Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Selangor bulan depan dilihat bakal
menentukan hubungan dan kerjasama PAS dengan sekutunya dalam pakatan
pembangkang, DAP.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob
berkata kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam
yang bersedia memutuskan hubungan dengan DAP dibuat berdasarkan
penelitian dan kajian tertentu.
"Dia (Hadi) memikirkan atau membuat kajian yang panjang sebelum memutuskan perkara itu.
"Apa pun kita tunggu muktamar (PAS bulan depan)," kata menteri
besar Kelantan itu kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sosio
Budaya Antara Kaum Siam dan India di Kompleks Islam Darul Naim di Kota
Baru, hari ini.
Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, berkata
demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi semalam selepas
lebih 2 bulan mendiamkan diri dengan kelantangan kepimpinan DAP yang
mahu memutuskan hubungan dengannya.
Muktamar Tahunan PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.
Sementara itu, mengenai seminar berkenaan, Ahmad berkata dalam konteks
negeri Kelantan sikap menghormati antara kaum tetap menjadi asas
pentadbiran dan pembangunan dengan berlandaskan perlembagaan negara.
"Apa pun di Kelantan kita hormati dan sayang kepada semua rakyat sama
ada Cina atau India... Kita pupuk mereka sebagai kelompok yang
mengamankan negeri yang boleh duduk dan bekerja bersama berpandukan
perlembagaan," katanya.
Program anjuran Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (Perkim), yang dihadiri kira-kira 500 peserta itu,
bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan cara
hidup masyarakat majmuk di Kelantan.
Antara pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan. – Bernama,
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment