Oleh Riesya H.
Ditakdirkan
negara kita dijajah Belanda (dan bukan British), dan sistem pilihan
raya kita semacam sistem di Indonesia, negara kita ini bukan lagi milik
Umno/Barisan Nasional. Tetapi sudah menjadi milik rakyat. Pakatan Rakyat
(dengan undi popular 5.6 juta), jauh meninggalkan BN (Cuma 5.2juta).
Congak mudahnya, BN Cuma layak menerima 105 kerusi. Selebihnya adalah
kerusi milik rakyat. PR.
Tapi, apakan daya. Kata P.Ramlee, “cubaaan!!”
Perlu direkodkan, dari 5.6juta undi PR, sejumlah 1.8juta adalah undi
pemula. Orang yang pertama kali mengundi PR. Orang yang mempertaruhkan
harapan demi masa depan yang baru. Orang yang teruja dengan slogan “ini
kali lah”.
Siapakah 1.8juta pengundi pemula ini?
Mereka ini adalah sebahagian dari anggaran 2.2juta pengundi pertama
kali, anak muda Gen-Y yang pertama kali mendaftar dan membuang undi.
Bayangkan, lebih 80 peratus Gen-Y keluar mengundi dengan harapan baru,
bersama PR.
Mereka ini juga boleh dikiaskan sebagai pengundi pragmatic,
oportunistik, kiasu dan seumpamanya. Mereka mengundi atas dasar, bila
saya mengundi, apakah pulangan yang terbaik untuk saya.
Tentunya mereka
teruja dengan tawaran mesra anak muda, dari PR. Dan tentunya mereka
menolak Umno/BN kerana kebobrokan Umno, korupsi, kegagalan dalam urus
tadbir dan seumpamanya.
Mereka ini adalah orang muda. Cara mereka fikir adalah berbeza. Cara
hidup mereka juga berbeza. Selera mereka tentunya berbeza. Dan kesetiaan
mereka tidak boleh dipegang dengan mudah.
Dan yang pasti, mereka ini mengundi bukan kerana ideologi atau dasar
perjuangan parti. Malah setengah mereka tidak pernah tahu apa itu
reformasi. Jauh sekali peristiwa berdarah 13 Mei.
Apa yang anak muda mahu?
Mereka ini mahukan sebuah negara yang ditadbir urus mereka yang
kompeten. Baik teori mahupun perlaksanaan. Di negeri-negeri campuran
(Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuian), umpamanya,
terdapat hampir 1juta undi pemula yang memberi harapan kepada PR. Hampir
separuh dari mereka ini adalah Melayu/Islam.
Yang pasti, mereka-mereka ini bukan mengundi kerana negara Islam atau
hudud (semata-mata). Mereka mengundi kerana harapan baru. Pemerintahan
baru. Kepimpinan baru. Urus tadbir baru. Negara baru. Mereka tidak
teragak-agak untuk mengundi PR, kerana di sana adanya PAS yang dilihat
boleh membela nilai-nilai Islam, mepertahankan hak keistimewaan orang
melayu, dan sensitif dengan budaya menghormati sistem raja.
Keselesaan mereka lebih yakin, dengan adanya golongan professional dan
progresif dalam PAS yang dilihat memainkan peranan secara professional
dan pragmatic, dalam konteks Negara majmuk.
PAS baru, 30 tahun kebelakang
Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan
tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan
amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.
Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan
professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan
konservatif.
Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif
dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa
halatuju baru diluar PAS. PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20
tahun.
PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan
kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti
imej kampong zaman 80an sebegini.
Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif.
Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda.
PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka
mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau
Marang. Itu sahaja. Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang,
Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14
akan dating. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah
keting nya, seperti lazimnya di Kelantan.
Gabungan baru, rakan baru
PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama.
Lupakan saja PAS dengan mimpinya. Biarkan mereka berangan masih bersama
dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan
lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel
mereka. – 29 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/pas-is-past.-masa-untuk-pr2.0-riesya-h#sthash.vhyv6Bnl.dpuf
Gojek: Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan?
-
*KEBELAKANGAN* ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang
dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk
memperkenalkannya ...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment