Home » » Menang sorak, kampong tergadai.

Menang sorak, kampong tergadai.

Oleh Muhaimin Sulam

1. MULAI HARI INI, aku ingin berehat dari menulis tentang perkebunanku. Monyet yang baru
tumbuh bulu terusan menjerit-jerit siang malam. Naik meluat aku melihatnya.

 Sudahlah terkinja-kinja macam kena belacan. Ini tidak termasuk dengan kerenah si babi hutan yang tak penat-penat menyodok tanah perkebunan. Biarlah kebun ini hidup meliar.

2. Minggu depan ada perlawanan sabung ayam di kuala. Ini bukan sebarang ayam. Ayam jantan.

 Rela mati bersabung dari disembelih begitu sahaja. Kaki ayam itu dipasang taji keluli yang tajam lagi beracun.

 Ini tidak termasuk jampi serapah, pulut kuning, kemeyan dan ibu besi sebagai rencah bersabung. 

4. Sekali ayam itu mengepak dan terbang, taji itu akan sekilat menikam. Bertaburanlah darah membasah di gelanggang persabungan. Bertepuk soraklah yang datang berhimpun sambil mengira untung rugi bertaruh.

5. Si Kaduk mempertaruhkan kampung dan seluruh isinya. Memang ada pepatah Melayu menyebut; menang sorak, kampong tergadai. Namun, persabungan ini menyebabkan kedua-dua ayam sabung mati, rumahtangga bercerai berai dan kampong porak-peranda.

6. Aku akan berehat menulis. Aku hendak pergi jauh belayar. Pasti kumerindui kalian.

8. Selamat tinggal, kawan.

Nota: Khat 'bismillah' lakaran Syed Naquib al Attas. Ayat suci yang di'ayam'kan. Entah berapa banyak pihak yang meng'ayam'kan ayat suci demi perut dan geng sendiri.

1 comments:

My Blog List

Blog Archive

.