Oleh Zulkifli Sulong
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyertai umat Islam seluruh dunia memuji kepimpinan
kerajaan Turki di bawah presidennya Reccip Tayyib Erdogan yang
menunjukkan kepimpinannya yang hebat terutama dalam isu Mesir dan
Rohingya.
Isteri pemimpinnya juga mempamerkan nilaian diri
seorang muslimah dan isteri pemimpin yang tinggi, tulis Asri dalam
facebooknya yang kini menjadi viral dalam laman sosial apabila tulisan
itu sudah dikongsikan 3,603 ketika tulisan ini dibuat.
"Beliau tidak mencari 'gah' dengan bergaya mewah seperti isteri
beberapa pemimpin umat Islam dalam dunia ini," tulis Asri dalam facebook
beliau ketika umat Islam bersedih dengan apa yang berlaku kepada umat
Islam Rohingya yang menjadi mangsa keganasan di negaranya Myanmar dan
kini mencari tempat berlindung.
Ketika beberapa negara jirannya mengambil sikap menghalau mereka pada
awalnya, Turki diberitakan menghantar kapal tenteranya ke perairan Asia
Tenggara untuk mengiringi bot malang yang sarat dengan manusia ini ke
negara mereka berhampiran Eropah sana.
Perdana menterinya, Ahmet
Davutoğlu (bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) menyambut
umat Islam yang malang ini manakala isteri presidennya, Amine turut ke
Myanmar bagi menemui mereka.
"Hari ini kepimpinan Perdana
Menteri Turki dalam Dunia Islam amat terserlah. Sikap prihatin beliau
dan negaranya terhadap isu-isu Umat Islam amat membanggakan," tulis
Asri.
Bagi Asri, pemimpin Turki tidak melaungkan slogan Islam
sekadar berpolitik, ataupun sibuk menjenamakan politik Islam ataupun
negara Islam dalam gerakannya.
"Sebaliknya, nilai dalaman
seorang umat Islam yang ada dalam dirinya mencorakkan politik
kepimpinannya. Etika Islam dalam berpolitik itu lebih bermakna daripada
memberikan jenama Islam kepada politik," tulisnya.
Menurut
Asri, umat Islam bangga dengan kepimpinan Turki yang sedia ada bukan
kerana gaya mewah mereka, tetapi kerana etika dan nilai kepimpinan yang
ada pada mereka.
"Marilah kita berdoa agar Allah menguatkan Turki dan memuliakan mereka," tulis Asri.
Turki diperintah oleh parti AK (Justice and Development Party)
pimpinan Erdogan sejak 2002 lalu apabila mereka menang buat pertama
kalinya di negara yang menanamkan fahaman sekular sejak kejatuhan
khalifah Othmaniah.
Sejak itu, Erdogan berjaya mengubah Turki
dari sebuah negara yang digelar “negara sakit Eropah” kepada kuasa
ekonomi dunia apabila menduduki tangga ke-16 kuasa ekonomi dunia
beberapa tahun lalu.
Pendapatannya berlebihan (surplus)
sebanyak AS$40 bilion setahun tahun ini menyebabkan mereka mampu
menanggung puluhan ribu pelarian dari negara bergolak Syria yang kini
menumpang di negara mereka.
Pada awal tahun 2008 ketika
kumpulan progresif dan konservatif dalam PAS bertembung, kumpulan
profesional dalam PAS ini digelar kumpulan Erdogan sempena nama
presiden Turki itu kerana pendekatan mereka yang sederhana dan moderat
dan didakwa tidak islamik.
Namun sejak kejayaan demi kejayaan
ditunjukkan Erdogan dalam membangunkan negaranya, kumpulan ini tidak
dinamakan Erdogan lagi oleh saingannya dalam PAS tetapi Anwarinas,
parasit, liberal, anai-anai, barua, jebon, tolol dan sebagainya.
Sebagaimana pertermbungan dalam PAS, Erdogan sendiri bertembung dengan
kumpulan konservatif dalam parti asalnya iaitu Refah pimpinan Necmetin
Erbakan. Erdogan menubuhkan AKP manakala penyokong Erbakan menubuhkan
Saadet.
Ketika berkunjung ke Turki, kumpulan profesional yang
menyokong Erdogan dalam PAS akan menemui pemimpin AKP manakala kumpulan
pro-ulama yang menyokong Erbakan akan menemui pemimpin Saadet di
Turki.
7 Jun ini, Turki akan mengadakan pilihan raya sekali lagi bagi memilih kepimpinannya.
Sebanyak 550 kerusi parlimen akan direbut oleh calon pilihanraya
dari pelbagai parti dan bagi AKP pilihanraya ini adalah permulaan
separuh masa kedua dalam meneruskan khidmat cemerlangnya menuju wawasan
2023 yang ditetapkan Erdogan.
AKP menyasarkan kemenangan 2/3 dalam pilihan raya ini bagi membolehkan mereka mempunyai kuasa penuh dalam parlimen.
Ketika AKP menyasar kemenangan 2/3, parti Saadet sudah tidak layak
berada dalam parlimen kerana mendapat undi kurang dari 10% kerana
ditolak oleh rakyat Turki sendiri.
Inilah yang hangat
dibincangkan dalam PAS sekarang menjelang Muktamar PAS ke 61 awal Jun
ini apabila kumpulan progresif atau profesionalnya akan bertembung
dengan kumpulan konservatif atau pro ulamanya.
Ia menjadi
perbincangan hangat dalam laman-laman sosial yang kini menjadi medan
serang menyerang antara kedua-dua kumpulan ini.
"Puak PAS tak
suka Erdorgan sebab dia orang lebih sokong Erbakan yang perjuangan dia
orang macam PAS kat Malaysialah kononnya," tulis Teuku Zacharyah
Iskandar dalam laman sosial ketika berdebat dengan penyokong kepimpinan
ulama.
Namun berdasarkan pencalonan kawasan-kawasan seluruh
negara, kumpulan yang dikatakan Erdorgan ini bakal dibersihkan dari PAS
dalam muktamar akan datang.
Apakah kejayaan pendekatan yang
ditunjukkan AKP di Turki sekarang bakal mempengaruhi pemilihan dalam
PAS Jun nanti atau perwakilan dalam PAS nanti hanya memilih berdasarkan
sentimen semata-mata. Kita tunggu.
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment