Anwar setuju. Tetapi belum ada penafian daripada pihak
Nik Aziz. Tidak mengapa, penafikan Rafizi itu sudah memberi gambaran
apakah benar Nik Aziz bersetuju untuk bergabung dengan BN atau pun
tidak. Alahi Hadi Awang.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment